Isnin, 1 September 2014

Masalah Hard Disk Pada Laptop Samsung 300e


Masalah
Laptop ini bermasalah keluar kotak warning boot menu setelah laptop di hidupkan. Jika di lihat pada warning hanya DVD Rom sahaja yang detect. Bila masuk ke BIOS hard disk tidak detect pada SATA port 1. Hanya DVD Rom sahaja detect pada SATA port 2. Saya juga telah buka hard disk dari laptop dan mencuba pada external casing tetapi tidak juga detect. Ini bermaksud hard disk yang bermasalah. Saya telah mencuba hard disk lain pada laptop dan detect.

Penyelesaian
Bagi masalah macam ini biasanya saya akan tukar sahaja hard disk baru. Saya tukar hard disk jenama Western Digital 500gb jenis hitam. Saya telah memberi 2 pilihan kepada pemilik laptop sama ada mahu Western Digital warna biru atau hitam dan pemilik laptop memilih warna hitam. Apa beza warna hitam dan biru? Kalau warna biru boleh di katakan jenis biasa & warna hitam adalah jenis high performance. Memang ada beza dari segi kelajuan, tetapi ia bergantung juga dengan processor dan RAM yang anda gunakan. Jaminan dari Western Digital juga adalah berbeza, jenis biru 2 tahun jaminan dan warna hitam 5 tahun jaminan. Windows asal laptop ini adalah Windows 8 tetapi saya kurang pasti versi yang mana satu. Jadi saya install sahaja Windows 8.1.

Perhatikan SATA Port 1 Tiada Hard Disk Yang Detect
Kotak Warning Keluar Setelah Laptop Di Hidupkan
Sebelah Kiri Hard Disk Baru Dan Sebelah Kiri Hard Disk Lama
Selesai Install Windows 8.1 & Install Program

0 comments:

Catat Ulasan