Khamis, 15 Oktober 2015

Masalah Lampu Kabur Dan Rosak Pada Projektor NEC VT695


Masalah
Baru-baru ini saya ada menerima 2 unit projektor jenama NEC VT695. 1 projektor bermasalah lampu kabur dan 1 lagi lampu rosak. Kebiasaannya projektor jenis ini banyak digunakan di sekolah. Projektor jenis ini adalah model lama dan sukar mencari spareparts.

Penyelesaian
Bagi masalah lampu kabur, saya cuci sahaja bahagian lens lampu. Biasanya lens ini akan pudar disebabkan debu atau lapisan lens telah terkopak. Pastikan anda sentiasa servis filter bagi mengelakkan debu terperangkap dalam projektor atau masalah overheat. Bagi masalah lampu rosak, saya tukar sahaja dengan lampu baru jenis OEM. Saya terpaksa membeli lampu ini dari luar negara disebabkan kesukaran mencari spareparts di pasaran tempatan. Kalau ada pun agak mahal. Projektor telah diuji dalam beberapa hari dan beroperasi dengan baik.

Selesai Meleraikan Lampu Dari Housing
Lens Lampu Telah Diservis
Tiada Lagi Masalah Lampu Kabur
Sebelah Kiri Lampu Baru Dan Sebelah Kanan Lampu Rosak
Lampu Projektor Berfungsi Dengan Baik

0 comments:

Catat Ulasan