Laptop Dan PC Repair

Saya ada membuat perkhidmatan repair untuk laptop dan PC. Semua bergantung jika terdapat alat ganti atau komponen yang sesuai.

LCD Monitor Repair

Saya ada membuat perkhidmatan repair untuk LCD monitor. Semua bergantung jika terdapat alat ganti atau komponen yang sesuai.

Servis Laptop Anda

Saya ada membuat servis laptop untuk membuang debu atau habuk pada motherboard, casing, heatsink, kipas, menukar thermal compound baru, thermal conductive pad baru dan menukar minyak gris kipas baru. Anda dinasihatkan servis laptop sekurang-kurangnya 6 bulan sekali atau 1 tahun bagi mengelakkan masalah auto off, autorestart, black screen atau blank screen.

Alat Ganti Laptop Terpakai Dan Baru

Saya ada menjual alat ganti laptop baru dan terpakai. Barang masih ada selagi perkataan [WTS] belum bertukar perkataan [SOLD]

Laptop Terpakai Untuk Dijual

Saya ada menjual laptop terpakai. Barang masih ada selagi perkataan [WTS] belum bertukar perkataan [SOLD]

Memaparkan catatan dengan label Laptop Repair. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Laptop Repair. Papar semua catatan

Jumaat, 21 April 2017

Masalah Black Screen Dan Auto Off Pada Laptop Acer Aspire 4937


Masalah

# Laptop dalam keadaan blank screen setelah dihidupkan
# Laptop kadang-kadang ada masalah auto off

Penyelesaian

# Laptop telah diuji terlebih dahulu dengan menyambung laptop ke lcd monitor. Api led power ada dan api led hard disk running seperti biasa. Setelah disambung ke lcd monitor, terdapat paparan di skrin. Biasanya masalah begini di sebabkan kerosakkan pada skrin, kabel lvds/lcd atau inverter. Bagi laptop ini, masalah di sebabkan kerosakkan pada skrin. Saya tukar sahaja skrin baru jenis led dan bersaiz 14 inci.
# Bagi masalah laptop kadang-kadang auto off pula adalah di sebabkan kerosakkan pada volume slider yang terdapat pada sebelah kanan laptop. Bagi mengatasi masalah ini terdapat 2 cara iaitu tukar 1 set palm rest casing atau disconnect ribbon cable volume slider. Ini kerana volume slider board tidak dapat dibuka secara manual.

Perhatikan Lcd Monitor Di Belakang Laptop Terdapat Paparan
Skrin Baru Jenis Led Dan Bersaiz 14 Inci Jenama Innolux
Laptop Berfungsi Seperti Biasa

Masalah Tidak Boleh On Pada Netbook HP Pavilion DV2-102AX


Masalah

# Netbook tidak boleh on atau dihidupkan
# Bateri cas tidak masuk
# Charger hilang
# Cover berwarna chrome pada kanan dan kiri tepi netbook patah

Penyelesaian

# Masalah netbook tidak boleh on atau dihidupkan disebabkan power switch button telah patah. Power switch button jenis slide ini memang mudah patah, jika di slide dengan kasar. Bagi menyelesaikan masalah ini, saya tukar sahaja dengan power switch button terpakai.
# Bagi masalah bateri tidak masuk cas adalah disebabkan bateri telah rosak. Saya tukar sahaja dengan bateri baru jenis oem. Kalau bateri anda di syorkan untuk menukar bateri baru dan bukan terpakai kerana bateri mempunyai jangka hayat atau pusingan cas.
# Charger original netbook ini telah hilang dan pemilik netbook menyuruh saya beli sahaja charger baru. Saya beli charger jenis oem.
# Bagi masalah cover berwarna chrome pada kanan dan kiri tepi netbook patah, saya tukar sahaja dengan yang terpakai. Setelah ditukar cover, bahagian ini tidak lagi longgar dan lebih kukuh.

Perhatikan Power Switch Button Dan Cover Berwarna Chrome Patah
Power Switch Button Dan Cover Berwarna Chrome Terpakai
Charger Oem Baru
Bateri Oem Baru Berkapasiti 4400mAh
Netbook Dapat Dihidupkan Seperti Biasa

Isnin, 10 April 2017

Masalah Hard Disk Pada Laptop Compaq Presario V3700


Masalah

# Stuck atau hang sebelum loading windows
# Setiap kali on laptop akan keluar error atau warning
# Laptop cepat panas, walaupun baru beroperasi beberapa minit

Penyelesaian 

# Bagi masalah stuck atau hang sebelum loading windows pada laptop ini disebabkan kerosakkan pada hard disk. Hard disk telah dikeluarkan dan dicucuk ke external tetapi tidak dapat dibaca dengan menggunakan laptop lain. Hard disk juga stuck atau hang semasa proses format. Saya mengambil keputusan untuk tukar sahaja dengan hard disk terpakai di atas permintaan pemilik laptop. Laptop juga telah di format dan dimasukkan Windows 7 64bit.
# Bagi masalah keluar error atau warning setiap kali on laptop adalah disebabkan bateri cmos telah rosak. Ini menyebabkan setting sistem bios lari. Saya tukar sahaja dengan bateri cmos baru jenama Panasonic. Bateri cmos asal 3pin connector, sementara bateri cmos baru 2pin connector. Jadi, saya modified sahaja dengan mencabut 2pin connector dan masukkan ke 3pin connector. Pastikan posisi positif (+) dan negatif (-) betul semasa anda memasukkan pin connector.
# Bagi masalah laptop cepat panas pula, laptop telah diservis dengan membuang debu pada kipas, heatsink, motherboard dan casing. Thermal compound juga telah digantikan dengan yang baru kerana yang lama telah keras. Kipas juga telah diberikan sedikit minyak gris untuk melancarkan pergerakkan kipas.

Error Dan Warning Sentiasa Keluar Selepas Laptop Dihidupkan
Bateri Cmos Asal 3pin Connector
Bateri Cmos Baru Jenama Panasonic 2pin Connector
Sebelah Kiri Hard Disk Rosak 160gb Dan Sebelah Kanan Hard Disk Terpakai 320gb
Perhatikan Debu Terkumpul Yang Telah Dikeluarkan Daripada Tempat Air Ventilation
Laptop Beroperasi Dengan Baik

Isnin, 6 Mac 2017

Masalah Skrin Rosak Pada Laptop Acer Aspire E1-421


Masalah

# Skrin rosak dan hinges bengkok
# Prestasi laptop agak lambat
# Laptop cepat panas, walaupun baru beroperasi beberapa minit

Penyelesaian

# Bagi masalah skrin rosak, saya tukar sahaja dengan skrin baru. Pastikan saiz skrin sama, ketebalan skrin sama, jenis led atau ccfl, posisi connector sama dan pin connector sama. Hinges bengkok juga telah dibaiki ke posisi asal.
# Bagi masalah prestasi laptop agak lambat, saya restore default factory dan upgrade terus Windows 8 ke Windows 8.1. Ini penting untuk penambahbaikan pada sistem windows anda. Ram asal laptop ini 2gb ddr3 dan telah ditambah dengan ram 4gb ddr3 menjadikan ram keseluruhan 6gb.
# Bagi masalah laptop cepat panas pula, laptop telah diservis dengan membuang debu pada kipas, heatsink, motherboard dan casing. Debu pada keyboard juga telah dibersihkan atas permintaan pemilik laptop. Thermal compound juga telah digantikan dengan yang baru kerana yang lama telah keras.

Perhatikan Kerosakkan Pada Skrin
Skrin Led 14" Baru
Perhatikan Debu Berkumpul Pada Tempat Air Ventilation
Ram 4gb DDR3 1333mhz
Laptop Beroperasi Seperti Biasa

Ahad, 15 Januari 2017

Masalah Blank Screen Dan Hang Pada Laptop Acer Aspire 4741Z


Masalah

# Masalah blank screen tetapi led hard disk beroperasi seperti biasa
# Beberapa butang keyboard tidak berfungsi dan menyebabkan laptop hang atau stuck

Penyelesaian

# Masalah blank screen pada laptop ini di sebabkan kerosakkan pada skrin. Saya terlebih dahulu menyambung laptop ke lcd monitor untuk menguji sama ada skrin atau hardware lain yang rosak. Setelah disambung di dapati ada grafik yang keluar pada lcd monitor. Ini bermaksud peratusan kerosakkan pada skrin adalah tinggi. Tetapi kadang-kadang masalah mungkin di sebabkan cable lvds atau hardware lain. Bagi masalah skrin rosak, saya tukar sahaja dengan yang baru.
# Bagi masalah keyboard rosak, saya tukar sahaja dengan yang baru. Semua butang telah diuji dan berfungsi dengan baik.

Perhatikan LCD Monitor Mempunyai Grafik
Skrin LED 14" Baru Jenama AU Optronics (AUO)
Sebelah Atas Keyboard Rosak Dan Sebelah Bawah Keyboard Baru
Skrin Dan Keyboard Telah Diuji Dan Berfungsi Dengan Baik

Sabtu, 14 Januari 2017

Masalah Hang Pada Netbook ASUS EeePC 1025C


Masalah

# Beberapa butang keyboard tidak berfungsi dan menyebabkan netbook hang
# Windows original asal dan original partition recovery telah dibuang

Penyelesaian

# Bagi masalah keyboard rosak, saya tukar sahaja dengan yang baru. Keyboard jenis ini, anda perlu buka dari bahagian bawah upper case dan bukannya dari bahagian atas. Keyboard ini tidak menggunakan skru tetapi hanya menggunakan plastik untuk menahan keyboard. Setelah anda memasang keyboard baru, anda perlu mencairkan setiap plastik pada lubang-lubang keyboard dengan menggunakan soldering. Pastikan anda hanya mencairkan plastik sedikit sahaja untuk menahan keyboard.
# Bagi masalah original partition recovery telah dibuang, saya mencuba untuk recover balik dengan menggunakan software recovery free yang banyak terdapat di dalam internet. Semua ini bergantung kepada nasib, kadang-kadang dapat recover balik dan kadang-kadang tidak dapat. Original partition recovery netbook ini dapat di recover balik tetapi tidak dapat restore system to factory default secara biasa. Saya terpaksa save recovery ke dalam pendrive dan restore system to factory default melalui pendrive. Ternyata cara ini berkesan dan sistem netbook kembali ke factory default.

Keyboard Berjaya Dibuka Daripada Upper Case
Keyboard Baru Tanpa Cover Plastik Hitam. Sila Gunakan Cover Plastik Hitam Pada Keyboard Lama
Keyboard Berjaya Dipasang. Pastikan Semua Cover Plastik Atau Aluminium Yang Melekat Pada Keyboard Dipasang Dengan Sempurna Bagi Mengelakkan Berlakunya Shorting
Windows Kembali Kepada Asal
Netbook Beroperasi Dengan Baik

Masalah Lambat Pada Netbook eMachines eM350 1 Malaysia


Masalah

# Prestasi netbook agak lambat atau perlahan
# Netbook menggunakan ram 1gb dan mempunyai cuma 1 slot ram

Penyelesaian

# Bagi masalah prestasi netbook agak lambat atau perlahan, saya restore system to factory default. Pastikan original partition recovery masih ada. Kalau tiada, boleh cuba recover original partition menggunakan software. Anda boleh juga menggunakan dvd recovery atau pendrive/hdd recovery.
# Jika anda menggunakan netbook 1 Malaysia yang mempunyai ram 1gb, pastikan anda upgrade ke 2gb untuk prestasi netbook yang lebih baik. Memandangkan netbook ini mempunyai 1 slot ram, saya keluarkan ram 1gb dan masukkan ram 2gb terpakai.

Sila Klik Completely Restore System To Factory Default
Sebelah Atas Ram 1gb Dan Sebelah Bawah Ram 2gb
Sedikit Info Tentang Netbook eMachines eM350
Pastikan Anda Tidak Menggunakan Charger Jenis Ini. Voltan Yang Boleh Dilaras

Selasa, 21 Jun 2016

Masalah Auto Off Pada Laptop Acer Aspire 4755G


Masalah
Laptop ini bermasalah auto off, apabila digunakan dalam tempoh yang lama atau ketika membuka program berat seperti bermain games. Jika dipegang pada bahagian bawah laptop akan terasa agak panas. Suhu laptop juga agak tinggi sekitar 65-85 celsius, walaupun laptop dibiarkan begitu sahaja tanpa membuka sebarang program. Suhu paling tinggi adalah pada bahagian cpu dan motherboard lebih dari 80 celsius. Suhu gpu Nvidia GeForce juga agak tinggi lebih dari 70 celsius. Suhu normal untuk laptop dalam keadaan biasa ialah 45-55 celsius tetapi bergantung juga dengan jenis, jenama dan model laptop. Ini kerana setiap laptop mempunyai design heatsink atau kipas yang berbeza.

Penyelesaian
Bagi masalah auto off pada laptop ini, punca adalah di sebabkan debu yang terkumpul pada tempat pengeluaran udara atau air ventilation. Jika anda telah servis bahagian ini tetapi masih lagi auto off, kemungkinan besar ada komponen di motherboard telah short atau rosak. Kerosakkan pada hardware juga boleh menyebabkan masalah auto off. Laptop ini pernah ditukar thermal compound berdasarkan keadaan thermal compound yang masih basah atau belum keras. Cuma pada tempat pengeluaran udara dan kipas seperti tidak pernah diusik. Ini mungkin antara penyebab debu yang terperangkap agak tebal kerana tidak di servis dalam jangka masa yang lama. Jika dibiarkan, pasti akan menyebabkan kerosakkan pada gpu atau chipset. Kos membaiki kerosakkan ini agak mahal jika hendak di bandingkan dengan kos membersihkan debu dan menukar thermal compound. Setelah debu dibersihkan dan thermal compound ditukar dengan yang baru, suhu laptop kembali kepada normal sekitar 45-55 celsius. Laptop telah diuji dalam beberapa jam dan tiada lagi masalah auto off.

Perhatikan Suhu Motherboard, Cpu Dan Gpu Agak Tinggi
Perhatikan Tempat Yang Ditanda Kotak Merah, Debu Yang Terperangkap Menutup Hampir Keseluruhan Tempat Pengeluaran Udara
Tempat Yang Ditanda Kotak Merah Menunjukkan Debu Tebal Yang Berjaya Dikeluarkan Dan Tempat Yang Ditanda Kotak Kuning Pula Menunjukkan Thermal Compound Lama Tidak Dibersihkan Terlebih Dahulu Sebelum Meletakkan Thermal Compound Baru
Motherboard, Kipas Dan Heatsink Kelihatan Bersih Setelah Di Servis
Laptop Telah Diuji Dalam Beberapa Jam Dan Berfungsi Tanpa Masalah

Isnin, 13 Jun 2016

Masalah Keyboard Rosak Pada Laptop Acer Aspire V5-473PG


Masalah
Laptop ini mempunyai masalah dengan beberapa butang keyboard yang tidak berfungsi. Kerosakkan pada keyboard tidak boleh di ambil mudah kerana boleh menyebabkan laptop menjadi hang atau stuck, touchpad tidak berfungsi dengan baik dan butang keyboard tertekan sendiri.

Penyelesaian
Jika laptop anda hang atau stuck, anda boleh buka connector keyboard laptop dari motherboard dan gunakan usb keyboard. Ini untuk menguji sama ada keyboard laptop anda rosak, sistem windows atau hardware lain rosak. Kalau touchpad sekejap berfungsi sekejap tidak, anda boleh juga buka connector keyboard laptop dari motherboard dan gunakan usb keyboard. Ini untuk menguji sama ada touchpad rosak atau keyboard rosak. Jika butang keyboard tertekan sendiri, anda boleh buka butang keyboard yang bermasalah dan lihat jika masalah di sebabkan debu yang melekat atau getah butang keyboard rosak. Kalau masih bermasalah tukar keyboard baru atau terpakai sahaja. Bagi masalah laptop ini, Saya tukar keyboard baru sahaja. Tetapi untuk menukar keyboard laptop model ini bukan mudah. Ini kerana keyboard jenis ini perlu dibuka dari dalam dan bukan dari luar laptop. Anda perlu membuka bermula dari cover pada bahagian bawah laptop, bateri , hard disk, motherboard, speaker dan akhir sekali cover yang menutup bahagian keyboard. Cover yang menutup bahagian keyboard ini tidak menggunakan skru tetapi menggunakan plastik sahaja. Anda perlu membuang sedikit lapisan plastik ini menggunakan cutter sehingga cover keyboard ini dapat dibuka. Setelah keyboard baru berjaya dipasang, anda perlu cairkan sedikit plastik ini menggunakan soldering supaya cover keyboard dapat melekat sempurna.

Selesai Membuka Cover Bahagian Bawah Laptop
Tempat Yang Ditanda Dengan Kotak Kuning Adalah Cover Keyboard Dan Tempat Yang Ditanda Dengan Kotak Merah Adalah Contoh Plastik Untuk Menahan Cover Keyboard
Sebelah Atas Keyboard Rosak Dan Sebelah Bawah Keyboard Baru
Semua Butang Keyboard Telah Dicuba Dan Berfungsi Dengan Baik

Masalah Blank Screen Pada Laptop Acer Aspire 4530


Masalah
Laptop ini bermasalah blank screen setelah dihidupkan. Blank screen yang saya maksudkan ialah skrin laptop langsung tiada cahaya seperti laptop dalam keadaan off. Tetapi power dan hard disk led ada cahaya. Ini bermaksud laptop dalam keadaan beroperasi seperti biasa, cuma tiada paparan grafik pada skrin laptop.

Penyelesaian
Bagi masalah laptop ini, Saya suspek kerosakkan mungkin pada inverter atau skrin. Ini kerana laptop beroperasi seperti biasa, cuma tiada paparan grafik pada skrin laptop. Saya telah uji laptop dengan menyambung laptop ke lcd monitor dan ada paparan grafik pada lcd monitor. Jika anda mahu tahu sama ada inverter atau skrin yang rosak, anda boleh menggunakan lampu untuk menyuluh skrin. Jika ada paparan grafik pada skrin bermaksud inverter yang rosak, jika tiada paparan grafik bermaksud skrin yang rosak. Tetapi kadang-kadang masalah boleh di sebabkan kerosakkan pada lampu ccfl. Setelah menukar inverter terpakai, laptop berfungsi seperti biasa. Tetapi masalah blank screen berulang kembali setelah laptop di biarkan beroperasi dalam tempoh yang lama. Saya suspek lampu ccfl yang bermasalah, sekejap ok sekejap tidak. Saya tukar sahaja dengan skrin terpakai atas permintaan pemilik laptop. Laptop dalam keadaan baik setelah diuji dalam beberapa hari.

Perhatikan Laptop Dalam Keadaan Blank Screen
Sebelah Atas Inverter Rosak Dan Sebelah Bawah Inverter Terpakai
Skrin LCD CCFL Terpakai
Laptop Dalam Keadaan Baik Setelah Diuji Beberapa Hari

Sabtu, 11 Jun 2016

Masalah DC Power Jack Longgar Pada Netbook Asus EeePC X101CH


Masalah
Netbook ini bermasalah longgar pada dc power jack. Netbook akan terpadam secara tiba-tiba, jika wayar atau kepala charger digerakkan. Netbook juga akan terpadam, jika netbook digerakkan dari satu tempat ke tempat yang lain. Hujung connector tip charger juga di dapati telah rosak kerana tiada lagi lapisan plastik berwarna hitam. Biasanya lapisan plastik di hujung connector tip berfungsi untuk menahan connector tip daripada tertanggal atau longgar. Charger yang digunakan oleh pemilik netbook juga kurang sesuai kerana menggunakan charger jenis automatic voltage.

Penyelesaian
Langkah pertama saya lakukan ialah dengan menukar charger yang sesuai. Netbook jenis ini output ialah 19v 1.58a, connector tip size 2.5 x 0.7mm. Jika anda tidak menyimpan charger original, anda boleh check output di bawah netbook anda. Pastikan voltage sama 19v, kalau amp mesti sama 1.58a atau tinggi sedikit seperti 2.1a. Amp tidak boleh rendah dari 1.58a. Menggunakan charger yang kurang sesuai boleh menyebabkan charger cepat rosak, bateri lambat penuh semasa mengecas, dc power jack rosak dan mungkin motherboard akan rosak. Setelah menukar charger baru, masalah netbook terpadam masih ada. Saya suspek dc power jack yang bermasalah, kemungkinan besar contact yang terdapat di dalam dc power jack telah patah atau longgar. Saya terpaksa membuat tempahan dari luar negara kerana kesukaran mencari stok dc power jack jenis ini di pasaran. Dc power jack netbook ini bukan jenis plug and play tetapi jenis yang perlu di soldering di motherboard. Setelah menukar dc power jack baru, tiada lagi masalah netbook terpadam.

Tempat Yang Ditanda Dengan Kotak Merah Adalah Dc Power Jack Baru Dan Tempat Yang Ditanda Dengan Kotak Kuning Adalah Dc Power Jack Rosak
Charger Jenis Ini Kurang Sesuai Digunakan Kerana Menggunakan Automatic Voltage
Perhatikan Connector Tip Sebelah Kiri, Tiada Lagi Lapisan Plastik Berwarna Hitam Pada Hujung Connector Tip
Netbook Telah Diuji Dalam Beberapa Jam Dan Tiada Lagi Masalah Terpadam

Khamis, 9 Jun 2016

Masalah Blank Screen Pada Netbook Lenovo IdeaPad S110 1 Malaysia

Masalah
Netbook ini bermasalah blank screen setelah dihidupkan. Blank screen yang saya maksudkan ialah skrin netbook langsung tiada cahaya seperti netbook dalam keadaan off. Power dan battery led ada cahaya tetapi hard disk led langsung tiada cahaya atau blinking.

Penyelesaian
Biasanya untuk masalah blank screen, kita boleh check ram terlebih dahulu. Anda boleh cuci contact ram, slot ram atau cuba ram lain yang sama jenis. Kalau masih bermasalah, anda boleh cuba reset sistem bios dengan mencabut battery cmos, reset contact point, shorting kaki ic bios atau program balik sistem bios dengan menggunakan universal programmer. Semua cara yang saya nyatakan telah dicuba tetapi masalah tetap sama. Biasanya untuk netbook, masalah blank screen ada 2 sebab iaitu sistem bios corrupt atau chipset rosak. Saya mengambil keputusan untuk menukar motherboard terpakai sahaja daripada membaiki chipset. Ini kerana membaiki chipset seperti reheat, reball, chipset terpakai atau chipset baru, biasanya tidak bertahan lama. Motherboard terpakai ini asalnya dari netbook Lenovo IdeaPad S100 1 Malaysia. Motherboard model S100 sama sahaja dengan motherboard model S110 dari segi reka bentuk, cuma beza motherboard S110 lebih panjang pada slot wifi card. Heatsink juga sedikit berbeza dari segi reka bentuk. Ribbon cable untuk usb port untuk model S110 lebih pendek berbanding model S100 yang lebih panjang. Processor dan video grafik juga berbeza. Wifi card juga kadang-kadang berbeza, ada yang mengunakan wifi card Atheros dan ada menggunakan wifi card Realtek. Motherboard model S100 menggunakan sistem bios AMI dan model S110 menggunakan sistem bios Insyde H20. Netbook ini tidak perlu di format balik kerana semua driver hardware sama dengan motherboard lama, cuma driver video grafik perlu menggunakan driver video grafik S100. Software Quick Start terpaksa di reinstall balik kerana software asal corrupt.

Sebelah Atas Motherboard Untuk Model S100 Dan Sebelah Bawah Motherboard Untuk Model S110
Sebelah Kiri Ribbon Cable Usb Port Untuk Model S100 Dan Sebelah Kanan Ribbon Cable Usb Port Untuk Model S110
Sistem Bios AMI Pada Motherboard Model S100
Perhatikan Driver Video Controller Bermasalah Pada Motherboard Model S100
Masalah Driver Video Controller  Berjaya Diselesaikan Dengan menggunakan Driver Video Grafik Model S100