Isnin, 13 Jun 2016

Masalah Keyboard Rosak Pada Laptop Acer Aspire V5-473PG


Masalah
Laptop ini mempunyai masalah dengan beberapa butang keyboard yang tidak berfungsi. Kerosakkan pada keyboard tidak boleh di ambil mudah kerana boleh menyebabkan laptop menjadi hang atau stuck, touchpad tidak berfungsi dengan baik dan butang keyboard tertekan sendiri.

Penyelesaian
Jika laptop anda hang atau stuck, anda boleh buka connector keyboard laptop dari motherboard dan gunakan usb keyboard. Ini untuk menguji sama ada keyboard laptop anda rosak, sistem windows atau hardware lain rosak. Kalau touchpad sekejap berfungsi sekejap tidak, anda boleh juga buka connector keyboard laptop dari motherboard dan gunakan usb keyboard. Ini untuk menguji sama ada touchpad rosak atau keyboard rosak. Jika butang keyboard tertekan sendiri, anda boleh buka butang keyboard yang bermasalah dan lihat jika masalah di sebabkan debu yang melekat atau getah butang keyboard rosak. Kalau masih bermasalah tukar keyboard baru atau terpakai sahaja. Bagi masalah laptop ini, Saya tukar keyboard baru sahaja. Tetapi untuk menukar keyboard laptop model ini bukan mudah. Ini kerana keyboard jenis ini perlu dibuka dari dalam dan bukan dari luar laptop. Anda perlu membuka bermula dari cover pada bahagian bawah laptop, bateri , hard disk, motherboard, speaker dan akhir sekali cover yang menutup bahagian keyboard. Cover yang menutup bahagian keyboard ini tidak menggunakan skru tetapi menggunakan plastik sahaja. Anda perlu membuang sedikit lapisan plastik ini menggunakan cutter sehingga cover keyboard ini dapat dibuka. Setelah keyboard baru berjaya dipasang, anda perlu cairkan sedikit plastik ini menggunakan soldering supaya cover keyboard dapat melekat sempurna.

Selesai Membuka Cover Bahagian Bawah Laptop
Tempat Yang Ditanda Dengan Kotak Kuning Adalah Cover Keyboard Dan Tempat Yang Ditanda Dengan Kotak Merah Adalah Contoh Plastik Untuk Menahan Cover Keyboard
Sebelah Atas Keyboard Rosak Dan Sebelah Bawah Keyboard Baru
Semua Butang Keyboard Telah Dicuba Dan Berfungsi Dengan Baik

0 comments:

Catat Ulasan