Ahad, 19 April 2015

Masalah Power Off Pada Laptop Acer Aspire 4738G


Masalah
Laptop ini bermasalah power off selepas digunakan dalam beberapa minit. Bahagian bawah laptop juga berasa panas melampau, walaupun beroperasi dalam beberapa minit. Pemilik laptop mengatakan, dia terpaksa menggunakan extra kipas + cooling pad jika hendak menggunakan laptop. Tetapi kerana tidak tahan dengan masalah power off yang semakin kerap berlaku, pemilik laptop pun hantar laptop kepada saya. Dia bimbang, jika kerosakkan semakin teruk. Menurut pemilik laptop, dia tidak pernah servis kipas/heatsink/tukar thermal compound dari mula-mula beli laptop sehingga laptop bermasalah power off.

Penyelesaian
Biasanya untuk masalah power off, anda boleh la check perkara-perkara asas seperti tukar charger lain, tukar bateri lain, guna charger sahaja atau guna bateri sahaja. Kalau masih bermasalah, anda boleh ke langkah kedua cuci contact ram, slot ram, tukar ram lain sama jenis, buka hard disk, tukar hard disk lain. Kalau masih bermasalah lagi, anda boleh check kipas dan heatsink jika terdapat debu/habuk terkumpul tempat pengeluaran angin. Jika ada anda boleh servis buang debu/habuk terlebih dahulu. Jangan lupa check juga thermal compound jika sudah keras, sila tukar. Begitu juga thermal pad, jika ada koyak atau sudah keras boleh la tukar. Kalau masih juga bermasalah, anda boleh cuba reset bios atau program bios balik. Kalau semua telah dicuba masih juga bermasalah, kemungkinan besar chipset yang bermasalah. Ada juga sesetengah kes ic yang bermasalah. Bagi laptop ini masalah disebabkan tempat pengeluaran angin telah tersekat oleh debu/habuk. Themal compound juga telah keras. Setelah semua di servis, laptop dapat beroperasi seperti biasa. Bios juga telah di upgrade dari versi v1.11 ke v1.16. Pemilik laptop juga meminta laptop di format balik. Software camera iaitu  Acer Crystal Eye Webcam ada sedikit masalah, walaupun saya menggunakan versi yang betul v1.0.42 jenis Lite-On. Saya terpaksa menggunakan versi lain v1.0.52 dari model lain dan ternyata berjaya. Sebelum anda download driver, pastikan anda download Acer Hardware Vendor Detection untuk memastikan anda download driver yang betul.

Perhatikan Debu/Habuk Yang Banyak Berkumpul Pada Tempat Pengeluaran Angin Dan Thermal Compound Juga Telah Keras
Selesai Membersihkan Debu/Habuk Pada Kipas/Heatsink/Motherboard/Casing
Selesai Format Windows 7 Dan Install Program
Install Software Acer Crystal Eye Webcam

0 comments:

Catat Ulasan