Ahad, 1 Jun 2014

Cara Restore Menggunakan System Image Recovery Pada Windows 7


Pastikan Anda Telah Membuat System Image Terlebih Dahulu
Hari ini saya akan tunjukkan bagaimana cara untuk restore menggunakan system image recovery pada Windows 7. Tetapi sebelum anda memulakan proses restore, pastikan anda telah membuat system image terlebih dahulu. Biasanya system image akan dibuat selepas selesai install windows, drivers dan juga software. Pastikan anda full scan menggunakan antivirus sebelum membuat system image. Ini bagi mengelakkan anda backup sekali dengan virus. System image boleh dibuat melalui 2 cara iaitu di dalam hard disk (partition d) atau DVD kosong. Kalau anda hanya mempunyai partition c, anda boleh shrink volume untuk membuat partition d tanpa perlu format. Cara backup/restore menggunakan system image adalah alternatif lain jika anda tidak mempunyai OEM recovery. Selain daripada itu, cara ini dapat menjimatkan masa anda untuk install windows, drivers dan juga software. Pastikan anda backup dokumen penting pada partition c ke dalam partition d, pendrive, external hard disk atau DVD kosong. Ini kerana proses restore ini akan membuang semua data di dalam partition c. Sila ikut langkah-langkah di bawah untuk memulakan proses restore.

Restart Atau Tekan Butang On Laptop Anda Sambil Menekan Butang F8 Secara Berterusan Dan Lepaskan Setelah Keluar Advanced Boot Options Seperti Di Atas. Kemudian Klik Repair Your Computer
Kemudian Klik Next
Sila Masukkan Password Jika Anda Ada Membuat Password Atau Klik Next Jika Anda Tidak Membuat Password
Kemudian Klik System Image Recovery
Klik Next Jika Lokasi System Image Anda Betul Atau Klik Select A System Image Jika Lokasi Sytem Image Anda Berada Di Tempat Lain
Kemudian Klik Next
Kemudian Klik Finish
Klik Yes Untuk Memulakan Proses Restore. Semua Data Di Partition C Akan Hilang.
Tunggu Sehingga Proses Restore Habis Dan Laptop Akan Restart
Selesai Restore

0 comments:

Catat Ulasan