Khamis, 6 November 2014

Kenapa Bateri Tidak Tahan Lama, Kembang Atau Tidak Masuk Cas


Tips menjaga bateri

  1. Jika bateri anda baru pastikan bateri anda kosong sepenuhnya bila pertama kali anda menggunakannya. 
  2. Kemudian, tanpa on laptop cas bateri selama 8 jam. Jika indicator di laptop mengatakan bateri sudah penuh, teruskan sahaja cas bateri sehingga 8 jam. Teknik ini lebih kurang sama macam anda cas handphone baru.
  3. Selepas 8 jam, cabut charger dari laptop dan dengan hanya menggunakan kuasa bateri, guna laptop sehingga bateri hampir habis lebih kurang 7%. Ini dapat menetapkan berapa banyak kuasa yang boleh disimpan dalam bateri itu.
  4. Selepas itu, anda boleh cas bateri seperti biasa sehingga indicator menunjukkan bateri sudah penuh atau fully charged 100%.
Tabiat yang perlu dihindari

  1. Elakkan dari selalu mengecas bateri. Setiap bateri laptop mempunyai jangka hayat lebih kurang 300-500 pusingan cas. Bila anda menggunakan kuasa bateri penuh (100%) sehingga habis (7%) dan kemudian cas sehingga indicator menunjukkan bateri sudah penuh atau fully charged 100% di kira 1 pusingan cas. Anda dinasihatkan jangan menggunakan kuasa bateri sehingga habis sepenuhnya 0%. Tinggalkan sekurang-kurangnya 7% dari kuasa yang ada. Adalah lebih baik jika anda menggunakan bateri sehingga habis (7%) dan cas sampai penuh (Fully Charged 100%), ini dikira 1 pusingan dari anda menggunakan bateri 50% dan cas balik, ini juga dikira 1 pusingan. Jika anda menggunakan laptop dalam jangka masa yang lama, sila buka bateri (bagi bateri yang dapat dibuka) dan gunakan charger sahaja. Ini dapat memanjangkan jangka hayat bateri.
  2. Sekiranya anda tidak mahu menggunakan bateri untuk lebih dari 3 minggu, pastikan anda menyimpan sekurang kurangnya 50% kuasa dalam bateri itu. Jika anda tinggalkan dengan kuasa yang penuh (100%), bateri akan kembang dan tidak dapat menyimpan banyak kuasa. Jika anda tidak menyimpan kuasa langsung (0%), di khuatiri bateri tidak boleh dicas semula.
  3. Jangan cabut bateri ketika bateri sedang cas atau sedang menggunakan kuasa bateri. Kalau mahu cabut bateri pastikan laptop dalam keadaan shutdown (bukan sleep atau hibernate) atau cabut charger.
  4. Kepanasan boleh mengurangkan kapasiti menyimpan kuasa bateri. Jangan guna laptop di permukaan yang memerangkap haba seperti kain, kusyen, sofa, peha anda, selimut dan sebagainya. Anda boleh mengunakan notebook cooling pad sebagai tambahan untuk lebih sejuk.
  5. Elakkan terlebih cas (overcharging), ini kerana ia boleh menyebabkan kepanasan dan mengurangkan kualiti bateri. Cabut charger bila indicator sudah menunjukkan bateri sudah penuh atau fully charged 100%.
Ini Contoh User Manual Yang Dibekalkan Bersama OEM Bateri

31 ulasan:

  1. Assalamuailaikum, saya guna laptop acer aspire 6935g. Bateri saya cepat sangat habis sejak saya guna Win8, dalam 20 minit je dia terus akan padam dan kena charge semula walaupun saya dah fully charge. Kenapa ya macam tu?

    TQ

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam. Terima kasih masuk ke blog saya. Adakah sebelum upgrade ke Windows 8 tiada masalah ini? Berapa lama sudah anda menggunakan laptop anda? Pernah tukar bateri baru? Dah cuba setting power plan balanced atau power saver. Tapi setting mesti default setting. Kalau guna high performance atau high brightness memang bateri cepat habis. Jika semua setting dah cun tetap juga tetap habis mungkin bateri dah nak rosak. Anda boleh cuba software CPUID Hardware Monitor dan bandingkan full charge capacity dengan designed capacity. Kalau jauh sangat beza mungkin bateri sudah kekurangan menyimpan kuasa.

      Padam
  2. Hi,blhkah saya tahu mana ada tempat untuk membaiki adapter for laptop dorumu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasanya, kalau adapter rosak tukar baru jer. Tapi anda boleh test menggunakan power cord lain atau tukar fuse lain.

      Padam
  3. adakah bateri laptop saya rosak sbab saya cas xmasuk.....sbulan jgak saya x guna bateri sebab tngah cuti and guna charger saja kat rmah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adakah masa bateri tak guna tu, bro ada tinggal sedikit kuasa dalam bateri tu atau langsung tiada kuasa? Boleh cuba cas lama sikit, kadang-kadang kalau nasib baik masih dapat guna. Kalau dah 1 hari cas tak naik-naik memang rosak bateri tu.

      Padam
  4. assalamualaikum. saya menggunakan laptop asus. lebih kurang dalam 3 hari saya tak menggunakan bateri dan hanya menggunakan charger saja kerana saya kerap kali main game..tapi kenape selepas saya masukkan bateri balik, bateri tu tak detect pada laptop..kenape jadi macam tu ek ??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm, adakah masa anda cabut bateri dalam keadaan keadaan charger masih on? Masa bateri tak digunakan berapa peratus kuasa bateri yang anda tinggalkan? 0 peratus atau 100 peratus?

      Padam
  5. Salam, kenapa sy charge laptop tapi tak masuk walaupun sy dah try charge guna 2 charger yg lain? Bila sy buang battery and sambung wire pun laptop still tak boleh on. Battery rosak ataupun laptop yang rosak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Pastikan charger lain yang anda guna sama volt dan amp yang sama atau tinggi sedikit sahaja. Volt dan amp boleh lihat pada power adapter lama atau di bawah laptop pada tulisan output. Pastikan tip connector sama saiz. Kalau masih tak dapat on kemungkinan besar dc jack port rosak atau fuse pada motherboard rosak.

      Padam
  6. Assalamualaikum, kenapa ya sya charger laktop hingga full, tak sampai 2 jam bateri dah lemah..? Ke kena tukar bateri baru?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Charger masih original atau pernah tukar? Kalau pernah tukar charger, pastikan volt dan amp sama dengan output di bawah laptop. Bateri masih original atau pernah tukar? Kalau bateri sudah full charge adakah anda cabut tip charger atau dibiarkan? Adakah anda pernah tidak menggunakan laptop dalam jangka masa yang lama dalam keadaan kuasa bateri full atau kosong lebih dari 3 minggu? Kalau bateri lama tak guna boleh try charge lebih walaupun bateri sudah menunjukkan full charge. Charge lebih 1 jam atau 2 jam.

      Padam
  7. Setiap komponen elektronik mempunyai jangka hayat, begitu juga bateri laptop. Bateri laptop mempunyai kitaran pusingan charge, maybe 3000-5000 pusingan. So, jika anda kerap menggunakan kuasa bateri atau tempoh penggunaan dalam 3-5 tahun kemungkinan besar kuasa menyimpan bateri telah berkurangan. Kalau masih bermasalah, tukar sahaja bateri baru.

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum...laptop sy ada masalah bateri xmasuk... Setiap kali lepas sy cas 8jam than eaoknya sy buka laptop xbole on dan bateri lowbat padahal sy dh cas semalaman...apa sbnrnya masalahnya tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Adakah bateri yang anda cas bateri baru atau bateri yang sudah lama digunakan? Cas 8 jam cuma untuk bateri baru sahaja. Kalau bateri yang sudah lama digunakan tidak perlu, anda cas bateri dan terus tutup setelah indicator led bateri menunjukkan full atau fully charged

      Padam
  9. Assalamualaikum...saya baru beli laptop baru dan caj bateri.tp sebelum tu saya ter'on' laptop.rosak ke x laptop tu.bateri tu ok ke x

    BalasPadam
  10. Assalam. Ape prob laptop sy dia tulis 0% available(plugged in, charging). Dh lme dh cmni. Dkt instant on dia tulis stand by no battery. Bateri sy rosak ke?

    BalasPadam
  11. assalam. saya ada masalah bateri laptop sy xbole cas bila on.. tpi bila matikan laptop, bole cas... and bole gunakan sehingga 4 jam... tp masalahnya bila cas time on..cas xmasuk. bateri laptop sy da rosak ka? harap dapat membantu..

    BalasPadam
  12. Salam.. Nk tnya... Bateri sy telah sy cas smpai ad 94%..tp sy still takleh on laptop sy tnpa gunakan adapter@charger... Adakah bteri laptop sy yg rosak?? Saya baru jer beli bteri tu minggu lps.. Sblum ni ok ja...

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum. Nak tanya mengenai penggunaan bateri laptop. Kalau dah beli bateri baru, yang lama yang mana masih boleh bertahan dalam ¾ jam, boleh digunakan lagi atau tidak? Maksud saya boleh ke buka bateri banyak kali? Mohon pencerahan. Terima kasih.

    BalasPadam
  14. Saya nak tanya saya cas mula2 masuk 2minit slepas tu dah x masuk.sye bkak wayar cas n pasang semula masih samr jugak macam tu.batery rosak atau cas yg rosa?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buka bateri, try guna charger sahaja. Ok ker tak. Kalau ok, maybe bateri problem. Kalau tak ok, try guna charger lain, pastikan output sama dan size tip connector sama

      Padam
  15. Sya punya charger bila charge dya xdetect dkt laptop..mcm sya xmsokn chrger atau on charger..knp mcm tu ehh?? Adkh sya pya kepala chrger yg cucuk tu yg rosak atau chrger detecter kt laptop yg rosk?? Klw chrger detector yg rosk bleh prbaiki ke??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Try guna charger lain dahulu, pastikan output sama dan size connector sama. Kalau masih problem, maybe dc jack port problem. Boleh jer tukar dc jack port problem.

      Padam
  16. As salam admin,aritu laptop saya mati sbb bateri habis..lepas tu bile caj x masuk pn, laptop tu ade problem ke? Skang laptop tu x blh on..laptop tu x boleh cabut bateri

    BalasPadam
  17. salam admin, kenapa ya laptop sy plug in,charging of..(0%) mslh laptop ke bateri.?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Try cas lama sikit. Kalau dah cas lama dalam 2 jam ke atas tak naik % bateri, maybe bateri dah rosak

      Padam
  18. Assalamualaikum, nak tanya saya baru beli laptop dalam 4 bulan, tapi bateri laptop sangat cepat habis 2 jam sahaja dia mampu bertahan. kenapa ye jadi macamtu? TQ

    BalasPadam
  19. assalamualaikum.sy baru j beli laptop.xsmpai sebulan.kalau men game than 2 jam j.kalau buat kerja thn x smpai 3 jam.normal k?

    BalasPadam
  20. Masalah laptop aspire 2930 sama seperti yg anda kemukakan pd laman anda..hard disk di kenalpasti rosak..boleh share jenis type harddisk toshiba yg anda gunakan?dimana boleh dptkan h.disk tersebut?

    BalasPadam
  21. Salam. Kenapa bateri laptop saya tak boleh simpan cas? Dah tukar bateri 2 kali. Baru guna dlm 4 5 hari.

    BalasPadam