Isnin, 1 September 2014

Masalah Hard Disk Pada Laptop Dell Inspiron 1440


Masalah
Laptop ini bermasalah laging walaupun telah di clean format dengan windows baru. Ia mengambil sedikit masa untuk membuka sesuatu program. Mula-mula saya fikir RAM 2gb menyebabkan windows laging tetapi setelah saya mencuba hard disk lain masalah ini tiada. Satu lagi masalah, setelah butang on ditekan laptop akan keluar warning terlebih dahulu no boot sector on internal hard drive walaupun telah di install windows di dalam hard disk. Saya cuba set 1st boot priority dalam BIOS kepada hard disk tetapi masalah tetap sama. Saya ada juga terfikir CMOS bateri dah rosak tetapi bila saya check tarikh/jam masih lagi normal dan tidak berubah. Bila saya cuba menggunakan hard disk jenama Western Digital masalah ini tiada.

Penyelesaian
Bagi masalah hard disk, saya tukar yang baru sahaja. Saya tukar hard disk jenama Western Digital 500gb. Memandang original recovery tiada, saya menggunakan cd key original yang terdapat pada bawah laptop. Saya install versi Windows 7 Home Basic mengikut cd key original yang terdapat pada bawah laptop. Kalau anda menggunakan versi lain Windows 7 memang tidak support cd key original itu. Saya juga telah memberi cadangan dengan pemilik laptop untuk upgrade RAM ke 4gb untuk menambah sedikit kelajuan pada sistem windows. RAM laptop ini jenis DDR2, jadi saya tambah RAM 2gb jenama Kingston untuk menjadi 4gb. Memang ada sedikit perubahan pada kelajuan setelah anda menambah RAM tetapi bergantung juga dengan jenis processor dan hard disk anda. RAM juga ada 2 jenis yang biasa terdapat di pasaran ialah value RAM (biasa kita guna) dan high performance RAM (biasa digunakan pada gaming/server). Begitu juga hard disk, ada yang jenis biasa dan juga high performance. Kalau ada budget lebih boleh cuba solid state drive (SSD), sesuai untuk anda yang ingin loading windows lebih laju (operating system boot) & membuka files dengan lebih cepat. Tetapi biasanya untuk benda-benda yang high performance memang harga sedikit mahal.

Perhatikan Warning Yang Keluar Setelah Laptop Di Hidupkan
Hard Disk Jenama Western Digital 500gb Dan RAM DDR2 2gb Jenama Kingston
Selesai Install Windows & Install Program. Sedikit Info Pasal Laptop

0 comments:

Catat Ulasan