Isnin, 16 Februari 2015

Masalah Keyboard Rosak Pada Netbook Acer Aspire 1410


Masalah
Netbook ini bermasalah beberapa butang keyboard tidak berfungsi dan juga telah tertanggal. Windows 8 netbook ini juga bermasalah selalu keluar warning Activate Windows Now. Netbook ini mempunyai antivirus namun tidak diaktif dan database antivirus juga tidak di update dengan database terkini.

Penyelesaian
Bagi masalah keyboard, saya tukar sahaja dengan keyboard baru. Keyboard baru yang saya tukar semua butang sama kecuali butang fn. Kalau keyboard original butang fn berada di posisi hujung sebelah kiri pada bahagian bawah, sementara keyboard baru yang saya tukar butang fn berada di posisi nombor 2 sebelah kiri pada bahagian bawah. Walaupun berbeza posisi tetapi butang fn berfungsi seperti biasa. Masalah activate Windows 8 berjaya  diselesaikan. Bagi anda yang menggunakan Windows 8 atau 8.1 anda tidak perlu install antivirus free yang lain, cukup menggunakan antivirus Windows Defender yang telah dibekalkan sekali di dalam Window 8 atau 8.1. Antivirus Windows Defender ini sama seperti Microsoft Security Essentials pada Windows 7. Anda boleh install antivirus lain tetapi harus menggunakan antivirus full version atau yang dibeli. Setelah antivirus di aktif dan di update dengan database terkini, antivirus berjaya mengesan satu virus trojan dan berjaya dibuang.

Sebelah Bawah Keyboard Baru Dan Sebelah Atas Keyboard Rosak
Butang Keyboard Telah Di Test Satu Persatu Dan Semua Berfungsi Dengan Baik

0 comments:

Catat Ulasan