Ahad, 28 Jun 2015

Masalah Blank Screen Pada Laptop Acer Aspire 4736G


Masalah
Laptop ini bermasalah blank screen setelah butang on ditekan. Walaupun dibiarkan dalam tempoh yang lama, laptop masih lagi dalam keadaan blank screen. Laptop juga berasa panas, walaupun baru beroperasi dalam beberapa minit. Pemilik laptop juga mengatakan bateri tidak dapat di cas.

Penyelesaian
Biasanya untuk masalah blank screen anda boleh cuba cuci contact ram. slot ram & tukar ram lain yang sama jenis. Kalau tidak berjaya boleh cuba reset bios atau program bios balik. Ini kerana kadang-kadang masalah blank screen di sebabkan sistem bios corrupt. Saya telah cuba program bios balik secara manual menggunakan universal programmer dengan menggunakan version bios terkini v2.08, namun keputusan tetap sama. Cara terakhir saya lakukan adalah menukar high speed decoupling capacitors dengan yang baru. Setelah menukar komponen ini laptop dapat hidup seperti biasa. Laptop telah diuji dalam beberapa hari dan tiada masalah blank screen atau auto off. Bagi masalah suhu laptop yang panas punca adalah di sebabkan pengumpulan debu/habuk pada tempat pengeluaran angin. Thermal compound juga terpaksa ditukar dengan yang baru kerana yang lama telah keras. Bagi masalah bateri yang tidak dapat cas, saya tukar sahaja dengan bateri baru jenis oem. Bateri baru ini berkapasiti 5200mAh berbanding dengan yang lama 4400mAh. Speaker juga terpaksa ditukar kerana kertas di sekeliling speaker telah koyak atau bocor. Ini menyebabkan speaker tidak dapat beroperasi dengan baik atau bunyi seperti pecah.

Cahaya LED Ada Tetapi Blank Screen
Perhatikan Debu/Habuk Yang Terkumpul Menyebabkan Pengaliran Udara Tidak Lancar
Program Bios Menggunakan Universal Programmer
Perhatikan Kertas Di Sekeliling Speaker Koyak
Bateri Baru Jenis Oem 5200mAh
Laptop Berfungsi Dengan Baik Setelah Diuji Dalam Beberapa Hari

0 comments:

Catat Ulasan