Selasa, 17 Februari 2015

Masalah Keyboard Rosak Dan Hang Atau Stuck Pada Laptop Dell Inspiron 1440


Masalah
Sebelum ini pemilik laptop ini pernah menghantar laptop dengan saya di sebabkan kerosakkan pada hard disk dan juga upgrade memory (ram) jenama Kingston dari 2gb ke 4gb. Kali ini kerosakkan lain pula yang timbul, keyboard di dapati bermasalah dengan beberapa butang tidak berfungsi. Selain daripada itu, laptop ini juga bermasalah akan pergi ke bahagian boot menu terlebih dahulu setiap kali butang on ditekan atau restart . Anda perlu menekan butang enter atau esc untuk masuk ke bahagian desktop. Biasanya boot menu hanya keluar jika ditekan butang f12. Laptop ini juga selalu mengalami masalah hang atau stuck dan kadang-kadang BSOD masa loading windows atau di desktop. Butang klik kiri kanan touchpad juga kadang-kadang berfungsi dan tidak berfungsi. Laptop ini juga mempunyai suhu agak panas, walaupun belum lama digunakan. Namun begitu laptop tidak mengalami masalah auto off.

Penyelesaian
Bagi masalah keyboard, saya tukar sahaja dengan keyboard baru. Kebanyakkan keyboard yang dijual di pasaran yang saya jumpa jenis Korea version. Biasanya keyboard yang kita guna jenis US version. Saya berjaya juga menjumpai jenis US version walaupun harga sedikit mahal. Setelah keyboard baru ditukar tiada lagi masalah masuk ke boot menu setiap kali butang on ditekan atau restart, ini bererti butang f12 keyboard lama mungkin bermasalah. Bagi masalah hang atau stuck dan kadang-kadang BSOD, saya test RAM lama dan RAM baru dengan menggunakan software Windows Memory Diagnostic (Dalam Windows 7) dan Dell Diagnostic (Boot Menu). RAM lama lepas semua test atau pass, sementara RAM baru tidak lepas semua test atau ada test yang fail. Saya juga telah mencuba mencuci RAM dan slot RAM tetapi keputusan tetap sama. Jadi, saya pun mengambil keputusan untuk menghantar balik RAM yang rosak kepada supplier untuk claim warranty kerana RAM masih dalam tempoh jaminan. Bagi masalah butang klik kiri kanan touchpad yang kadang-kadang berfungsi dan tidak berfungsi, saya buka ribbon cable butang klik dan cuci ribbon cable dan juga slot connector. Bagi masalah laptop yang panas, laptop terpaksa di servis dengan membuang debu pada kipas, heatsink, motherboard dan casing. Themal compound dan themal pad juga digantikan dengan yang baru kerana yang lama sudah keras. Kipas juga diberi sedikit minyak gris khas untuk kipas untuk melancarkan pergerakkan kipas. Bateri cmos juga saya tukar dengan yang baru di sebabkan laptop sudah berusia lebih dari 3 tahun.

Link Kerosakkan Laptop Sebelum Ini :  http://sriamancomputerrepair.blogspot.com/2014/09/masalah-hard-disk-pada-laptop-dell.html

Perhatikan Debu Blok Tempat Keluar Angin Panas
Thermal Compound Telah Keras Dan Thermal Pad Juga Telah Keras Atau Serpihan Tertanggal
Bawah Keyboard Baru Dan Atas Keyboard Rosak
Butang Keyboard Telah Di Test Satu Persatu Dan Berfungsi Semuanya. Suhu Laptop Juga Telah Stabil

0 comments:

Catat Ulasan