Isnin, 25 Ogos 2014

Masalah No Power Pada Laptop Acer Aspire 4820TG


Masalah
Laptop ini bermasalah no power & lampu LED juga tidak menyala, walaupun butang on telah ditekan beberapa kali. Jika bateri dipasang, bateri akan cas seperti biasa & lampu LED bateri juga ada. Menurut pemilik laptop masalah ini bermula apabila dia tidak sengaja tertumpah air suam dan terkena pada bahagian keyboard & touchpad. Pemilik laptop telah mencuba untuk mengering tempat yang terkena air & membiarkan laptop seketika, namun laptop tidak berjaya dihidupkan. Jadi, dia biarkan laptop dalam beberapa hari & cuba balik tetapi tetap tidak dapat dihidupkan.

Penyelesaian
Laptop terpaksa dibuka habis & motherboard dikeluarkan. Jika dilihat pada motherboard tidak terdapat kesan shorting atau terbakar. Motherboard juga tiada kesan air atau lembab, mungkin air telah kering atau air tidak sampai ke area motherboard. Nasib baik air yang tumpah adalah air suam, jika air kopi/sirap memang susah sedikit untuk dibersihkan. Jadi, saya cabut bateri CMOS terlebih dahulu & hidupkan laptop tanpa bateri CMOS. Laptop berjaya dihidupkan & telah dicuba beberapa kali tanpa timbul sebarang masalah. Lepas itu saya masukkan semula bateri CMOS & laptop juga dapat hidup seperti biasa. Kemungkinan ada beberapa komponen yang belum betul-betul kering menyebabkan laptop tidak dapat dihidupkan segera. Setelah laptop dibiarkan beberapa hari oleh pemilik, kemungkinan air yang tumpah telah kering sepenuhnya. Namun sistem BIOS terpaksa di reset semula dengan mencabut bateri CMOS untuk mengaktifkan semula sistem BIOS yang telah short di sebabkan air yang tumpah. Jika air tertumpah pada bahagian keyboard atau touch pad pastikan anda off kuasa laptop anda segera. Sila tutup suis charger & cabut bateri segera, seterusnya terbalikkan laptop anda dalam bentuk segitiga bagi mengelakkan air masuk ke bahagian motherboard. Jika anda rasa air sudah masuk ke bahagian motherboard, sila buka laptop anda & keluarkan motherboard. Anda boleh tabur beras untuk mengeringkan air pada permukaan motherboard. Pastikan komponen & semua lubang kering sepenuhnya sebelum anda pasang balik & menghidupkan laptop. Ini bagi mengelakkan berlakunya shorting. Kalau boleh biarkan motherboard beberapa hari sebelum dipasang balik.

Bateri CMOS Dibuka Untuk Reset Sistem BIOS
Kipas Telah Dibuang Debu/Habuk & Thermal Paste Juga Telah Diganti Dengan Yang Baru
Laptop Berjaya Dihidupkan Seperti Biasa

0 comments:

Catat Ulasan