Khamis, 11 April 2013

Cara Membuat Backup Menggunakan Acer Backup Manager Pada Laptop Acer Aspire V5-471P


Perhatikan Backlit Keyboard Pada Acer Aspire V5-471P, Memang Sesuai Digunakan Pada Waktu Malam Atau Dalam Keadaan Gelap
Sebentar tadi saya baru sahaja publish cara membuat Factory Default Backup menggunakan Acer Recovery Management. Sekarang saya akan menunjukkan cara-cara backup menggunakan software yang terdapat pada laptop Acer Aspire V5-471P iaitu Acer Backup Manager. Backup menggunakan Acer Backup Manager tiada jauh bezanya dengan backup yang ada pada Windows 7 & Windows 8. Terpulang kepada anda untuk menggunakan yang mana satu.

Sedikit Info Pasal Acer Aspire V5-471P
Ok untuk anda yang ingin backup documents, music, video, pictures & sebagainya, boleh menggunakan pilihan backup my files. Bagi yang ingin backup partition C: (Kebiasaannya windows) dan D: (Biasanya files penting akan disimpan di sini) boleh menggunakan pilihan image my drive. Selalunya kita akan backup partition C: sebab sistem windows terletak di sini. Anda boleh install apa-apa software yang di perlukan sebelum melakukan backup. Ini memudahkan anda restore mengikut backup semasa, bila ada masalah pada sistem windows anda. Tetapi semakin besar software atau files yang di masukkan ke dalam partition, semakin besar file backup anda. Bila file backup besar, proses backup menjadi lama apabila menggunakan DVD, pendrive atau HDD. Saya pernah backup menggunakan DVD, file backup lebih kurang 38gb & menggunakan DVD kosong 8 keping. Bayangkan kalau file backup 50gb/100gb berapa keping DVD yang digunakan? Kalau anda mahu backup ke komputer lain, anda menggunakan migrate my files. Bagi files yang jarang digunakan atau mahu restore files dari backup, anda boleh menggunakan clear out/restore files. Launch my backup profiles untuk melihat senarai backup yang anda telah save. Melalui my backup profiles ini, anda dapat edit atau delete profiles. Berikut adalah cara-cara untuk membuat backup menggunakan Acer Backup Manager.

Sila Klik Search Dan Kemudian Klik Acer Backup Manager, Sila Klik Image My Drive
Sila Tick Kotak Kecik Untuk Partition C: Untuk Backup Sistem Windows, Anda Boleh Untick Atau Tick Partition D: Mengikut Kemahuan Anda Sendiri.
Anda Boleh Memilih Removable Untuk Pendrive/External HDD,  Local HDD Untuk Partition Yang Terdapat Dalam HDD Laptop Anda Atau CD/DVD Drivers Jika Anda Ingin Burn Ke Dalam CD/DVD
Di Sini Anda Boleh Pilih Sama Ada Backup Mengikut Jadual Ataupun Tidak. Kalau Tidak Pilih Manually Di Backup Interval. Jika Mengikut Jadual, Sila Pilih Daily/Weekly/Montly Di Backup Intervel. Anda Juga Boleh Set Jam, Tarikh & Hari Mengikut Jadual Pilihan Anda. Anda Boleh Tick Verify data After Backup Untuk mengesahkan Data Anda. Anda Boleh Tick Enable Data Compression, Mungkin Untuk Mengecilkan Saiz Backup & Juga Tick Enable Data Encryption untuk Set Password Backup Anda. Selepas Itu Klik Save.
Kemudian Rename Backup Job Ada, Selepas Itu Klik Ok
Di Sini Anda Boleh Melihat Senarai Backup Yang Telah Anda Save. Anda Boleh Edit & Delete Backup Job Anda
Sila Klik Tools, Kemudian Klik Create Bootable USB Drive CD/DVD Disc. Tools Ini Penting Untuk Restore Melalui Boot. Anda Harus Ingat Bootable Ini Cuma Untuk Acer Backup Manager. Lain Bootable Seperti Bootable Acer Recovery Management Tidak Boleh Digunakan Untuk Acer Backup Manager

1 ulasan:

  1. gan, laptop ane jga acee yang sama. bisa ng me backup data d C dalam recovery gan?

    BalasPadam