Sabtu, 31 Mei 2014

[SOLD] Netbook Lenovo Ideapad S100 Terpakai


Saya ada satu netbook terpakai jenama Lenovo model Ideapad S100 untuk dijual. Pakej lengkap bersama bateri dan charger original. Netbook telah diuji dari segi software dan juga hardware, tiada masalah. Bateri masih lagi ok dan mampu bertahan 5 jam menggunakan setting energy star, kalau guna super energy star mungkin lebih jimat. Jika anda menggunakan setting high performance mungkin bateri akan cepat habis. Keyboard netbook ini telah ditukar dengan yang baru kerana keyboard lama rosak butang enter. Ram juga telah di upgrade dari 1gb ke 2gb. Netbook ini juga telah dimasukkan software Lenovo EasyCapture bagi memudahkan anda mengambil gambar/video anda sendiri. Windows dan juga Microsoft Office adalah original. Jadi, anda boleh update produk Microsoft anda tanpa masalah. Antivirus menggunakan Microsoft Security Essentials. Windows dan Microsoft Office telah saya update database terkini. Saya juga telah membuat backup original recovery ke dalam dvd (3 dvd) dan drivers/application (1 dvd). Kenapa perlu backup ke dalam dvd? Ini bagi memudahkan anda restore balik seperti asal (setting kilang) ke dalam hard disk baru sekiranya hard disk lama rosak. Tetapi untuk melakukan restore menggunakan dvd anda harus mempunyai external dvdrom. Pastikan anda jangan buang sticker yang terdapat pada bawah netbook kerana itu adalah original cd key untuk Microsoft Office. Cuma masalah yang timbul pada netbook ini ialah api led power sekejap ada dan sekejap tiada. Jaminan 1 minggu untuk netbook/bateri/charger dan 3 bulan untuk keyboard. Saya mengesyorkan cash on delivery (COD) Sri Aman.

Spesifikasi

  1. Ori Windows 7 Professional 32bit
  2. Ori Microsoft Office 2010 Home And Students 32bit
  3. Antivirus Microsoft Security Essentials
  4. Intel Atom CPU N455 1.66GHz
  5. 2gb DDR3
  6. 250gb Hard Disk
  7. Wifi
  8. 3x USB 2.0
  9. 1x Lan Port
  10. 1x VGA Port
  11. 1x Headphone/Microphone
  12. 1x Card Reader
  13. 1x Dc Port
Pakej
  1. 1x Netbook Lenovo Ideapad S100
  2. 1x Bateri
  3. 1x Charger
  4. 1x DVD Recovery/Drivers/Application
ATT : Barang masih ada, selagi perkataan [WTS] belum bertukar perkataan [SOLD]

Netbook Lenovo S100/Bateri/Charger
DVD Recovery Dan DVD Drivers/Application
Perhatikan Api LED Power (Hujung Sebelah Kiri) Tiada Cahaya

2 ulasan:

  1. Jika anda berminat untuk membeli netbook ini, Sila tinggalkan email/hp no. anda di sini atau isi butiran di contact me. Terima kasih

    BalasPadam
  2. Netbook Lenovo Ideapad S100 ini telah dibeli oleh saudari dari Sri Aman, Sarawak. Terima kasih

    BalasPadam