Isnin, 3 Mac 2014

Masalah Windows 7 Pada Netbook Asus Eee PC X101H


Perhatikan Error Yang Timbul Setelah Butang On Ditekan
Masalah
Netbook Asus ini akan mengeluarkan error setelah butang on ditekan. Error ini terjadi sebelum proses loading logo Windows 7. Error begini terjadi kemungkinan disebabkan mencabut sambungan external hard disk/pendrive semasa masih dalam proses membuka data yang terdapat dalam external hard disk/pendrive atau semasa proses copy paste data. Error juga mungkin terjadi disebabkan tiba-tiba tiada bekalan elektrik ketika anda tidak menggunakan bateri dan hanya menggunakan bekalan kuasa dari power adapter sahaja semasa proses membuka data yang terdapat dalam external hard disk/pendrive atau semasa proses copy paste data. Kerosakkan juga boleh terjadi disebabkan kerosakkan pada hard disk atau cd-rom.

Penyelesaian
Bagi masalah error macam ini, anda boleh cuba repair dahulu. Kalau bernasib baik sistem Windows akan pulih seperti biasa. Jika tidak ok, kena restore balik ke setting kilang. Anda hanya perlu menekan butang F9 untuk mengaktifkan sistem recovery Asus. Proses ini hanya dapat dilakukan, jika partition recovery yang terdapat pada hard disk belum kena buang atau tidak diubah. Habuk yang terdapat pada kipas, heatsink, motherboard dan juga casing telah dicuci. Thermal paste diganti dengan yang baru disebabkan yang lama telah keras. Kipas juga telah diberikan sedikit minyak gris khas untuk kipas laptop bagi melancarkan pergerakkan kipas.

Mengaktifkan Sistem Recovery Asus
Selesai Restore Ke Setting Kilang
Perhatikan Habuk Yang Terkumpul Pada Kipas
Motherboard/Kipas/Heatsink Berjaya Dibuka Bagi Memudahkan Proses Membuang Habuk, Menukar Thermal Paste Dan Memberi Minyak Gris

0 comments:

Catat Ulasan