Jumaat, 13 Mac 2015

Masalah Auto Restart Dan Blank Screen Pada PC Dell Inspiron 545s


Masalah
PC ini bermasalah auto restart dan blank screen setelah butang on ditekan. Walaupun PC dibiarkan selama beberapa minit tetap tiada signal di LCD monitor. PC akan terus auto restart selang beberapa saat secara berterusan. PC hanya akan padam setelah butang on ditekan selama 5 saat. PC ini juga terasa sangat panas, jika disentuh pada bahagian casing.

Penyelesaian
Langkah pertama, saya cabut bateri cmos, reset jumper cmos & tukar bateri cmos baru. Saya juga mencuba menggunakan power supply lain dan tukar ram lain, namun semua cara tidak berkesan. Power supply dan ram PC ini telah dicuba di PC lain dan tiada masalah. Ini bermaksud power supply dan ram PC ini tiada masalah. Semua kapasitor dalam keadaan baik dan tiada kesan terbakar pada kaki komponen. Kemungkinan besar masalah di sebabkan kerosakkan pada chipset. Bagi menyelesaikan masalah ini, saya tukar sahaja dengan motherboard baru. Saya telah memberi 2 pilihan kepada pemilik PC sama ada mahu menukar motherboard sama jenis atau motherboard jenis lain. Saya memberi cadangan kepada pemilik PC untuk menukar motherboard sama jenis kerana windows dan program asal Dell masih lagi terdapat di dalam hard disk. Motherboard Dell ini terpaksa saya beli melalui online dari luar negara di sebabkan kesukaran mencari stok di pasaran. Kalau ada pun, gerenti mahal atau harga tidak masuk akal. Setelah motherboard baru dipasang, PC dapat dihidupkan seperti biasa. PC ini juga terpaksa di restore ke setting kilang di sebabkan ruang hard disk hanya tinggal 5gb dari 500gb. Semua dokumen yang penting saya backup ke dalam pendrive seperti yang diminta oleh pemilik PC. Debu pada kipas, heatsink dan casing juga telah dibuang. Thermal compound pada processor juga terpaksa ditukar dengan yang baru kerana themal compound yang lama telah keras. PC telah dicuba selama beberapa hari dan berfungsi dengan baik. Original recovery Dell saya burn ke dalam dvd sebagai langkah berjaga-jaga jika hard disk rosak. Saya telah check hard disk menggunakan software CrystalDiskInfo dan health status menunjukkan caution (berhati-hati).

Motherboard Dell Baru
Perhatikan Debu Yang Terkumpul Pada Heatsink Boleh Menyebabkan Kepanasan Melampau Pada Processor
Selesai Membuang Debu Pada Kipas, Heatsink Dan Casing
PC Berjaya Dihidupkan Seperti Biasa
Selesai Restore Ke Setting Kilang Dan Install Software

0 comments:

Catat Ulasan