Ok hari ni, saya nak kongsi sedikit info pasal Netbook Lenovo IdeaPad S100 versi 1 Malaysia. Model ini sama dengan model keluaran Lenovo IdeaPad S100 di pasaran cuma ada sedikit perbezaan. Antara perbezaan yang saya dapat kesan adalah pada CPU. Lenovo IdeaPad S100 di pasaran menggunakan CPU Intel Atom N570 1.67GHz, sementara Lenovo IdeaPad S100 versi 1 Malaysia menggunakan CPU Intel Atom N455 1.66GHz. Perbezaan seterusnya adalah pada Hard Disk. Lenovo IdeaPad S100 di pasaran menggunakan Hard Disk 500GB & 320GB, sementara Lenovo IdeaPad S100 versi 1 Malaysia menggunakan Hard Disk 250GB. Di samping itu, Lenovo IdeaPad S100 di pasaran menggunakan RAM DDR3 2GB, sementara Lenovo IdeaPad S100 versi 1 Malaysia menggunakan RAM DDR3 1GB. Perbezaan lain pula adalah Lenovo IdeaPad S100 di pasaran mempunyai sambungan bluetooth, sementara Lenovo IdeaPad S100 versi 1 Malaysia tiada. Anda boleh menguji sambungan yang terdapat pada Lenovo IdeaPad S100 anda dengan menekan butang Fn+F5. Webcam pada Lenovo IdeaPad S100 di pasaran mempunyai resolusi yang boleh sampai sehingga 720p HD, sementara Lenovo IdeaPad S100 versi 1 Malaysia saya tidak begitu pasti. Anda boleh on atau off camera anda dengan menekan butang Fn+Esc.
Namun begitu, Lenovo IdeaPad S100 versi 1 Malaysia juga mempunyai kelebihan iaitu pada Windows 7 nya. Lenovo IdeaPad S100 versi 1 Malaysia menggunakan Windows 7 Pro (MCMC) 32bit + Office 2010 versi Home and Student (Word, Excel, PowerPoint), sementara Lenovo IdeaPad S100 di pasaran menggunakan Windows 7 Starter + Office saya tak pasti (mungkin menggunakan Office Starter 2010/ Word + Excel). Microsoft Office 2010 kena aktif secara manual dan memerlukan sambungan ke internet.
 |
Pakej Netbook, Charger, Manual Guide & License Microsoft Math 3.0 |
 |
Netbook Lenovo IdeaPad S100 1 Malaysia |
 |
Sila Setting Terlebih Dahulu Sebelum Menggunakan Netbook Anda |
Kali pertama anda menggunakan netbook ini, sila backup terlebih dahulu dengan menggunakan onekey recovery. Ini bagi memudahkan anda restore jika berlaku sebarang masalah pada sistem windows anda. Ada 2 cara backup iaitu ke HDD, biasanya di partition d: . Bergantung jika HDD anda mempunyai 2 partition. Paling bagus adalah backup ke dalam DVD kosong, mungkin 3 atau 4 DVD kosong. Tapi memerlukan external dvdwriter & software burner. Ada lagi 1 cara adalah dengan menggunakan backup pada Windows 7.
 |
OneKey Recovery |
Antivirus yang dibekalkan untuk netbook ini adalah McAfee Antivirus Plus. Jika anda ingin menggunakan antivirus lain, sila unistall McAfee Antivirus Plus terlebih dahulu. Bagi saya antivirus yang paling sesuai untuk netbook ini adalah Microsoft Security Enssentials (MSE), syaratnya windows anda mestilah original. Anda boleh menggunakan antivirus lain, sesuai dengan keinginan anda.
Ok camera di bahagian hadapan boleh digunakan untuk Skype atau YM. Tapi jika anda ingin menggunakan untuk capture photo atau record video anda memerlukan software Lenovo Easy Capture. Software ini tidak di bekalkan bersama netbook ini. Anda boleh cari di google tapi kena cari yang betul-betul untuk S-Series.
 |
Jika Anda Ada Masalah Seperti Di atas, Sila Tekan Fn+Esc |
boley tau tak,braper harga pasaran sebenar netbook ny ???
BalasPadamSaya tak berapa pasti Mr Bubbles sebab lain tempat lain harga. Kalau di sebuah kedai komputer di Kuching, Sarawak hari tu harga RM1+++
BalasPadamadmin whre i find the store of lenovo 1 malysia here in miri
PadamHi! Saya tidak pasti, u boleh try calling no di bawah netbook. Netbook u ada masalah?
Padammacamna nak restore semua file (C:) dari backup selepas gune one key recovery ?.
BalasPadamRestore macam mana? Restore documents personal atau restore windows? Kalau anda restore windows kena backup documents yang penting terlebih dahulu ke dalam pendrive, external hdd, cd/dvd kosong atau dalam partition d:
BalasPadamapabila saya nak reestore ...tiba2 dia minta notice ..selepas itu enter you password....apa password yang harus saya beri....help2
BalasPadamJohn Smitch sebelum ni ada tak set Power-on password & Supervisor password?
BalasPadamsaya nak minta tolong.berapa harga kalauu saya format laptop?berapa hari baru boleh diambil,sebab saya tinggal di sri aman.
BalasPadameliz abeth, nak format netbook Lenovo Ideapad S100 atau netbook jenama lain? Netbook 1 Malaysia atau bukan? Sila bagi email anda untuk saya hubungi. Atau anda boleh isi butiran di CONTACT ME. TQ...
BalasPadamerm laptop notebook s100 lenovo saya tu 1Malaysia boleh tak laptop saya tu upgrade ke window 8 ?
BalasPadamtpi betul ke dpt msuk window 8 lenovo tu ???? and klau nak tukar ram ke 2gb beraPa harga dia ?
BalasPadamAnda boleh masuk link bawah ni untuk check Windows 8 system requirements
BalasPadamhttp://windows.microsoft.com/en-MY/windows-8/system-requirements
Kalau tidak pasti juga, Sila download upgrade assistant untuk check Laptop atau PC anda support Windows 8 atau tidak.
http://windows.microsoft.com/en-my/windows-8/upgrade-to-windows-8
Harga netbook kat semenanjung berape ar??
BalasPadamnetbook saya x blh on windows..yg tertulis pada screen ialah hard disk error...saya cuba start manually, tp still same cause..what the solution??i need yr help as fast as possible.
BalasPadamTerima kasih mohd syazwan sudi masuk ke blogspot saya. Kemungkinan ada 2 problem iaitu windows system corrupt atau hard disk rosak. Kalau hard disk guna connector, boleh check connector takut bermasalah juga. Try restore windows ke setting kilang dulu. Pastikan save dulu documents penting. Kalau tak dapat try repair hard disk. kemungkinan hard disk ada bad sector.
BalasPadamsaya punya intel atom n2600 nie boleh upgrade pergi ke intel i7 dan ram 8 gb ? //Dan SAYA ADA MASALAH (PENTING DAN TOLONG) BERMAIN GAME 3D MASALAH TEXTURE ROSAK SAYA HAMPIR REPOT MASALAH INI KAPADA LENOVO 1MALAYSIA '''CUBA KAMU MAIN GAME 3D .....DAN LEPAS TU ''WINDOWS EXPERINCE INDEX' GAMING GRAPHICS DI KATA {NOT DETECTED} JADI TOLONG PADA ORANG YANG ADA LEPTOP LENOVO S110 nie ramai yang kesal dng product nie {{{JADI TOLONG!!!!}}}
BalasPadamjadi boleh upgrade graphics card dan video card ? di notebook nie?
BalasPadamKalau motherboard desktop memang support lebih dari 1 processor tetapi kalau motherboard laptop saya tidak begitu pasti. Pada pendapat saya, netbook memang tidak sesuai untuk bermain games. Lagipun netbook ini menggunakan grafik Intel HD. Kalau menggunakan grafik ATI atau NVIDIA, maybe dapat main games heavy. Tapi bergantung juga dengan kekuatan processor & juga ram. Kalau nak juga main games, beli jer laptop. Sekarang ada laptop harga bawah RM1500 pun dah ada grafik ATI atau NVIDIA.
BalasPadamBiasanya kad grafik untuk laptop adalah built in. Memang sukar untuk kerja upgrade dilakukan. Tapi saya pernah terbaca artikel di satu blog, mengatakan kad grafik dapat di upgrade jika mempunyai slot MXM. Ia seperti kad grafik PCI-E yang terdapat pada desktop yang dapat dibuka & dimasuk ke slot PCI-E. Tetapi ada beberapa faktor kena dilihat terlebih dahulu sebelum melakukan proses upgrade. Takut tidak compatible dengan motherboard.
BalasPadamnetbook mmg bukan sesuai untuk games and menonton movie hd. sangat2 lagging dan tidak hairan jika laptop boleh rosak disebabkan info yang kurang jelas mngenai fungsi netbook secara amnya oleh pengguna. sesuai jika keperluan adalah utk surfing, buat kerja office. laptop dengan prosessor dan ram yang lebih besar sesuai untuk multimedia dan games, saiz pun besar.
BalasPadamAda jual keyboard untuk Lenovo netbook S110? Berapa harganya?
BalasPadamTQ.
Sparepart untuk Lenovo susah sikit nak cari tapi saya boleh check dulu. Boleh tinggalkan email anda atau isi butiran di contact me. Tq
BalasPadamsalam..notebook 1msia saya xbole msuk windows...bila on bunyi ja ada tapi xbaca hardisk..last saya guna sms tgk video online..trus black screen..bila restart da jadi cmtu..rasanya problem apa yer??ada solution ker??
BalasPadamTerima kasih masuk ke blogspot saya. Ada bunyi beep secara berterusan atau selang seli? 1st boleh try cuci ram/slot ram/tukar ram lain. Blank screen atau black screen? Sebab kadang-kadang ada yang tak faham antara blank screen atau black screen.
PadamBunyi berterusan dan black screen...
PadamKemungkinan ram bermasalah ni, try cuci ram/slot ram/tukar ram lain. Kalau netbook anda jenis Lenovo kena buka habis cover kat bawah netbook tu. Kena hati-hati buka takut cover crack.
Padamsalam admin.. apa fungsi menarik laptop lenovo 1malaysia nie?? bleh terang kan tak??
BalasPadamNetbook ni sama jer dengan mana-mana dengan netbook 1 Malaysia yang lain atau netbook yang biasa berada di pasaran. Saiz tidak berapa besar & senang di bawa ke mana-mana. Cuma netbook ini tiada built in bluetooth sahaja. Kalau anda mempunyai apa-apa jenama netbook 1 Malaysia, sila upgrade RAM ke 2gb sebab original RAM cuma 1gb sahaja. Saya sendiri pernah mencuba pelbagai jenama netbook 1 Malaysia memang agak slow setelah anda install beberapa program.
BalasPadamadmin, saya guna lenovo s100 bkn 1 malaysia. masalah saya, button enter dan button kanan tidak berfungsi. untuk typing memang menyukarkan saya dan touch pad plak nak select/click tidak brfungsi jgak.. tetapi selepas saya tekan button on/off webcam baru touch pad berfungsi.. tiap kali on laptop akan saya lakukan yg sama. ada solution tak admin. atau saya kena tukar 1 set keyboard baru?
BalasPadamAdmin..sy beli lenovo s110...mslhnye micr. Office kene mskkan product key...mmg xde care lain ke nk setelkan mslh office utk model sy beli tu? Mcm mane la nk wat kije kalo xleh pakai office...dh try mskkan sume key yg sy ade n cr kat google...mmg xdpt.. :(
BalasPadamDapat guna microsoft office tu tapi microsoft office 2010 basic sahaja. Ada Word Starter/ Excel Starter sahaja. Kalau nak guna boleh tapi banyak function yang tiada, tidak seperti version home/pro.
PadamTp die mtk key product...sy duk cr google ramai ckp mmg kene beli dr microsoft...kalo x nanti xleh gune MS office...lenovo s110 sy ni build in window 7 and MS office 2007...trial 60 hari rsnye....adoi...
PadamOk, Amar boleh bagi email tak kat sini, kalau tak pun isi butiran di contact me, nanti saya tolong selesaikan masalah anda.
PadamAmar_ateh03@yahoo.com...tqvm :)
BalasPadamBerapa harga kalau monitor laptop 1 malaysia ada dead pixel?
BalasPadamKalau dead pixel yang kecil-kecil itu masih dapat guna, kalau dah teruk sangat boleh tukar LCD baru. Kalau nak tukar LCD baru, boleh bagi email anda kat sini atau isi butiran di contact me. Tq...
Padamhello admin..ada jual tak HDD s110 sepupu kpda s100 ~_~..sbb hdd sye ada 2 jnis. lenovo lupa master pass bila msok bios dan yg jnis coby plak asyik ckap bootable device failed..please enter correct bootable device or media bootable device..jdi..kalau nak beli HDD bru..brpa harga dan sye pown owg c aman..area jalan brayun..^-^..harap blas ok..
BalasPadamPasal Lenovo, adakah anda set password pada administrator master/user atau hdd master/user? Atau set password kedua-duanya sekali? Pasal Coby, boleh check setting di bios detect atau tidak hard disk. Lepas itu, pastikan 1st priority boot mesti hard disk. Kalau hard disk tidak detect di bios, kemungkinan hard disk rosak. Kalau hard disk masih boleh detect, boleh try repair takut ada bad sector. Kalau nak repair 2 netbook tu boleh tinggalkan email/no hp di sini atau isi butiran di contact me.
Padamhai and evening
BalasPadamhow much do i need to pay?
1. change keyboard - some got missing botton.
tq
Hi! Sila bagi email anda di sini atau isi butiran di contact me.
Padamlenovo 1 malaysia lepas diformat kat kedai terus tak boleh sambung wifi..kedai kata tak ada driver untuk wifi lenovo 1 malaysia ..sila admin bagi pendapat
BalasPadamSaya rasa kedai komputer tersebut format secara manual dan membuang original recovery yang terdapat pada netbook Lenovo tersebut. Sepatutnya juruteknik di kedai komputer tersebut cuma perlu restore ke setting kilang menggunakan onekey recovery yang terdapat dalam netbook Lenovo. Saya ada driver untuk netbook Lenovo tetapi untuk repair sahaja. Anda boleh cuba update windows atau menggunakan driverpack solution.
PadamHello admin. saya ada beli ram kingston KVR1333D3S8S9/2G untuk diupgradekan pada netbook lenovo ideapad s100 1 malaysia. setelah diganti dan dihidupkan netbook tersebut tidak berfungsi (black Screen). Apabila saya pasang semula ram yang asal netbook tersebut hidup seperti biasa. admin ada solution tak dengan masalah tu.
BalasPadamCuba cuci slot ram. Maybe slot ram kotor. Saya pernah cuba ram 2gb pada netbook Lenovo tapi jenama Ramaxel dan tiada masalah yang timbul.
Padamadmin/....
BalasPadamboleh tolong x....
laptop 1 malysia sya....
tiba2x mintak password hdd....
tp sya tiada pun....pasang tuh password....
apa pasword yg harus sya pasang........
help me please/.... :(
Mana mungkin tiba-tiba password set sendiri. Maybe anda salah tekan atau seseorang yang buat password tu. Password set pada administrator master/user atau hdd master/user? Atau set password kedua-duanya sekali? Saya boleh tolong resetkan, kalau anda berada di Sri Aman, Sarawak serta kawasan berdekatan. Kena guna cara dos untuk buang password pada hdd tu. Kalau nak buang password administrator kena guna eeprom programmer untuk reflash bios.
Padamhi..slm 1 m mr admin..macamna msk dos utk buang p/w atau eeprom programmer utk reflash bios tk
BalasPadamlaptop 1Malaysia brand Idola saya boleh main 720p video kat youtube....saya guna windows 8.1
BalasPadamhello,,where di i find the store of 1malaysia lenovo here in miri
BalasPadamhello laptop 1 malaysia store anyone here know the store miri
BalasPadamwhre s the store of lenovo 1 malaysia in miri
BalasPadamHello admin,laptop 1 malaysia
BalasPadamini bgs tak kalau main heavy games seperti dota dan online games yg lain?
Tidak sesuai, netbook kalau untuk online & buat kerja ringan2 ok.
PadamMaaf, sye note book sye boleh on. Tpi tk boleh open sepenuh nye. Dy suruh masuk kan master password. .. Sye pakai 1 mlaysia pnye. Ape patut sye buat? Password tu sye tk tau, boleh bro tolong?
PadamKalau bro berada di Sri Aman, Sarawak serta kawasan yang berdekatan saya boleh tolong resetkan.
PadamAdmin ble cadangankn part/brand yg sesuai utk upgrade RAM ke 2gb Lenovo S100?
BalasPadamTQ
Mana2 brand pun boleh, yang penting ram jenis DDR3 1333mhz atau PC3-10600s. Guna 8chip. Saya guna 8chip ok tiada masalah setakat ni, stabil. Kalau 16chip saya tak pasti support ke tak. Kalau nak guna 4gb maybe dapat tetapi Windows kena tukar ke 64bit.
Padammcm mna nk restore setting lenovo s100 satu malaysia ne ya?sebab bila sy on laptop..screen dia kluar warna biru dan tulis error hard disk?
BalasPadamBoleh guna 2 cara. Kalau dapat masuk area desktop guna one key recovery. Kalau tak dapat masuk guna reset button kat tengah-tengah antara quick screen dan power button. Guna klip kertas dan cucuk sehingga keluar recovery screen
Padamadmin, adakah screen netbook msi ms-n014 sama dengan coby nbpc1023? semuanya jenis netbook 1 malaysia
BalasPadamSusah juga nak cakap sama ker tak, kena compare sendiri. Boleh buka skrin Coby dan check jenis slim ker, apa kod skrin, posisi lcd ribbon cable (LVDS), berapa pin connector.
Padamlaptop lenovo ni boleh tambah video ram tak.......video ram lenovo s110 cuma 32 mb sahaja....saya nak upgrade video ram saya ke lebih tinggi untuk main game......
BalasPadamSaya rasa memang sukar untuk dibuat kerana grafik netbook built in di motherboard. Ia tidak seperti grafik kad pada pc yang dapat dicabut dan dipasang. Pasal penambahan ram pada grafik, mungkin dapat tapi memerlukan kemahiran yang tinggi untuk menukar komponen-komponen tertentu.
PadamKalau nak repair laptop acer aspire 4253 yang tidak boleh booting boleh tak....saya rasa ia rosak hardisk......jadi kalau boleh berapa harganya untuk repair hardisk laptop acer aspire 4253 itu......
BalasPadamKena check step by step untuk confirm hard disk yang rosak sebab kadang-kadang masalah lain. Hard disk boleh repair kalau masalah soft parts seperti boot corrupted atau bad sector. Tapi ikut nasib juga, kadang-kadang hard disk dapat pakai lama dan kadang-kadang masalah yang sama akan berulang kembali. Kalau masalah mechanical parts memang kena tukar hard disk baru. Biasanya hard disk akan mengeluarkan bunyi yang pelik seperti bunyi klik-klik atau bunyi yang tidak normal. Kalau bro berada di Sri Aman serta kawasan berdekatan, saya boleh tolong check dan repair laptop anda.
Padammemang saya brada d c aman......tapi sya x tahu dimana lokasinya.......
Padambos saye dh fix dh msalah hardisk 2...sye guna hardisk lenovo s110 sye dn gntikn lpstu sye install windows 8...
Padamkalau saya nak tukar version windows 7 professional ke window xp ade tak......kalau saya tukar version windows 7 ke window xp mungkin akan menambahkan vga atau vram laptop lenovo s110 saya itu.......atau awak boleh overclock....
BalasPadamklu nak buka keyboard laptop lenovo 1malaysia. belakang ada skru tak. atau tarik keluar terus.. terima kasih
BalasPadamAda 3 skru kat belakang bateri. Lepas tu buka seperti biasa. Kalau nak cari keyboard baru untuk netbook ini saya ada stok. Bagi jer email atau isi butiran di contact me.
Padamadmin apa masalah notebook saya bila di on tengok movie jap tiba2 black screen,kipas pusing tapi black screen..
BalasPadamNotebook jenis apa? Ada tak check setting brightness? Masalah ini timbul hanya masa tengok movie? Kalau off notebook on balik ok? Pernah upgrade apa-apa sebelum ni? Upgrade BIOS ker atau upgrade windows asal ke windows lain? Susah juga nak cakap masalah ni kena check satu-satu.
Padamnk tnya hrga hardisk lenovo brpa ea ... sbb sy pny hardisk rosak...
BalasPadamMinta maaf saya tak jual hard disk sahaja. Hard disk baru hanya ditukar jika saya yang repair laptop atau pc. Jika anda berada di Sri Aman serta kawasan berdekatan boleh hantar laptop anda dengan saya.
PadamLENOVO S100 KALAU NAK UPGRADE HDD KE SSD OK TAK ? BERAPA GB YG STABIL.. ADAKAH CUKUP SEKADAR TUKAT ITEM ITU SAJA ATAU PERLU TUKAT ITEM2 YANG LAIN...
BalasPadamSaya kurang pasti ok atau tak kerana saya sendiri belum pernah upgrade dari HDD ke SSD. Ini kerana kebanyakkan customer hanya menukar HDD baru sahaja. Ini mungkin disebabkan faktor harga SSD yang lebih mahal dari HDD. Namun dari segi performance memang SSD lebih laju dari HDD. Tapi bergantung juga dengan laptop yang ingin di upgrade. Jika laptop mempunyai hardware dengan spesifikasi yang lebih tinggi adalah lebih baik untuk di upgrade ke SSD. Setiap motherboard laptop memang ada limit untuk upgrade ram, HDD/SSD atau processor. Jika mahu selamat ikut sahaja spesifikasi asal. Contoh netbook Lenovo Ideapad S100 1 Malaysia HDD kapasiti 320gb, so anda upgrade SSD kapasiti 320gb ke bawah. Jika ram anda masih 1gb boleh upgrade ke 2gb untuk lebih laju. Jika netbook anda masih lagi menggunakan OS ori, anda boleh clone HDD lama ke SSD baru anda atau backup menggunakan One Key Recovery ke dalam dvd.
PadamSlm.admin,saya bru beli netbook lenovos110...mcmana nk download aplikasi mcm lambang google,chrome dan sbagainya.ya lah mcm kat komputer kan dia bnyk aplikasi.minta tunjuk caranya.
BalasPadamSalam, download jer di internet. Software biasanya ada freeware/trail. Kalau yang freeware macam google chrome, mozilla firefox, adobe reader, winamp, vlc player, 7zip dan banyak lagi. Kalau yang trail, anda kena beli kalau tamat tempoh. Sila install software yang penting sahaja, jangan install terlalu banyak software kerana ini boleh menyebabkan laptop/netbook/pc menjadi berat atau lembab
Padamhai salamat ptng....bagaimana cara untuk mengatasi masalah leptop lenovo S11....MASALAH 1 MINTA ENTER CURRENT PASSWORD????
BalasPadamBanyak cara untuk unlock boleh cari di google. Kalau saya biasanya guna universal programmer.
PadamAgak agaklaptop nie ada lagi tak ?
BalasPadamKalau sye format laptop ni, smua bnde dlm laptop tu hilang x?
BalasPadamAssalam Admin..brp slot untuk tambah ram laptop 1 malaysia...?
BalasPadamsalam,selamat tengahari admin..admin,mok nanyak berapa bajet mun kita upgrade ram pergi ke 2gb?
BalasPadamBoleh minta nom telfon bos...laptop lenovo s100 saya pun rosak...
BalasPadamSalam bro, kalau sya upgrade ram 4gb laptop lenovo s110 utk dipakai kat windows 10 64 bit agak2 lepas x?
BalasPadamhai admin..Netbook Lenovo IdeaPad S100 versi 1 Malaysia ada masalah dgn bateri..agak2 berapa rm ye kos replace bateri?thnks..
BalasPadamNetbook lenova ideapad S100.masik ada lagi tak.
BalasPadam