Laptop Dan PC Repair

Saya ada membuat perkhidmatan repair untuk laptop dan PC. Semua bergantung jika terdapat alat ganti atau komponen yang sesuai.

LCD Monitor Repair

Saya ada membuat perkhidmatan repair untuk LCD monitor. Semua bergantung jika terdapat alat ganti atau komponen yang sesuai.

Servis Laptop Anda

Saya ada membuat servis laptop untuk membuang debu atau habuk pada motherboard, casing, heatsink, kipas, menukar thermal compound baru, thermal conductive pad baru dan menukar minyak gris kipas baru. Anda dinasihatkan servis laptop sekurang-kurangnya 6 bulan sekali atau 1 tahun bagi mengelakkan masalah auto off, autorestart, black screen atau blank screen.

Alat Ganti Laptop Terpakai Dan Baru

Saya ada menjual alat ganti laptop baru dan terpakai. Barang masih ada selagi perkataan [WTS] belum bertukar perkataan [SOLD]

Laptop Terpakai Untuk Dijual

Saya ada menjual laptop terpakai. Barang masih ada selagi perkataan [WTS] belum bertukar perkataan [SOLD]

Ahad, 9 Ogos 2015

[WTS] Acer Charger Original Terpakai


Saya ada 2x unit charger original untuk laptop jenama Acer untuk dijual. Pakej charger yang dijual adalah power adapter sekali dengan power cord original. Satu charger jenama Hipro dan satu lagi jenama Liteon. Output 19v 3.42a 65w. Saiz tip 5.5x1.7mm. Charger ini tidak semestinya untuk laptop Acer, boleh juga digunakan untuk laptop jenama lain. Paling penting saiz tip mesti sama 5.5x1.7mm, output 19v (mesti sama) 3.42a (sama atau tinggi sedikit). Kalau charger asal anda 65w boleh guna 65w atau 90w. Kalau charger asal anda 90w mesti guna 90w dan tidak boleh guna 65w. Harga RM50 untuk cash on delivery (COD) Sri Aman. Kalau guna poslaju tambah RM10. Anda akan diberikan jaminan selama 1 minggu selepas barang diterima & jika ada masalah anda boleh hantar balik kepada saya.

P/S : Barang masih ada, selagi perkataan [WTS] belum bertukar perkataan [SOLD]

Power Adapter Sekali Power Cord Original Terpakai
Acer Charger Jenama Liteon
Acer Charger Jenama Hipro

Sabtu, 8 Ogos 2015

Masalah Blank Screen Dan Auto Off Pada Laptop Acer Aspire 4937


Masalah
Laptop ini bermasalah blank screen jika menggunakan bateri dan auto off jika menggunakan charger. Pemilik laptop ini pernah membawa laptop ini di sebuah kedai komputer di Miri, Sarawak. Juruteknik di kedai komputer tersebut mengatakan motherboard yang rosak. Kedai komputer tersebut mengatakan kos menukar motherboard dalam RM2xx. Kebetulan pemilik laptop balik raya ke Sri Aman dan mengambil keputusan untuk mencuba menghantar dengan saya.

Penyelesaian
Bagi masalah blank screen dan auto off ini, anda boleh check perkara-perkara asas seperti tukar charger lain, cuci slot ram, tukar ram lain tapi mesti sama jenis, cabut hard disk dan tukar hard disk lain. Jika semua perkara-perkara asas tidak berjaya, anda boleh pergi langkah kedua. Jika anda tidak mahir untuk langkah kedua, sila hantar ke kedai komputer atau seseorang yang mahir untuk membuka casing laptop. Langkah kedua anda boleh cuba reset bios, cuci kipas, cuci heatsink dan tukar thermal compound. Jika semua langkah kedua telah dicuba dan tidak juga berjaya, kemungkinan besar masalah berpunca dari motherboard. Komponen yang mungkin rosak adalah bios corrupt, chipset atau processor ic voltage. Bagi masalah laptop ini, ia di sebabkan kerosakkan pada processor ic voltage. Processor ic voltage ini mempunyai jangka hayat, semakin kerap laptop digunakan semakin cepat komponen ini rosak. Kerosakkan ini sama seperti 2 buah laptop yang pernah saya repair sebelum ini iaitu Acer Aspire 4936g. Kipas, heatsink dan thermal compound telah di servis oleh juruteknik kedai komputer tetapi ada sedikit kesilapan yang dilakukan oleh juruteknik tersebut. Juruteknik tersebut telah meletakkan thermal compound pada tempat yang salah dan sepatutnya menggunakan thermal pad. Ini menyebabkan thermal compound terkeluar dan meleleh ke bahagian atas. Kesilapan seperti ini boleh juga menyebabkan masalah auto off. Saya terpaksa menukar thermal compound baru dan thermal pad bagi mengelakkan masalah auto off. Hard disk juga telah di format balik dan semua dokumen penting juga di restore kembali. Laptop dalam keadaan baik setelah diuji beberapa hari.

Laptop Dalam Keadaan Blank Screen Bila Menggunakan Kuasa Bateri
Perhatikan Tempat Yang Ditanda Dengan Kotak Merah Thermal Compound Yang Terkeluar Dan Meleleh Ke Bahagian Atas
Tempat Yang Ditanda Dengan Kotak Berwarna Hijau Sepatutnya Menggunakan Thermal Pad
Anda Mesti Mempunyai Hot Air Rework Station Untuk Membuka Processor Ic Voltage
Laptop Dalam Keadaan Baik Setelah Diuji Beberapa Hari

Jumaat, 7 Ogos 2015

Masalah Skrin Pada Netbook Dorumu PNS1010


Masalah
Netbook ini bermasalah skrin berbelang dan tompok hitam di bahagian. Menurut pemilik netbook, perkara ini terjadi di sebabkan netbook ini pernah terjatuh. Charger netbook ini juga rosak dan langsung tiada cahaya pada led indicator power adapter.

Penyelesaian
Bagi masalah skrin yang rosak, saya tukar sahaja dengan skrin jenis led terpakai original yang diambil dari netbook Dorumu PNS1010 yang rosak. Anda boleh juga menggunakan skrin led dari netbook lain, paling penting skrin mesti jenis led, saiz skrin 10.1 inci, connector 40 pin, posisi connector dan juga maximum resolution. Bagi masalah charger, kerosakkan berpunca dari power adapter. Power cord lain telah dicuba dan masih tiada cahaya pada led indicator power adapter. Bagi mengatasi masalah ini, saya tukar sahaja dengan charger baru jenis oem. Anda tidak pertlu mencari charger sama seperti original kerana spareparts untuk netbook jenis ini memang sukar dicari di pasaran. Kalau ada pun spareparts terpakai. Contoh charger baru yang saya tukar adalah khas untuk netbook Acer Aspire One. Output 19v 1.58a dan saiz tips 5.5x1.7mm. Kalau output 19v 2.15a pun boleh digunakan. Pastikan anda jangan menggunakan amp yang terlalu tinggi seperti 3.42a atau 4.74a kerana ini boleh menyebabkan kerosakkan pada motherboard. Netbook juga telah di restore ke setting kilang menggunakan recovery image dari dvd.

Perhatikan Garisan Dan Tompok Hitam Pada Bahagian Atas Skrin
Skrin Led Terpakai Original Dorumu PNS1010
Sebelah Kiri Charger Original Dan Sebelah Kanan Charger Acer Aspire One Output 19v 2.15a
Charger Baru Output 19v 1.58a Dan Saiz Tips 5.5x1.7mm
Netbook Beroperasi Seperti Biasa Setelah Ditukar Skrin Dan Di Restore Ke Setting Kilang

Masalah No Power Pada PC Acer Aspire T180


Masalah
PC ini bermasalah no power, setelah butang on ditekan. Walaupun butang on ditekan beberapa kali PC masih tidak dapat di hidupkan. Pemilik PC mengatakan PC ini pernah ditukar motherboard. Pemilik PC juga mengatakan, keyboard dan mouse yang menggunakan sambungan usb tidak dapat digunakan. Debu juga banyak terkumpul pada kipas, heatsink, motherboard dah casing. Susunan wayar juga agak berserabut.

Penyelesaian
Biasanya untuk masalah no power pada PC, perkara pertama yang kita kena test adalah power supply. Saya telah mencuba power supply lain dan PC berjaya dihidupkan. Saya telah buka power supply lama dan di dapati 3x cap kapasitor telah kembang. Jika power supply jenis biasa, saya mengesyorkan tidak perlu repair dan tukar baru sahaja. Ini kerana kos repair seperti harga baru power supply biasa. Bagi masalah keyboard dan mouse usb tidak detect di sebabkan bateri cmos telah flat. Ini kerena default setting di dalam bios untuk connection usb keyboard dan mouse adalah disable. Saya tukar sahaja dengan bateri cmos baru jenama Panasonic CR2032. Kipas, heatsink, motherboard, casing juga telah di buang debu. Thermal compound juga telah keras dan ditukar dengan yang baru. Ram dan slot ram juga telah dicuci menggunakan contact cleaner. Hard disk dan ram juga perlu di tambah kerana hard disk asal berkapasiti 80gb dan ram 512mb. Setelah di tambah kapasiti hard disk menjadi 160gb dan ram menjadi 1.5gb. Wayar juga disusun lebih tersusun supaya pengaliran udara lebih baik. Fuse power cord juga telah ditukar dengan yang baru jenama Bussmann 5a.

Perhatikan Debu Yang Banyak Terkumpul Di Dalam PC
Thermal Compound Telah Keras
Power Supply Biasa 480w Terpakai, Ram DDR2 1gb Terpakai Dan Bateri Cmos Panasonic CR2032 Baru
Semua Debu Telah Dibersihkan Dan Wayar Disusun Dengan Kemas
PC Berjaya Beroperasi Seperti Biasa

Masalah Hard Disk Dan DVD RW Pada Laptop Asus A43S


Masalah
Sejak akhir ini, saya banyak menerima laptop yang bermasalah hard disk. Anda dinasihatkan untuk backup data penting di dalam pendrive, dvd atau external hard disk. Pastikan juga anda backup original recovey, ini penting supaya anda dapat restore balik ke dalam hard disk baru. Hard disk yang bermasalah kadang-kadang data dapat di selamatkan dan kadang-kadang tidak. Kadang-kadang backup penuh dan kadang-kadang tidak penuh. Laptop ini juga bermasalah tidak dapat booting dan tersekat sebelum keluar Windows 7. Hard disk juga ada mengeluarkan bunyi yang pelik. Bila dicucuk ke laptop lain menggunakan external, kadang-kadang detect dan kadang-kadang tidak. Dvd rw laptop ini juga bermasalah. Setelah laptop di hidupkan, tray dvd rw akan auto eject. Setelah dimasukkan balik, akan auto eject lagi. Dvd rw ini juga tidak dapat read cd/dvd. Masalah ini memang sering terjadi kepada laptop Asus. Suhu laptop ini juga agak panas, walaupun dalam keadaan biasa.

Penyelesaian
Biasanya untuk hard disk yang rosak, saya tukar yang baru sahaja. Tetapi memandangkan budget pemilik laptop tidak mencukupi, dia menyuruh saya tukar dengan hard disk terpakai. Biasanya setiap spareparts terpakai saya akan check terlebih dahulu sebelum boleh dijual. Hard disk original berkapasiti 500gb dan hard disk terpakai berkapasiti 320gb. Jenama kedua-dua hard disk adalah Toshiba. Semua data dari hard disk lama berjaya di backup ke external hard disk. Bagi masalah dvd rw, saya tukar dengan terpakai juga. Biasanya semua jenama dvd rw laptop jenis universal, yang penting connector mesti sama dan juga saiz. Suhu laptop kembali normal, setelah debu dibuang dari kipas, heatsink, motherboard dan casing. Thermal compound dan minyak gris kipas juga ditukar baru. Ram juga ditambah dari 2gb ke 3gb. Ram adalah terpakai dan berkapasiti 1gb.

Perhatikan Debu yang Terkumpul Pada Tempat Pengeluaran Angin Menyebabkan Suhu Panas
Sebelah Kiri Hard Disk Rosak, Sebelah Kanan Hard Disk Terpakai Dan Sebelah Atas Ram Terpakai
Sebelah Kiri DVD RW Terpakai Dan Sebelah Kanan DVD RW Rosak
Laptop Dalam Keadaan Baik Setelah Diuji Beberapa Hari

Selasa, 4 Ogos 2015

Masalah Windows XP Dan Keyboard Pada Laptop Acer Aspire 4935


Masalah
Laptop ini bermasalah sistem windows corrupt. Windows yang digunakan adalah Windows XP. Kipas laptop juga berbunyi bising dan suhu laptop juga agak panas. Beberapa butang keyboard juga telah tertanggal.

Penyelesaian
Bagi masalah windows saya format balik dengan menggunakan Windows 7 Home Basic 64bit. Ini kerana pihak Microsoft tidak lagi support update terkini untuk Windows XP bermula tahun lepas. Bunyi kipas yang bising adalah di sebabkan oleh sticker yang tertanggal dan terperangkap dalam sistem kipas. Suhu yang panas pula di sebabkan pengumpulan debu pada tempat pengeluaran angin. Setelah debu dibuang dan thermal compound/thermal pad ditukar dengan yang baru, suhu laptop kembali normal. Bagi masalah keyboard, saya tukar sahaja dengan yang terpakai atas permintaan pemilik laptop. Bios juga telah di upgrade dari versi v1.02 ke versi v1.08 untuk lebih stabil. Ram juga di tambah dari 1gb ke 1.5gb. Ram yang ditambah adalah terpakai dan berkapasiti 512mb.

Perhatikan Debu yang Terkumpul Pada Tempat Pengeluaran Angin Dan Sticker Di Sebelah Bilah Kipas
Selesai Membuang Debu Pada Kipas, Heatsink Dan Motherboard
Keyboard Asal Berwarna Hitam Dan Keyboard Yang Ditukar Berwarna Putih
Setiap Butang Keyboard Telah Diuji Dan Semua Berfungsi Dengan Baik

Masalah Hard Disk, Keyboard Dan Bateri Pada Laptop Acer Aspire 4820TG


Masalah
Laptop ini bermasalah tidak dapat booting dan tersekat sebelum keluar logo Windows 7 setelah di hidupkan. Laptop terus tersekat di situ, walaupun dicuba beberapa kali. Hard disk laptop juga tidak dapat read apabila dicucuk pada laptop lain menggunakan external. Selain dari itu, ada beberapa butang keyboard bermasalah dan menyebabkan laptop stuck atau hang. Bateri juga tidak dapat dicas walaupun dibiarkan dalam tempoh yang lama.

Penyelesaian
Bagi masalah tidak dapat booting adalah di sebabkan kerosakkan pada hard disk. Kemungkinan besar kerosakkan pada mechanical parts. Kalau kerosakkan pada soft parts mungkin dapat dibaiki. Hard disk asal jenama Toshiba dan berkapasiti 640gb. Hard disk baru yang saya tukar jenama Western Digital black jenis high performance dan berkapasiti 500gb. Hard disk jenis ini lebih laju dari hard disk Western Digital yang berwarna blue atau green. Tapi untuk prestasi maximun laptop anda mesti menggunakan sata 3 untuk kelajuan 6gb/s, kalau sata 2 kelajuan cuma 3gb/s. Pastikan juga spesifikasi processor, ram & graphic sedikit tinggi. Laptop terpaksa di format secara manual dan menggunakan cd key di bawah laptop di sebabkan pemilik laptop tidak membuat backup original recovery ke dalam dvd, pendrive atau external hard disk. Bagi masalah keyboard dan bateri, saya tukar dengan yang baru sahaja jenis OEM. Bateri asal berkapasiti 6000mAh dan bateri baru berkapasiti 5200mAh. Bios juga telah di upgrade dari versi v1.22 ke versi v1.25. Kipas, heatsink, motherboard, casing juga telah di servis buang debu. Thermal compound juga terpaksa ditukar dengan yang baru kerana yang lama telah keras. Ram juga ditambah dari 2gb ke 3gb. Jika anda menggunakan sistem windows 64bit, saya mengesyorkan anda menggunakan ram paling minimum 4gb. Kalau sistem windows 32bit, ram paling minimum 2gb. Di sebabkan pemilik laptop tidak cukup budget, saya upgrade ram terpakai berkapasiti 1gb sahaja.

Sebelah Kanan Hard Disk Rosak Dan Sebelah Kiri Hard Disk Baru
Sebelah Bawah Keyboard Rosak Dan Sebelah Atas Keyboard Baru
Bateri Baru Jenis OEM Berkapasiti 5200mAh
Selesai Mengeluarkan Motherboard
Perhatikan Thermal Compound Telah Keras Dan Thermal Pad Semakin Nipis
Versi Asal Bios v1.22
Selesai Menguji Setiap Butang Keyboard