Sabtu, 19 April 2014

Masalah Virus Pada Netbook ASUS EeePC 1011CX 1 Malaysia


Password Admin Terpaksa Di Crack
Masalah
Netbook ini mengalami masalah akibat virus. Virus ini besar kemungkinan berpunca daripada pendrive. Walaupun netbook ini mempunyai antivirus tetapi tetap juga terkena virus. Kenapa masalah ini terjadi? Pastikan anda sentiasa update antivirus anda, ini bagi membolehkan antivirus anda mengesan virus terkini. Jika anda mencucuk pendrive, pastikan anda tutup terlebih dahulu box autorun dan scan menggunakan antivirus yang terdapat pada laptop anda. Jika antivirus mengesan virus, pastikan anda mengikut langkah yang disyorkan oleh antivirus anda.

Penyelesaian
Pertama sekali, saya cuba masuk ke bahagian desktop terlebih dahulu. Password admin terpaksa di crack bagi membolehkan saya masuk ke bahagian desktop. Netbook ini menggunakan antivirus Microsoft Security Essentials. Kemudian saya update antivirus, pastikan anda mempunyai sambungan internet. Setelah itu, saya menggunakan setting full scan untuk scan secara menyeluruh. Virus berjaya dikesan dan dibuang. Jika ada timbul error disebabkan anda telah membuang fail yang terkena virus, anda boleh restart laptop terlebih dahulu. Jika error masih juga timbul, anda boleh install windows sahaja tanpa perlu format. Pastikan anda mempunyai dvd windows & cd key original laptop anda. Kalau laptop anda tiada dokumen penting anda boleh terus restore ke setting kilang. Netbook ini saya restore ke setting kilang atas permintaan pemilik netbook. Dokumen penting juga teleh di backup terlebih dahulu sebelum proses restore.

Perhatikan Error Timbul Setelah Fail Terkena Virus Kena Buang
Netbook Berjaya Di Restore Ke Setting Kilang

2 ulasan:

  1. bad hard disk. How to repair? -betong-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adakah hard disk anda rosak soft parts atau mechanical parts? Apa simptom kerosakkan hard disk anda? Ada mengeluarkan bunyi pelik seperti bunyi klik-klik? Kalau hard disk masalah bad sector mungkin dapat repair tapi ikut nasib juga. Kadang-kadang dapat pakai lama dan kadang-kadang masalah akan datang kembali. Saya cadangkan hard disk yang telah di repair jangan digunakan untuk operating system (OS), guna sebagai backup files sementara.

      Padam