Sabtu, 27 Jun 2015

Masalah Windows XP Stuck Di Wallpaper Pada Netbook Acer Aspire One Kav 10


Masalah
Netbook ini bermasalah stuck di wallpaper, tiada icons, tiada taskbar & tiada butang start. Masalah ini memang sering terjadi pada Windows XP. Masalah lain pula, netbook ini ada mengeluarkan bunyi seperti klik-klik atau bunyi getaran. Charger yang digunakan pada netbook ini juga salah model.

Penyelesaian
Bagi masalah stuck di wallpaper, saya telah menggunakan pelbagai cara dan salah satu cara berhasil untuk masuk ke bahagian desktop tetapi cara ini cuma sementara sahaja. Selepas restart masalah ini berulang kembali. Cara terbaik, saya backup semua dokumen penting ke dalam external hard disk. Selepas itu, saya restore ke setting kilang. Bagi masalah bunyi klik-klik atau bunyi getaran, saya terpaksa buka habis netbook dan check setiap hardware. Akhirnya, masalah dapat di kenal pasti. Bunyi ini di sebabkan ubat stapler yang melekat pada speaker netbook. Kadang-kadang kertas speaker yang telah koyak atau pecah boleh juga menyebabkan masalah ini. Kalau anda ada menghadapi masalah bunyi klik-klik ini pastikan anda disable atau mute sound untuk menguji sama ada masalah berpunca dari speaker atau hard disk. Bagi masalah charger pula, saya syorkan pemilik netbook untuk membeli charger baru sahaja. Ini bagi mengelakkan masalah lain pada masa akan datang. Pastikan volt/amp dan tip connector betul bagi mengelakkan netbook anda bermasalah tidak dapat on, cas tidak masuk atau bateri lambat penuh, dc jack patah atau short, motherboard terbakar dan lain-lain

Perhatikan Ubat Stapler Yang Melekat Pada Speaker
Charger Baru 19v 1.58a
Stuck Di Wallpaper
Dapat Masuk Sementara Ke Bahagian Desktop Untuk Backup Dokumen Penting
Proses Restore Ke Setting Kilang
Selesai Restore Dan Install Software

0 comments:

Catat Ulasan