Selasa, 21 Jun 2016

Masalah Auto Off Pada Laptop Acer Aspire 4755G


Masalah
Laptop ini bermasalah auto off, apabila digunakan dalam tempoh yang lama atau ketika membuka program berat seperti bermain games. Jika dipegang pada bahagian bawah laptop akan terasa agak panas. Suhu laptop juga agak tinggi sekitar 65-85 celsius, walaupun laptop dibiarkan begitu sahaja tanpa membuka sebarang program. Suhu paling tinggi adalah pada bahagian cpu dan motherboard lebih dari 80 celsius. Suhu gpu Nvidia GeForce juga agak tinggi lebih dari 70 celsius. Suhu normal untuk laptop dalam keadaan biasa ialah 45-55 celsius tetapi bergantung juga dengan jenis, jenama dan model laptop. Ini kerana setiap laptop mempunyai design heatsink atau kipas yang berbeza.

Penyelesaian
Bagi masalah auto off pada laptop ini, punca adalah di sebabkan debu yang terkumpul pada tempat pengeluaran udara atau air ventilation. Jika anda telah servis bahagian ini tetapi masih lagi auto off, kemungkinan besar ada komponen di motherboard telah short atau rosak. Kerosakkan pada hardware juga boleh menyebabkan masalah auto off. Laptop ini pernah ditukar thermal compound berdasarkan keadaan thermal compound yang masih basah atau belum keras. Cuma pada tempat pengeluaran udara dan kipas seperti tidak pernah diusik. Ini mungkin antara penyebab debu yang terperangkap agak tebal kerana tidak di servis dalam jangka masa yang lama. Jika dibiarkan, pasti akan menyebabkan kerosakkan pada gpu atau chipset. Kos membaiki kerosakkan ini agak mahal jika hendak di bandingkan dengan kos membersihkan debu dan menukar thermal compound. Setelah debu dibersihkan dan thermal compound ditukar dengan yang baru, suhu laptop kembali kepada normal sekitar 45-55 celsius. Laptop telah diuji dalam beberapa jam dan tiada lagi masalah auto off.

Perhatikan Suhu Motherboard, Cpu Dan Gpu Agak Tinggi
Perhatikan Tempat Yang Ditanda Kotak Merah, Debu Yang Terperangkap Menutup Hampir Keseluruhan Tempat Pengeluaran Udara
Tempat Yang Ditanda Kotak Merah Menunjukkan Debu Tebal Yang Berjaya Dikeluarkan Dan Tempat Yang Ditanda Kotak Kuning Pula Menunjukkan Thermal Compound Lama Tidak Dibersihkan Terlebih Dahulu Sebelum Meletakkan Thermal Compound Baru
Motherboard, Kipas Dan Heatsink Kelihatan Bersih Setelah Di Servis
Laptop Telah Diuji Dalam Beberapa Jam Dan Berfungsi Tanpa Masalah

1 ulasan: