Jumaat, 30 Januari 2015

Masalah Power Switch Button Patah Pada Netbook Samsung N148 Plus


Masalah
Netbook ini bermasalah patah pada power switch button. Bukan power slide switch di motherboard tapi plastik untuk menolok power slide switch. Power switch button ini memang mudah patah kerana diperbuat daripada plastik dan juga kaki untuk menolak power slide switch terlalu nipis atau tidak tebal. Kaki power switch button netbook ini belum patah sepenuhnya tetapi sudah crack dan tidak mampu untuk menolak power slide switch.

Penyelesaian
Kalau anda ingin mencari power switch button baru memang ada jual tetapi harga agak mahal. Kalau anda sedikit kreatif, anda boleh melakukan sedikit modified pada kaki power switch button yang hampir patah. Bagi menyelesaikan masalah ini, Saya tukar sahaja power switch button terpakai. Bagi anda yang mempunyai netbook ini, pastikan anda lebih cermat semasa on power switch button dan jangan terlalu kasar. Saya pernah lihat power switch button diperbuat daripada logam di internet tetapi penjual berada di luar negara.

Perhatikan Objek Yang Ditandakan Kotak Hijau Merupakan Kaki Power Switch Button Yang Hampir Patah
Perhatikan Objek Yang Ditandakan Kotak Hijau Merupakan Power Switch Button Terpakai Yang Telah Dipasang
Netbook Berjaya Dihidupkan Seperti Biasa
Ini Merupakan Contoh Power Switch Button Yang Diperbuat Daripada Logam

2 ulasan:

  1. boleh saya order part untuk power switch samsung N148 plus yang terpakai?

    BalasPadam