Selasa, 2 September 2014

Masalah Lupa Password Administrator Dan Hard Disk Pada Netbook Lenovo Ideapad S100 1 Malaysia


Masalah
Netbook ini bermasalah tidak dapat masuk ke desktop di sebabkan pemilik netbook lupa password administrator dan juga hard disk. Bila netbook di hidupkan terus keluar kotak warna biru untuk memasukkan password. Begitu juga apabila masuk ke bahagian BIOS. Keyboard netbook ini juga bermasalah pada butang enter.

Penyelesaian
Bagi masalah lupa password administrator ada beberapa cara yang boleh digunakan seperti mencabut CMOS bateri, reset melalui jumper (biasanya di bawah RAM) menggunakan wayar, tweezer atau skru driver flat, shorting kaki chip BIOS atau menggunakan software yang terdapat di dalam hiren boot cd. Semua cara ini mungkin berjaya atau tidak bergantung pada nasib. Satu-satunya cara 100% berjaya ialah programming chip BIOS menggunakan universal programmer. Jadi untuk netbook ini, saya terpaksa mengambil files BIOS dari netbook lain yang sama jenis. Ini kerana files BIOS netbook ini tidak terdapat pada website Lenovo. Kemudian saya buka chip BIOS dari motherboard untuk di programming balik menggunakan universal programmer. Setelah itu chip BIOS saya solder balik ke motherboard dan selepas netbook di hidupkan keluar lagi kotak warna biru untuk memasukkan password tetapi kali ini untuk hard disk. Bila masuk ke bahagian BIOS tiada lagi masalah meminta password. Ini bererti password administrator telah berjaya di reset kembali. Bagi masalah password pada hard disk, saya terpaksa menggunakan teknik DOS untuk membuang password tersebut. Teknik ini bergantung dengan jenama dan model hard disk tersebut. Hard disk yang berjaya saya reset ini jenama Western Digital. Setelah itu netbook berjaya masuk ke desktop seperti biasa. Keyboard terpaksa ditukar dengan yang baru disebabkan kerosakkan pada butang enter. RAM juga telah di upgrade dari 1gb ke 2gb. Saya menasihati anda supaya tidak memasang password pada administrator master/user dan hdd master/user. Ada sesetengah kedai komputer mungkin akan menyuruh anda menukar motherboard baru atau hard disk baru untuk menyelesaikan masalah ini.

Chip BIOS Terpaksa Di Programming Balik Menggunakan Universal Programer
Keluar Kotak Meminta Password Setelah Netbook Di Hidupkan
Proses Membuka Casing Netbook
Perhatikan Kotak Merah Yang Ditanda Adalah Chip BIOS Jenis SOP8
Kali Ini Hard Disk Pula Meminta Untuk Di Masukkan Password
Akhirnya Password Administrator Dan Hard Disk Berjaya Di Reset
Keyboard Baru Di Atas Dan Keyboard Rosak Di Bawah
RAM 2gb Terpakai Di Atas Dan RAM 1gb Di Bawah

0 comments:

Catat Ulasan