Ahad, 15 Februari 2015

Netbook Lenovo IdeaPad S100c 1 Malaysia


Ini salah satu lagi netbook 1 Malaysia jenama Lenovo model S100c. Model ini sedikit berbeza dengan model S100 dan S110. Model S100c ini lebih mirip dengan netbook 1 Malaysia jenama Dorumu model PNS1010. Spesifikasi model ini tidak jauh berbeza dengan model S100 dan S110. Processor menggunakan Intel Atom CPU N570 1.66GHz. Memory (Ram) berkapasiti 2gb. Hard disk berkapasiti 320gb dan mempunyai 2 partition. Grafik menggunakan Intel Graphics Media Accelerator 3150 dan graphics memory 256mb. Ada 3x Usb port 2.0, 1x Headphone port, 1x Microphone port, 1x Lan port, 1x Vga port, 1x Card reader slot, 1x Button on/off wifi, 1x Security slot (lock), 1x DC power jack, 1x Camera, 1x Microphone. Model ini juga terdapat butang reset untuk memudahkan anda restore ke setting kilang jika netbook anda bermasalah tidak dapat masuk ke desktop. Butang reset ini terletak di sebelah butang on. Cuma beza model ini tidak terdapat butang quick screen seperti model S100 dan S110. Netbook ini menggunakan Windows 7 Professional 32bit dan processor ini juga support 64bit. Office menggunakan Office 2010 versi Home & Students. Sebelum anda menggunakan netbook ini pastikan anda membuat recovery disc dalam dvd kosong bagi memudahkan anda restore setting kilang ke hard disk baru jika hard disk rosak. Pastikan anda mempunyai external dvd writer untuk proses burn. Kelebihan model ini berbanding model Lenovo S100 dan S110 adalah pada bahagian bawah netbook yang mudah dibuka jika anda ingin menukar hard disk atau upgrade ram atau membuka kad wifi. Kalau model Lenovo S100 dan S110 anda perlu membuka keseluruhan cover pada bahagian bawah.

Tekstur Pada Bahagian Belakang Skrin Seperti Fiber Carbon
Cover Sebelah Kiri Untuk Hard Disk Dan Ram, Cover Sebelah Kanan Untuk Kad Wifi
Butang On Berwarna Kelabu Dan Butang Reset To Factory Setting Berwarna Hitam
Charger 20v 1.5a, Bateri 4400mAh, Manual Guide, License Microsoft Math 3.0 Dan Senarai Spesifikasi
Sedikit Info Tentang Netbook Ini

0 comments:

Catat Ulasan