Khamis, 30 Januari 2014

Netbook Lenovo IdeaPad S100 1 Malaysia Restore Ke Setting Kilang


Password Login Ke Desktop Terpaksa Di Crack
Masalah
Baru-baru ini saya ada menerima netbook 1 Malaysia jenama Lenovo IdeaPad S100. Masalah netbook ini adalah prestasi netbook yang agak perlahan. Pemilik netbook ini meminta untuk clean format netbook ini. Memandangkan OS netbook ini masih ori, saya menggunakan One Key Recovery yang terdapat dalam netbook ini untuk restore kembali ke setting kilang. Cara ini lebih bagus & cepat berbanding anda format secara manual. Sebelum itu pastikan anda save dulu apa-apa files yang penting ke pendrive, external HDD, CD/DVD kerana proses ini akan membuang segala yang terdapat dalam netbook tersebut.

Penyelesaian
Password login untuk ke desktop terpaksa di crack bagi memudahkan saya melihat masalah netbook ini. Netbook ini mempunyai 2 antivirus iaitu original antivirus McAfee & Kaspersky. Bagi anda yang ingin menukar antivirus pastikan anda uninstall antivirus sebelumnya. Ini juga salah satu faktor netbook boleh menjadi lambat kerana netbook mempunyai lebih dari 1 antivirus. Bagi saya anda tidak perlu membazir duit untuk membeli antivirus kerana netbook ini mempunyai antivirus free yang terdapat dalam folder microsoft digital yang terdapat di depan desktop. Antivirus free tersebut ialah Microsoft security Essentials. Lagipun antivirus ini lebih ringan berbanding dengan antivirus seperti Kaspersky. Di samping itu juga saya menasihatkan anda upgrade ram dari 1gb ke 2gb bagi menambah kelajuan. Netbook ini berjaya di restore ke setting kilang tanpa masalah. Tidak ada timbul masalah meminta password seperti yang di nyatakan oleh seorang sahabat sebelum ini. Netbook ini juga ada masalah pada keyboard, ada beberapa button yang tidak berfungsi seperti button enter/arrow sebelah kanan. Touchpad juga bermasalah bila klik 2x pada ikon yang hendak dibuka. Tetapi jika camera off kejap dan on balik (fn+esc) touchpad dan keyboard akan dapat digunakan seperti biasa tanpa masalah. Memandangkan pemilik tidak kisah pasal masalah ini, saya abaikan sahaja.

Klik Pada One Recovery Key, Lepas Itu Klik Restore Factory
Selepas Netbook Restart, Proses Restore Akan Bermula
Selesai Restore Ke Kilang & Install Program

19 ulasan:

  1. Terima kasih Ayu Syahierah kerana sudi masuk ke blogspot saya. Masalah ini mungkin ada kaitan dengan keyboard atau touchpad. Pertama sekali anda boleh buka dulu keyboard & on netbook tanpa keyboard. Jika touchpad berfungsi tanpa masalah, ini bererti keyboard yang bermasalah. Tapi jika touchpad masih bermasalah, kemungkinan touchpad yang bermasalah. Cara ini bagi mengelakkan anda tersalah beli spare part. Di samping itu anda boleh juga cuci connector keyboard & touchpad. Kalau nasib baik akan ok.

    BalasPadam
  2. saya tk paham cara mencucinya bagikan contoh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Netbook anda masih dapat masuk ke dalam windows atau stuck kat area BIOS. Kalau masih dapat masuk ke windows, guna jer one key recovery untuk restore kilang. Kalau tak dapat masuk windows, guna shortcut key pada keyboard atau guna dvd recovery.

      Padam
  3. salam . laptop saya xda camera , mcm mana nak download ? n laptop saya mnjdi 'hank'.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih natikah2020 masuk ke blogspot saya. Netbook atikah jenis Lenovo Ideapad S100 1 Malaysia juga ker? Semua netbook 1 Malaysia ada camera, cuma software untuk capture photo atau record video sahaja tiada. Sesetengah jenama netbook 1 Malaysia ada dibekalkan sekali dengan software untuk capture photo atau record video dan ada juga tiada. Kalau tiada kena cari sendiri software. Kalau natikah guna lenovo ideapad S100 1 Malaysia, anda boleh cuba download software Lenovo Easy Capture di web rasmi Lenovo.

      Kalau pasal laptop hang, ada beberapa kemungkinan seperti OS corrupt atau kena virus. Hard disk ada bad sector atau rosak. Ram rosak. Langkah pertama, anda boleh cuba restore dulu ke setting kilang. Lepas itu kalau masih ada masalah, cuba check ram & hard disk.

      Padam
  4. jika saya format lenovo s100 ne kpda tetapan kilang adakah microsof powerpoint dan yg lain2 akan turut terpadam??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, semua akan hilang. Pastikan Backup dalam pendrive, external hdd, dvd kosong atau letak dalam partition d. Kalau nak aktif office guna cd key di belakang netbook.

      Padam
  5. Salam, sebelum ni leptop saya ada OneKey Recobery 7.0, tapi saya ter-uninstall, adakah masih dapat saya cari fail install onekey recobery saya di dalam leptop atau iya terus hilang ?
    terima kasih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam, boleh cari dalam partition d - LENOVO - drivers. Kalau takde boleh try download di website Lenovo atau tempat lain. Paling penting partition original recovery masih ada. Boleh check cari computer, lepas tu klik kanan, lepas tu klik manage, lepas tu klik disk management. Lihat jika partition OEM Partition masih ada. Kalau masih ada anda masih lagi boleh restore setting kilang.

      Padam
    2. Kat mana one recovery key?

      Padam
  6. assalam... admin dekat mana mahu download onekey recovery yee.... boleh bagi link tak.. sbb saya mahu restore setting kilang... sbb saya punya lenovo ideapad s100 nie dah perlahan sangat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam, taip jer Lenovo S100 One Recovery di Google. Tapi kalau partition recovery dah kena delete memang tak guna install software One Recovery tu. Boleh try restore partition tu balik. Kalau sebelum ni dah backup dalam dvd, boleh guna dvd untuk restore.

      Padam
    2. ohhh terima kasih kerana info. kalau nk check partition recovery tu kt mana yee

      Padam
  7. Huruf pada lenovo s100 km i tak dapat dgunakan...macammna nk betulkan

    BalasPadam
  8. Saya punya netbook sama jenama tetapi.. kena virus agak² .. Apa yg perlu saya lakukan..tolong saya boleh x ..s cara nak buang virus tersebut.

    BalasPadam
  9. Hai..tolong sy boleh...sy ada masalh juga dgn laptop jenama sama lenovo S110 1malaysia....sy dpt laptop ni 2011 tyme to fom 3....laptop sy jdi masalah..pada tahun 2014....ada sy format di kedai ttpi OS sy x dpt tekan mcm biasa..kalau tekan dia mcm On laptop to..lepas to keypad sy huruf g dan h x dpt tekan...mcm mna ek...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya kurang faham masalah netbook anda. Kemungkinan besar keyboard rosak. Cabut keyboard netbook dan try pakai usb keyboard. Kalau masih problem, maybe hard disk.

      Padam
  10. laptop saya ni model yg sama.. anak sedara saya dpt... tp dah kena format .. bila saya check semua partition pun dah kena delete dan buat partition baru... saya cuba format balik tp x boleh.... nak buat camna plak ni? tolong laaaah... sian anak sedara nak guna belajar

    BalasPadam