Isnin, 29 Jun 2015

Masalah DVDRW Tidak Dapat Eject Dan Read Pada Laptop Acer Aspire V5-471PG


Masalah
Laptop ini bermasalah dvdrw tidak dapat eject dan read. Saya telah cuba eject secara normal dan klik eject juga tidak berjaya. Kalau buka secara manual (cucuk lubang kecil dengan klip kertas) ok dapat buka, cuma bila dah masuk cd/dvd tidak dapat read.

Penyelesaian
Bagi masalah dvdrw ini, saya tukar sahaja dengan yang baru. Dvdrw ini jenis slim dan sambungan sata. Jenama dvdrw ini adalah Panasonic UJ8C2Q 9.5mm. Di sebabkan kesukaran mencari dvdrw jenis ini, saya terpaksa order dari luar negara. Saya order jenis yang sama. Biasanya dvdrw laptop adalah jenis universal, maksudnya mana-mana jenama boleh masuk. Paling penting jenis connector mesti sama, jenis tebal atau nipis, posisi butang eject/led/lubang eject manual pada cover dvdrw mesti sama. Cover dvdrw laptop ini terpaksa menggunakan yang asal kerana cover dvdrw yang baru tersekat semasa membuka tray. Windows 8 juga telah di upgrade ke Windows 8.1 melalui store. Ini kerana ada sistem files Windows 8 di dapati corrupt. Bios juga di update dari versi asal v2.13 ke v2.18 yang lebih stabil. Pastikan anda yang mempunyai laptop Acer model ini untuk upgrade windows dan bios terkini bagi mengelakkan laptop anda bermasalah pada masa akan datang.

Dvdrw Di Atas Adalah Baru Dan Dvdrw Di Bawah Adalah Yang Rosak
Sistem Files Windows 8 Di Dapati Corrupt
Proses Upgrade Ke Windows 8.1 Mengambil Masa Sedikit Lama Bergantung Dengan Kelajuan Line Internet Anda
Setelah Di Upgrade Ke Windows 8.1 Tiada Lagi Sistem Files Windows Corrupt
Selesai Update Bios Versi Terkini V2.18

0 comments:

Catat Ulasan