Isnin, 23 Julai 2012

Masalah Dell Inspiron 1420 Auto Shutdown


Masalah
Laptop Dell Inspiron 1420 ni masalah akan auto shutdown jika tidak menggunakan cooling fan di bawahnya. Saya rasa masalah berkaitan overheating. Laptop ini jika dipegang sebelah kiri terasa begitu panas dari biasa. Kebanyakkan masalah overheating di sebabkan kipas & air ventilation yang tidak diservis dalam jangka yang lama. Disyorkan anda membuat servis pada bahagian ini 6 bulan atau 1 tahun sekali bergantung kekerapan anda menggunakannya. Habuk akan mudah terkumpul di bahagian air ventilation menyebabkan aliran udara yang tidak sempurna.

Penyelesaian
Saya buka habis laptop ni, cabut bateri. Lepas tu cuci habuk di bahagian motherboard, casing, kipas & heatsink dengan menggunakan berus cat atau berus lukisan. Kalau bahagian heatsink, anda boleh menggunakan vacuum atau blower. Thermal paste juga telah keras dan digantikan dengan thermal paste brand cooler master. Kawasan kipas yang berpusing mesti diberi sedikit pelincir. Saya gunakan minyak enjin brand singer. Ini untuk menggelakkan kipas berbunyi bising dan juga pusingan kipas yang tidak lancar. Laptop berkeadaan baik tanpa menggunakan cooling fan selepas servis dilakukan.

Kipas Dell Inspiron 1420
Motherboard Dell Inspiron 1420
Perhatikan Habuk Yang Tebal Di Heatsink Menyebabkan Aliran Udara Tersekat
Habuk Yang Berkumpul Di Kipas
Thermal Paste Yang Telah Keras
Habuk Telah Ditanggalkan Dari Heatsink
Selesai Dibersihkan

0 comments:

Catat Ulasan