Isnin, 25 Ogos 2014

Masalah No Signal Di LCD Monitor Pada PC Clone


Masalah
PC clone ini bermasalah no signal di lcd monitor. PC ini mempunyai 2 grafik, 1 built in di motherboard & 1 lagi menggunakan grafik kad PCI-E. Ada jenis motherboard yang boleh detect kedua-dua grafik dalam 1 masa & ada juga motherboard hanya detect 1 grafik. Ini juga bergantung pada setting BIOS motherboard tersebut. Contoh motherboard ini akan detect grafik kad pada slot PCI-E terlebih dahulu berbanding grafik built in pada motherboard. Maksudnya signal yang keluar pada LCD monitor adalah melalui grafik kad & grafik built in pada motherboard akan auto disable (no signal pada LCD monitor). Tetapi jika tiada grafik kad pada slot PCI-E, grafik built in pada motherboard akan auto enable. Jadi, signal akan keluar melalui grafik built in pada motherboard.

Penyelesaian
Langkah pertama jika anda mengalami masalah no signal di LCD monitor sila cabut bateri CMOS terlebih dahulu & pasang balik bateri setelah beberapa minit. Boleh juga cuba bateri CMOS baru. Jika masih lagi bermasalah, sila check RAM. Anda boleh cuci contact RAM, cuci slot RAM & juga tukar RAM lain yang sama jenis dengan RAM anda. Jika 2 cara ini belum juga berjaya, anda boleh menggunakan grafik kad lain.  Bagi PC ini masalah adalah berpunca dari grafik kad. Saya telah mencuba menggunakan grafik kad lain & ada signal di LCD monitor. Memandangkan pemilik PC tiada budget untuk menukar grafik kad baru, saya terpaksa buka grafik kad & menggunakan grafik built in pada motherboard. PC juga telah di format balik kerana OS telah corrupt & semua debu telah dibuang. Thermal compound pada processor juga telah ditukar kerana yang lama telah keras. Kadang-kadang masalah no signal boleh terjadi di sebabkan kerosakkan pada kapasitor yang telah rosak. Anda dapat lihat kerosakkan pada kapasitor dengan melihat cap yang telah kembang atau bocor.

PC Terpaksa Di Format Balik Di Sebabkan Files OS Asal Telah Corrupt
Saya Mencuba Menggunakan Software HDD Low Level Format Untuk Repair Hard Disk
Thermal Compound Pada Processor Terpaksa Diganti Dengan Yang Baru
Semua Debu Telah Dibuang & Semua Kabel Diikat Ke Tepi Untuk Memudahkan Pengaliran Udara Yang Lebih Sempurna
Selesai Install Windows & Juga Install Software

0 comments:

Catat Ulasan