Selasa, 31 Januari 2012

Coby NBPC1023A Ultra-Portable NETBOOK PC 1 Malaysia


Contoh NBPC1023
Pasti ramai pelajar di Malaysia telah menerima netbook 1 Malaysia. Ada yang memberi pandangan positif dan ada juga yang negatif tentang keupayaan netbook ini. Mungkin pelajar akan menerima netbook yang berbeza jenama. Salah satu ialah jenama Coby. Netbook ini di sertakan sekali dengan manual guide dan juga cd driver untuk Win XP dan Win7. Dengan adanya cd driver ini memudahkan anda untuk format netbook anda sendiri jika berlaku masalah pada sistem windows. Netbook ini di datangkan dengan Windows 7 Starter. Sila lihat spesifikasi penuh netbook ini di bawah.

Coby NBPC1023A Manual Guide
Coby NBPC1023A Spesifikasi Penuh
Sebelum ini, saya pernah format netbook jenis ini. Masalah netbook adalah virus yang banyak dan prestasi netbook yang sangat perlahan. Setelah selesai di format, namun masih lagi perlahan. Adakah kerana netbook ini memang perlahan atau masalah hardware atau masalah Windows 7 Starter? Jika di lihat dari sudut spesifikasi di atas tidak mungkin netbook ini begitu perlahan. Ada juga saya terbaca artikel di sebuah blog yang mengatakan penyebab netbook 1 Malaysia perlahan adalah kerana penggunaan Windows 7 Starter. Artikel di blog itu juga menyatakan setelah menggunakan Windows 7 Ultimate netbook menjadi lebih laju. Sejauh manakah kebenaran ini?

NBPC1023A CD Drivers
Ok kat sini saya akan mencuba untuk format Netbook Coby NBPC1023A dengan menggunakan pendrive sebagai bootable. Anda boleh setting di bahagian bios atau dengan menekan F11 dan memilih pendrive yang anda gunakan. Sila lihat gambar di bawah.

Kat Sini Saya Menggunakan Pendrive Kingston DT109
Proses Format Berjalan Dengan Sempurna
Selesai Format Windows 7 Starter SP1
Drivers Dalam Bentuk File ISO

42 ulasan:

  1. hi, i really need ur help, sya pernah try nak reformat netbook ni pakai ultra iso(burn image ke usb drive), tp problem dia x bleh nak boot installer dri pendrive tu,wpun dah tukar bios atau manual boot (selection boot option).padahal, klau cucuk kat laptop lain, dell,acer ect, bleh je boot x de masalah. please, i need some advice here. my netbook tu pnuh dgn virus, so i need to reformat. thanks

    from :eric

    BalasPadam
  2. Thanks Eric sudi masuk di blogspot saya. Sebelum ini memang saya pernah reformat netbook jenis ini tapi saya menggunakan externel dvdwriter. Setakat ini saya belum lagi menggunakan usb sebagai bootable untuk format netbook ini. Jika ada lagi netbook jenis ini untuk di reformat, saya pasti akan mencuba usb bootable.

    BalasPadam
  3. Hi! Eric saya telah mencuba USB Bootable untuk format netbook ini dan ternyata berjaya. Nanti saya bagi screenshot sebagai bukti. Saya menggunakan pendrive Kingston DT109. Telah dicuba dengan menggunakan setting di bahagian bios & juga dengan menekan F11 untuk pilihan boot. Kemungkinan masalah Eric USB problem atau jenis pendrive yang digunakan. Cuba satu persatu 3 USB port yang ada atau cuba pendrive jenis lain.

    BalasPadam
  4. hi admin.mcm mana nk install driver camera dlm netbook ni?
    bb

    BalasPadam
  5. Kalau tak silap driver camera memang sudah auto install apabila anda menggunakan Win7. Dalam cd drivers yang dibekalkan tiada driver camera. Yang ada cuma untuk driver Audio, Card Reader, Chipset, Graphics, Lan & Wifi. Cuma netbook ini tidak dibekalkan software camera seperti Acer, Hp, Dell & lain-lain.

    BalasPadam
  6. hi admin, tolong bagi driver untuk windows xp..

    BalasPadam
  7. hi nk tanye... camera coby nie xleh bukak ke? kena bukak ym or skype baru blh pakai...

    BalasPadam
  8. pls upload driver dia utk download....

    BalasPadam
  9. senang je nk format pkai pendrive or usb flash nie.. kau org cuma prlu kn http://www.rmprepusb.com/home/useful-links.

    BalasPadam
  10. Camera ni memang boleh digunakan, jika menggunakan ym atau skype. Tapi untuk anda yang ingin capture photo atau record video anda memerlukan application atau software seperti cyberlink youcam. Ini kerana brand coby tidak dibekalkan dengan application untuk capture photo atau record video seperti acer crystal eye webcam, lenovo easy capture dan sebagainya

    BalasPadam
  11. excuse, nak tanya sikit. sy punya coby tidak ada cd drivers. laptop bermasalah sekarang and perlu guna cd untuk repair. so how can I get the cd drivers in order I use to repair my laptop system?

    BalasPadam
  12. Saya ada cd drivers untuk netbook ini tp untuk kegunaan persendirian sahaja untuk membaiki netbook jenis ini. Jika anda betul-betul nak juga cd drivers ni saya boleh bantu tp sedikit bayaran akan dikenakan. Alternatif lain anda boleh hantar netbook anda di kedai komputer yang di lantik untuk membaiki netbook 1 malaysia atau sila masuk ke web http://www.pc-soft.com.my/ dan semak cawangan yang berdekatan dengan anda. PC-Soft (M) Sdn. Bhd. merupakan pembekal untuk netbook coby.

    BalasPadam
  13. Saya berminat tuk mendptkan cd driver berkenaan. Brapa kena byr? Silam pm saya

    BalasPadam
  14. Erik, sila bagi email anda untuk saya PM. Thanks...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya nak jugak cd driver tu.... Please pm saya harga nya.
      nirwansidek@gmail.com

      A.S.A.P

      Padam
  15. netbok sya ni tak kuat mau dtect line wifi sdgkan kwn saya punya jauh pun dpt detect...how to solve it?

    BalasPadam
  16. Kawan anda menggunakan jenis netbook yang sama atau lain? Adakah anda & kawan anda mencuba wifi pada 1 tempat yang sama atau anda mencuba wifi di tempat lain & kawan anda di tempat lain?

    BalasPadam
  17. hi...sya nk mntak coby nbpc 1023a bios...bleh x...?please...sya sngat2 prlukn nya....tq

    BalasPadam
  18. Bios corrupt ker? Biasanya kalau bios corrupt akan mengalami masalah black screen atau keluar error sebelum keluar logo windows. Kena reflash balik bios dengan menggunakan kaedah melalui pendrive, shorting ic bios atau eeprom programmer.

    BalasPadam
  19. bleh bgitau tak cara2 nya...?sya dh cuba mcam2 cara...tp screen black...x de kuar pape...x tau nk buat pe lgi...please lh admin...tq

    BalasPadam
  20. Kalau anda on netbook ini ada keluar bunyi apa2 tak? Api LED power/hdd menyala tak? Dari mula2 on laptop langsung tiada paparan di skrin? Bila lepas on ada tak netbook tiba2 padam sendiri atau restart?

    BalasPadam
  21. msa mula2 on,led power & hdd nyala...tp slepas itu led hdd pdam beberapa saat selepas on...x da kluarkn sbrang bnyi tp fan processor brfungsi...laptop tu tak pdm sndiri...ia prlu d tkan power button untuk d pdam kan....(tanpa nama)

    BalasPadam
  22. Ok, faiz boleh cuba dulu connect netbook ke LCD monitor or CRT monitor. Kalau masih tiada apa2 keluar kat skrin, cabut bateri cmos or reset bios. Boleh juga try cuci ram & slot ram. Kalau masih lagi masalah, kena reflash bios. Kalau jenama netbook lain ada teknik reflash bios melalui pendrive, kalau coby tak pasti. Satu lagi shorting contact ic bios, 50/50 untuk berjaya. Risiko ic bios boleh rosak. Cara yang paling berkesan ialah menggunakan eeprom programmer. Ic bios tu kena desoldering dahulu, lepas tu di cucuk ic bios di eeprom programmer, lepas reflash bios tu, soldering balik kat motherboard. Kamu pernah update bios sebelum ni?

    BalasPadam
  23. pnah..tp yg ni bad flash...x dpat nk recover sbb monitor x bleh pkai...dh pnah cba cucuk kt ext monitor tp x dpat jgak...cuci ram,cbut bat cmos pn dh...tp ttp x dpat...mcm mna cra shorting bios...?bleh sya tau cra nya...tq

    BalasPadam
  24. TERJADI MASALAH CARA UNTUK MENDOWNLOAD DRIVER COBY GMN EA??

    BalasPadam
  25. Masalah Download? Download kat mana? Saya ada driver untuk Netbook Coby NBPC1023A, memang dari cd asal yang dibekalkan bersama-sama netbook. Kalau anda mahu sedikit bayaran akan dikenakan. Nanti saya akan pos menggunakan courier pilihan anda. Sila tinggalkan email anda di sini, nanti saya akan email anda balik. Terima kasih...

    BalasPadam
  26. tidak boleh taip,masalah kegboard,keyboard tidak berfungsi

    BalasPadam
  27. Semua button keyboard tak berfungsi atau ada sesetengah button tak berfungsi? Dah cuba menggunakan usb keyboard? Kalau guna usb keyboard & semua button keyboard berfungsi bermakna keyboard netbook Mike Ksl yang bermasalah. Kalau tiada usb keyboard, boleh guna on-screen keyboard untuk test.

    BalasPadam
  28. Admin..saya dari sri aman jugak..nak tanya nie..saya punya netbook tak dapat reboot..stuck kat logo window jer..pastu ada sign kluar cakap data crash..jadi saya format..dapat..tpi yg masalah nyer..lepas kat logo window..dia asyik repeat loading kat logo..tak nak pegi desktop..boleh tolong

    BalasPadam
  29. Tuan admin...sy guna netbook 1 malaysia...skrg windows 7...nk downgrade ke windows xp...bila tgh copy file,kluar blue screen...any solution...pls help...tq

    BalasPadam
  30. Terima kasih kerana sudi masuk ke blogspot saya. Bila keluar blue screen terus stuck or netbook anda restart? Anda boleh check code blue screen di google. BSOD (blue screen of death) boleh disebabkan hardware or software. Tapi bagi masalah anda, anda boleh cuba CD Windows XP lain or boot menggunakan pendrive. Anda boleh juga setting di bahagian bios dari AHCI ke IDE sebab takut installer Windows XP anda tidak support SATA driver. Pada pendapat saya bagus anda menggunakan Windows 7 sebab tidak lama lagi microsoft tidak akan mengeluarkan update untuk Windows XP seperti windows sebelumnya.

    BalasPadam
  31. Mark thanks sudi pos masalah anda di sini. Netbook coby ker? Anda format Windows 7 ker? Menggunakan DVD or Pendrive? Kalau anda format apa-apa Windows & ada keluar error masa format jangan skip, nanti files Windows tidak complete. Kalau banyak error, maybe DVD rosak or installer Windows corrupt. Format pun kena pandai jangan belasah jer. Boleh check di Youtube or Google cara-cara format yang betul.

    BalasPadam
  32. Saya sedang mencari keyboard replacement utk Coby netbook ni. Sila emel sy di nerodante80@yahoo.com jika ada.

    BalasPadam
  33. saya dengan kawan saya sama netbok 1 msia mahu buka wifi..kawan saya punya ful n saya punya 1 saja line dia..mcm mana tu?

    BalasPadam
  34. Memang ada perbezaan kekuatan WIFI pada netbook 1 Malaysia. Sebelum ini saya pernah check netbook 1 Malaysia jenama Lenovo. 1st keluaran Lenovo menggunakan kad WIFI jenama Atheros, sementara 2nd keluaran Lenovo menggunakan kad WIFI jenama Realtek. Apabila diuji memang ada perbezaan jarak WIFI.

    BalasPadam
  35. Halo Admin..sya da jnis laptop mcm nie..ada skali sya nak turn on laptop tiba2 black screen.tpi kat LED system normal...smua lancar..tpi bila kat screen...cuma hitam...dah 2 atau 3 kali on dan off...tpi tak dpat jgak...any advise?hrp admin dpat tlong...sbb dlam netbook ada bnyk file2 plajaran sya :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mark, black screen atau blank screen? Kalau black screen masih ada cahaya kat LCD tu & kalau blank screen langsung tiada cahaya kat LCD. Boleh cuba cuci ram/slot ram/tukar ram lain dulu.

      Padam
  36. Salam admin... Boleh tlong tak, leptop i tak dpat booting, hanya nmpak gmbar 1malaysia jew, lpas tu takde apa" lgi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kemungkinan ada masalah dengan sistem Windows atau hard disk. Kadang-kadang kena check boot option kat BIOS, 1st boot mesti hard disk.

      Padam
  37. salam admin...
    ada manual untuk buka keyboard netbook coby ni tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takde bro. Biasanya keyboard ada 2 jenis. Satu jenis pasang kat luar & satu jenis lagi pasang kat dalam. Kalau jenis pasang kat luar pun ada 2 jenis. Satu jenis bawah keyboard ada skru & satu jenis lagi tiada skru. Boleh check kat bawah netbook, biasanya ada logo kecil keyboard. Itu menandakan skru keyboard tetapi kadang2 ada juga tiada logo. Kalau jenis pasang kat dalam kena buka habis casing/housing kat bawah netbook tu.

      Padam
  38. Hi admin,
    Coby 1Malaysia saya takde sound kluar walaupun audio driver ok. Pasang headphone pun takde apa2 bunyi. Try main lagu pakai winamp, takde la pula detect audio hardware problem tapi masih takde bunyi. Volume mixer full and takde yang mute. What is the real problem admin?

    BalasPadam