Khamis, 8 Mac 2012

Cara Enable Stereo Mix @ What U Hear Di Windows 7


Biasanya di Windows XP akan terdapat fungsi what u hear untuk memudahkan anda merekod bunyi (record sound) dari pc anda. Tetapi bagi sesiapa yang menggunakan Windows 7 pasti tiada fungsi what u hear di bahagian recording device, namun saya tidak begitu pasti sama ada ia bergantung dengan sound card yang digunakan atau memang Windows 7 disable fungsi ini. Setelah diselidik, akhirnya saya menemui stereo mix di Windows 7 yang berfungsi sebagai merekod bunyi. Kemungkinan besar stereo mix adalah penganti fungsi what u hear di Windows XP. Saya telah mencuba ke atas Realtek High Definition Audio & ternyata berfungsi untuk merekod bunyi. Namun percubaan ke atas sound card model Sound Blaster Audigy Value tidak berhasil kerana tidak menemui fungsi stereo mix, walaupun saya telah mengemas kini driver terkini Sound Blaster Audigy Value untuk Windows 7. Tetapi saya tidak pasti sama ada fungsi stereo mix tiada di semua model sound blaster atau model sound blaster tertentu sahaja. Untuk sound card lain saya juga tidak pasti sama ada terdapat fungsi stereo mix, terpulang kepada anda untuk menyemaknya sendiri. Sila lihat tutorial di bawah untuk enable stereo mix di Windows 7 anda.

Klik Kanan Mouse Pada Ikon Speakers Sebelah Jam Dan Klik Recording Devices
Klik Show Disabled Devices
Klik Enable Pada Ikon Stereo Mix
Selepas Itu Buka Mp3, Video Atau Apa-Apa bunyi Dan Lihat Bar Pada Stereo Mix, Jika Ia Bergerak Bermakna Anda Telah Berjaya
Setelah anda berjaya mengikut langkah-langkah di atas, seterusnya gunakan apa-apa software yang menyokong untuk merekod bunyi (Record Sound). Anda boleh menggunakan software sound recorder yang terdapat pada Windows 7 untuk merekod bunyi. Klik Start->All Programs->Accessories->Sound Recorder. Bunyi akan direkodkan dalam format Windows Media Audio (WMA). Jika hendak format MP3 sila convert.

0 comments:

Catat Ulasan