Sabtu, 8 Ogos 2015

Masalah Blank Screen Dan Auto Off Pada Laptop Acer Aspire 4937


Masalah
Laptop ini bermasalah blank screen jika menggunakan bateri dan auto off jika menggunakan charger. Pemilik laptop ini pernah membawa laptop ini di sebuah kedai komputer di Miri, Sarawak. Juruteknik di kedai komputer tersebut mengatakan motherboard yang rosak. Kedai komputer tersebut mengatakan kos menukar motherboard dalam RM2xx. Kebetulan pemilik laptop balik raya ke Sri Aman dan mengambil keputusan untuk mencuba menghantar dengan saya.

Penyelesaian
Bagi masalah blank screen dan auto off ini, anda boleh check perkara-perkara asas seperti tukar charger lain, cuci slot ram, tukar ram lain tapi mesti sama jenis, cabut hard disk dan tukar hard disk lain. Jika semua perkara-perkara asas tidak berjaya, anda boleh pergi langkah kedua. Jika anda tidak mahir untuk langkah kedua, sila hantar ke kedai komputer atau seseorang yang mahir untuk membuka casing laptop. Langkah kedua anda boleh cuba reset bios, cuci kipas, cuci heatsink dan tukar thermal compound. Jika semua langkah kedua telah dicuba dan tidak juga berjaya, kemungkinan besar masalah berpunca dari motherboard. Komponen yang mungkin rosak adalah bios corrupt, chipset atau high speed decoupling capacitors. Bagi masalah laptop ini, ia di sebabkan kerosakkan pada high speed decoupling capacitor. High speed decoupling capacitor ini mempunyai jangka hayat, semakin kerap laptop digunakan semakin cepat komponen ini rosak. Kerosakkan ini sama seperti 2 buah laptop yang pernah saya repair sebelum ini iaitu Acer Aspire 4936g. Kipas, heatsink dan thermal compound telah di servis oleh juruteknik kedai komputer tetapi ada sedikit kesilapan yang dilakukan oleh juruteknik tersebut. Juruteknik tersebut telah meletakkan thermal compound pada tempat yang salah dan sepatutnya menggunakan thermal pad. Ini menyebabkan thermal compound terkeluar dan meleleh ke bahagian atas. Kesilapan seperti ini boleh juga menyebabkan masalah auto off. Saya terpaksa menukar thermal compound baru dan thermal pad bagi mengelakkan masalah auto off. Hard disk juga telah di format balik dan semua dokumen penting juga di restore kembali. Laptop dalam keadaan baik setelah diuji beberapa hari.

Laptop Dalam Keadaan Blank Screen Bila Menggunakan Kuasa Bateri
Perhatikan Tempat Yang Ditanda Dengan Kotak Merah Thermal Compound Yang Terkeluar Dan Meleleh Ke Bahagian Atas
Tempat Yang Ditanda Dengan Kotak Berwarna Hijau Sepatutnya Menggunakan Thermal Pad
Anda Mesti Mempunyai Hot Air Rework Station Untuk Membuka High Speed Decoupling Capacitor
Laptop Dalam Keadaan Baik Setelah Diuji Beberapa Hari

2 ulasan:

  1. Sy Ade laptop model ni & mslh yg sama.. Thanks share ilmu.. Klau sy d srwk mgkn dah mintak tlg ask to sy tggl d kl huhu

    BalasPadam