Jumaat, 18 April 2014

Masalah Skrin LCD, Keyboard & Auto Shutdown Pada Laptop Acer Aspire Timelinex 4830TG


Skrin LCD Mengeluarkan Warna Yang Pelik
Masalah
Laptop Acer Aspire Timelinex 4830TG ini bermasalah pada skrin LCD, keyboard dan juga masalah auto shutdown. Laptop model ini mempunyai 2 grafik iaitu grafik Intel dan grafik Nvidia. Dalam keadaan biasa, laptop ini menggunakan grafik Intel. Grafik Nvidia pula boleh beroperasi secara auto atau manual. Jika ada program yang support grafik Nvidia, ia akan beroperasi secara auto dan jika tidak support anda perlu set secara manual. Laptop ini akan auto shutdown apabila menggunakan grafik Nvidia untuk bermain 3D games. Jika menggunakan laptop dalam keadaan biasa, laptop tidak mengalami masalah auto shutdown. Jika anda perasan, apabila membuka program seperti 3D games laptop akan lebih cepat panas dan kipas akan berbunyi agak bising. Keyboard pula ada masalah dengan beberapa butang tidak berfungsi. Skrin LCD memang di pastikan rosak, setelah diuji menggunakan LCD monitor menunjukkan grafik dalam keadaan ok. Bateri laptop ini juga telah rosak. Bateri laptop ini jenis internal.

Penyelesaian
Bagi masalah skrin LCD, saya gantikan dengan yang baru. Skrin LCD ini bersaiz 14 inci dan jenis slim. Keyboard juga saya gantikan dengan yang baru kerana keyboard yang lama telah rosak disebabkan pernah terkena air. Kesan bekas air dapat dilihat dengan jelas pada keyboard. Bagi masalah auto shutdown, heatsink dan kipas diservis bagi membuang debu/habuk. Ini kerana debu/habuk telah terkumpul pada heatsink dan menyebabkan aliran udara panas tidak dapat keluar dengan lancar. Thermal paste juga telah digantikan dengan yang baru kerana yang lama sudah keras. Kipas juga telah diberi sedikit minyak gris (khas untuk kipas laptop) bagi melancarkan pergerakkan kipas. Laptop telah diuji menggunakan grafik nvidia untuk bermain 3D games dan tiada lagi masalah autoshutdown. Bagi masalah bateri, pemilik laptop mengatakan tidak perlu tukar. Mungkin lain kali dia akan menukarkan bateri tersebut. Saya terpaksa cabut bateri yang rosak tersebut bagi mengelakkan kerosakkan pada motherboard.

Perhatikan Debu/Habuk Yang Terkumpul Pada Heatsink
Sebelah Atas Skrin LCD Baru Dan Sebelah Bawah Skrin LCD Lama
Sebelah Atas Keyboard Lama Dan Sebelah Bawah Keyboard Baru
Bateri Internal Yang Telah Rosak
Selesai Install Program Dan Menguji Butang Keyboard

0 comments:

Catat Ulasan