Jumaat, 7 Ogos 2015

Masalah No Power Pada PC Acer Aspire T180


Masalah
PC ini bermasalah no power, setelah butang on ditekan. Walaupun butang on ditekan beberapa kali PC masih tidak dapat di hidupkan. Pemilik PC mengatakan PC ini pernah ditukar motherboard. Pemilik PC juga mengatakan, keyboard dan mouse yang menggunakan sambungan usb tidak dapat digunakan. Debu juga banyak terkumpul pada kipas, heatsink, motherboard dah casing. Susunan wayar juga agak berserabut.

Penyelesaian
Biasanya untuk masalah no power pada PC, perkara pertama yang kita kena test adalah power supply. Saya telah mencuba power supply lain dan PC berjaya dihidupkan. Saya telah buka power supply lama dan di dapati 3x cap kapasitor telah kembang. Jika power supply jenis biasa, saya mengesyorkan tidak perlu repair dan tukar baru sahaja. Ini kerana kos repair seperti harga baru power supply biasa. Bagi masalah keyboard dan mouse usb tidak detect di sebabkan bateri cmos telah flat. Ini kerena default setting di dalam bios untuk connection usb keyboard dan mouse adalah disable. Saya tukar sahaja dengan bateri cmos baru jenama Panasonic CR2032. Kipas, heatsink, motherboard, casing juga telah di buang debu. Thermal compound juga telah keras dan ditukar dengan yang baru. Ram dan slot ram juga telah dicuci menggunakan contact cleaner. Hard disk dan ram juga perlu di tambah kerana hard disk asal berkapasiti 80gb dan ram 512mb. Setelah di tambah kapasiti hard disk menjadi 160gb dan ram menjadi 1.5gb. Wayar juga diikat dengan lebih kemas supaya pengaliran udara lebih baik. Fuse power cord juga telah ditukar dengan yang baru jenama Bussmann 5a.

Perhatikan Debu Yang Banyak Terkumpul Di Dalam PC
Thermal Compound Pada Processor Telah Keras
Power Supply Biasa 480w Terpakai, Ram DDR2 1gb Terpakai Dan Bateri Cmos Panasonic CR2032 Baru
Semua Debu Telah Dibersihkan Dan Wayar Diikat Dengan Kemas
PC Berjaya Beroperasi Seperti Biasa

2 ulasan:

  1. assalam tuan , saya nak bertanya , kelmarin motherboard sy terkena kencing kucing! lepas tu tak boleh on dah. adakah motherboard benar2 terbakar ? bagaimana cara untuk kita tgok motherboard kita telah terbakar atau masih boleh diselamatkan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Biasanya kalau ada komponen di motherboard rosak atau shorting akan ada kesan macam terbakar atau bocor.

      Padam