Laptop Dan PC Repair

Saya ada membuat perkhidmatan repair untuk laptop dan PC. Semua bergantung jika terdapat alat ganti atau komponen yang sesuai.

LCD Monitor Repair

Saya ada membuat perkhidmatan repair untuk LCD monitor. Semua bergantung jika terdapat alat ganti atau komponen yang sesuai.

Servis Laptop Anda

Saya ada membuat servis laptop untuk membuang debu atau habuk pada motherboard, casing, heatsink, kipas, menukar thermal compound baru, thermal conductive pad baru dan menukar minyak gris kipas baru. Anda dinasihatkan servis laptop sekurang-kurangnya 6 bulan sekali atau 1 tahun bagi mengelakkan masalah auto off, autorestart, black screen atau blank screen.

Alat Ganti Laptop Terpakai Dan Baru

Saya ada menjual alat ganti laptop baru dan terpakai. Barang masih ada selagi perkataan [WTS] belum bertukar perkataan [SOLD]

Laptop Terpakai Untuk Dijual

Saya ada menjual laptop terpakai. Barang masih ada selagi perkataan [WTS] belum bertukar perkataan [SOLD]

Memaparkan catatan dengan label Jual Modem Router 2nd. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jual Modem Router 2nd. Papar semua catatan

Rabu, 5 November 2014

[WTS] D-Link Wireless N 300 Router DIR-615


Saya ada satu wireless router jenama D-Link model DIR-615 untuk dijual. Wireless router ini dibeli pada tahun 2010. Wireless router ini masih dalam keadaan baik dan berfungsi. Firmware juga telah di upgrade dari versi  5.10 ke versi 5.12. Jika anda hendak update firmware terkini pastikan anda klik butang update dalam router dan bukan download melalui web D-Link. Pastikan anda mempunyai modem xDSL untuk membuat sambungan ke router ini. Harga RM40 untuk Cash On Delivery (COD) Sri Aman dan tambah RM10 untuk poslaju. Jaminan 1 minggu selepas barang diterima.


Package Contents

  1. Wireless N 300 Router
  2. Easy Install CD and Manual
  3. Quick Install Guide
  4. Removable Antenna
  5. Ethernet Cable
  6. Power Adapter
  7. Stand (Untuk dirikan router)
  8. Screw (Untuk lekat router di dinding)
 ATT : Barang masih ada, selagi perkataan [WTS] belum bertukar perkataan [SOLD]

Kotak D-Link Wireless N 300 Router DIR-615
Sedikit Info Pasal Model Router Dan Versi Firmware
Pakej Yang Terdapat Dalam Kotak

Selasa, 29 Oktober 2013

[WTS] Prolink PWH2004 Wireless HSPA Router


Saya ada satu wireless HSPA router jenama Prolink PWH2004 untuk dijual. Router ini dibeli pada tahun 2010 dan digunakan dalam 1 tahun lebih atau 2 tahun. Selepas itu router mengalami masalah no power disebabkan power adapter telah rosak. Disebabkan kesukaran mencari power adapter jenis ini, router ini saya simpan lebih kurang 1 tahun lebih. Dan baru-baru ini saya terjumpa power adapter sama jenis dengan power adapter original yang telah rosak. Apabila dicuba, akhirnya router berjaya dihidupkan. Saya telah mencuba router ini selama 2 hari & tiada masalah yang timbul. Router juga telah direset ke default factory. Saya juga telah upgrade firmware asal V24.5.0.0.4.9b1 (Feb 9 2010) kepada firmware terbaru V24.5.0.0.4.9b17 (Sep 25 2013). Mengemas kini firmware terbaru adalah penting untuk penambahbaikan pada sistem router. Senarai 3.75G HSPA USB Modem yang support untuk router ini juga telah bertambah kepada 147 model. Bagi anda yang berminat membeli router ini, pastikan anda mempunyai modem xDSL/Cable Modem atau 3.75G HSPA USB Modem untuk membuat sambungan ke router ini. Harga adalah RM40 untuk cash on delivery (COD) Sri Aman & tambah RM10 untuk Poslaju. Saya memberi 1 minggu jaminan setelah barang diterima.

Kandungan Kotak

  1. PWH2004 3.75G Wireless HSPA Router
  2. 2 antennas
  3. Quick Installation Guide
  4. User Guide CD
  5. Power Adapter (Baru)
  6. Ethernet Cable
Info Lengkap Prolink PWH2004 : http://www.prolink2u.com/new/products/index.php?cid=236

Senarai 3.75G HSPA USB Modem yang support untuk router ini : http://www.prolink2u.com/download/cl/cl_PWH2004_WNR1008_WNR1012_Rev4.8.pdf

ATT : Barang masih ada, selagi perkataan [WTS] belum bertukar perkataan [SOLD]


Kotak Prolink PWH2004
Pakej Dalam Kotak
Perhatikan LED PWR & WLAN/WPS Menyala Menggunakan Power Adapter Baru