Selasa, 28 Januari 2014

Masalah A Disk Error Occurred Pada Netbook Acer Aspire One ZG5


Keluar Warning A Disk Error Occurred
Masalah
Netbook A1 ini mengalami masalah a disk error occurred setelah netbook dihidupkan. Pemilik netbook ini juga meminta cadangan jika netbook ini dapat di upgrade hard disk ke kapasiti lebih besar kerana hard disk netbook ini cuma berkapasiti 8gb. Saya pun agak keliru juga kenapa netbook ini cuma mempunyai hard disk berkapasiti 8gb? Ini kerana saya pertama kali menerima netbook hard disk berkapasiti 8gb. Pada mulanya saya fikir kemungkinan hard disk telah rosak dan saya terus membuka casing/cover netbook ini. Apabila dicari hard disk tidak di temui. Akhirnya setelah mencari info yang tepat, netbook ini sebenarnya menggunakan solid state drive (SSD) berkapasiti 8gb. Netbook ini juga mempunyai 1 slot seperti slot card reader untuk anda cucuk sd card bagi menambah kapasiti. Netbook ini mempunyai 2 versi. 1 versi menggunakan SSD + OS Linpus Linux Lite dan 1 versi lagi menggunakan hard disk + OS Windows XP. Netbook ini juga mempunyai ram 1gb, 512mb adalah built in di motherboard & 512mb lagi dipasang di slot ram biasa. Melalui info di internet, netbook ini cuma support max ram 1gb sahaja.

Penyelesaian
Bagi masalah a disk error occurred ini, ia dapat dibaiki begitu sahaja jika anda menggunakan sistem Windows. Kalau bernasib baik memang akan ok seperti biasa. Memandangkan netbook ini tiada dokumen-dokumen penting, jadi saya clean format sahaja. Pertama sekali saya mencuba untuk memasukkan OS Linpus Linux Lite v1.0.3.e. Setelah semua diinstall, banyak software yang tidak support di sebabkan OS Linpus Linux Lite ini versi lama. Dah try update tetapi tidak dapat. Lepas itu saya try OS Ubuntu yang terbaru. Ubuntu ini lebih kurang macam android kerana mempunyai software centre sendiri, jadi senang untuk anda install apa-apa software free yang anda mahu. Bagi OS Linux, kalau anda tidak masukkan antivirus pun tidak apa. Kebarangkalian diserang virus adalah rendah berbanding menggunakan OS Windows. Netbook ini sebenarnya mempunyai ready slot untuk anda memasang hard disk & menambah SSD. Tetapi untuk melakukannya anda mestilah membeli connector hard disk atau SSD dan soldering di motherboard. Jika BIOS tidak detect hard disk atau SSD tersebut, anda boleh upgrade BIOS ke latest version. Saya kurang pasti jika netbook yang menggunakan SSD 8gb ini dapat dimasukkan OS Windows XP.

Perhatikan Kotak Merah Yang Ditandakan Itu Merupakan SSD 8GB
Kotak Merah Sebelah Atas Ready Slot Untuk Hard Disk & Kotak Sebelah Bawah Ready Slot Untuk SSD
Selesai Install OS Ubuntu

0 comments:

Catat Ulasan