Laptop Dan PC Repair

Saya ada membuat perkhidmatan repair untuk laptop dan PC. Semua bergantung jika terdapat alat ganti atau komponen yang sesuai.

LCD Monitor Repair

Saya ada membuat perkhidmatan repair untuk LCD monitor. Semua bergantung jika terdapat alat ganti atau komponen yang sesuai.

Servis Laptop Anda

Saya ada membuat servis laptop untuk membuang debu atau habuk pada motherboard, casing, heatsink, kipas, menukar thermal compound baru, thermal conductive pad baru dan menukar minyak gris kipas baru. Anda dinasihatkan servis laptop sekurang-kurangnya 6 bulan sekali atau 1 tahun bagi mengelakkan masalah auto off, autorestart, black screen atau blank screen.

Alat Ganti Laptop Terpakai Dan Baru

Saya ada menjual alat ganti laptop baru dan terpakai. Barang masih ada selagi perkataan [WTS] belum bertukar perkataan [SOLD]

Laptop Terpakai Untuk Dijual

Saya ada menjual laptop terpakai. Barang masih ada selagi perkataan [WTS] belum bertukar perkataan [SOLD]

Memaparkan catatan dengan label Jual Spareparts PC 2nd. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jual Spareparts PC 2nd. Papar semua catatan

Rabu, 1 Mei 2013

[SOLD] ASRock N68C-GS FX Motherboard Untuk Socket AM2+/AM2/AM3+/AM3 Processors


Saya ada 1 motherboard ASRock N68C-GS FX baru untuk untuk dijual. Motherboard ini boleh support socket AM2+/AM2/AM3+/AM3 processors. Saya sudah mencuba motherboard ini dengan menggunakan processor AMD Athlon 64 X2 & semuanya berfungsi tanpa masalah. Motherboard ini pada asalnya saya beli untuk menggantikan motherboard Acer Aspire M1200 tetapi kerosakkan bukan berpunca daripada motherboard. Pastikan connector kipas processor anda jenis 4pin. Jenis 3pin boleh digunakan juga tetapi bunyi kipas agak bising, ini kerana pin no.4 untuk mengawal kelajuan kipas. Motherboard ini tidak di sertakan buzzer/speaker, jadi anda kena guna buzzer/speaker pada motherboard lama anda. Kalau motherboard lama built in buzzer/speaker kena cari buzzer/speaker seperate. Memory support ddr2 & ddr3. Kalau nak aktif dual channel kena guna 2 slot ram, pastikan mb/gb/mhz sama. Kalau boleh guna jenama yang sama. Kalau anda menggunakan memory ddr2, tidak boleh dicampur dengan ddr3 & begitu juga sebaliknya. Memory ddr2 boleh support processors AM2/AM2+/AM3 CPU  & ddr3 cuma boleh support processors AM3/AM3+ CPU. Slot SATA pula, boleh support SATA I & II.

  1. Motherboard BARU, bukan second. Pernah dicuba sekali sahaja untuk menguji kerosakkan pada Acer Aspire M1200.
  2. Warranty 1 tahun dari tarikh saya beli bulan 4/2013, pembeli kena bayar harga pos 2 hala kalau nak claim warranty.
  3. Harga RM155 untuk cash on delivery (COD) Sri Aman, kalau guna Poslaju RM170. Kalau nak guna perkhidmatan courier lain pun boleh, terpulang kepada anda.
  4. Pakej yang terdapat dalam kotak motherboard ini adalah, motherboard, manual guide, cd drivers, 2x SATA cable & I/O Shield (Backplate)
  5. Anda boleh klik Specifications & CPU support list untuk info penuh
ATT : Barang masih ada, selagi perkataan [WTS] belum bertukar perkataan [SOLD]

Kotak ASRock N68C-GS FX Bahagian Depan
Kotak ASRock N68C-GS FX Bahagian Belakang
Pakej Motherboard, Manual Guide, Cd Drivers, 2x SATA Cable & I/O Shield (Backplate)
ASRock N68C-GS FX Motherboard

Jumaat, 27 Januari 2012

[WTS] UV PSU Connector Baru


Contoh PSU Connector Kit Warna Biru Di Bawah Pancaran UV Light
Contoh UV Female Warna Hijau Di Bawah Pancaran UV Light
Di sini saya ingin menjual UV PSU Connector secara berasingan. PSU Connector terdiri daripada 8 unit UV Blue Female Molex Connector, 5 unit UV Green Male Molex Connector, 1 unit UV Blue 6 pin Auxillary Connector, 1 unit UV Green 6 pin PCI-E Connector & 2 unit Tiada UV Blue Sata Power Connector. Memang sesuai untuk pengemar UV Modding. Sebarang pertanyaan, sila isi butiran di CONTACT ME atau Catat Ulasan di bawah

->Sila klik PSU Modding Toolkit untuk cara-cara membuka PSU Connector anda sendiri.

Pasti PSU Connector Anda Akan Lebih Menarik Dari Biasa
Harga UV Blue Female Molex Connector : RM1.70 x 1
Harga UV Green Male Molex Connector : RM2.30 x 1
Harga UV Blue 6 pin Auxillary Connector : RM2 x 1
Harga UV Green 6 pin PCI-E Connector : RM3 x 1
Harga Tiada UV Blue Sata Power Connector : RM2.50 x 1

Harga Pemasangan Untuk Semua Connector : RM10
Harga Pemasangan Untuk 1 Connector : RM1

ATT 1 : Harga istimewa akan diberikan sekiranya anda membeli semua connector
ATT 2 : Barang masih ada, selagi perkataan [WTS] belum bertukar perkataan [SOLD]

[WTS] PSU Connector Vantec Terpakai


PSU Connector Yang Biasa Anda Lihat
Ok di sini saya nak menjual PSU Connector yang diambil dari PSU Vantec iON2 460W. PSU Vantec ini telah di upgrade connector nya dengan PSU Connector Kits UV.

Contoh PSU Vantec iON2 460W
Mungkin ada di antara kita yang tidak kisah pasal modding PSU, janji dapat dipakai. Jadi, untuk anda kaki pc modding yang ingin PSU Connector anda lain dari biasa, jom tukar sekarang. Sesetengah PSU di pasaran memang datang dengan PSU Connector seperti di bawah.

Sesuai Untuk Modified & Juga Menggantikan PSU Connector Yang Rosak

PSU Vantec iON2 460W di datangkan dengan 1 unit 20+4 pin ATX Connector. Boleh digunakan untuk motherboard 20 pin atau 24 pin. 1 unit 4 pin 12v Connector. 6 unit Female 4 pin Molex dengan grip, memudahkan anda untuk memasang dan menbuka. 2 unit Sata Power Connector, sesuai untuk di hujung kabel & bukan di tengah. 2 unit 4 pin Floppy Connector. Sebarang pertanyaan, sila isi butiran di CONTACT ME atau Catat Ulasan di bawah.

->Sila klik PSU Modding Toolkit untuk cara-cara membuka PSU Connector anda sendiri.

Harga PSU Connector : RM10
Harga Pemasangan : RM10
ATT : Barang masih ada, selagi perkataan [WTS] belum bertukar perkataan [SOLD] 

Selasa, 24 Januari 2012

[WTS] Kipas Cooler Master 120mm Baru


Contoh Kipas 120mm Cooler Master
Ok saya mahu menjual 1 unit kipas jenama Cooler Master, saiz 120mm atau 12cm. Badan & bilah kipas lutsinar, ada 4 lampu LED berwarna biru. Sambungan 3 pin & sesuai untuk sambungan terus ke motherboard. Kalau mahu terus sambung ke power supply, gunakan 4 pin adaptor ada di bekalkan sekali. 4 screws. Sesuai untuk depan atau belakang casing. Spesifikasi prestasi kipas ini, saya tak tahu sebab kipas ini diambil dari casing Cooler Master Elite 431 Plus. Sebarang pertanyaan, sila isi butiran di CONTACT ME atau Catat Ulasan di bawah.

Harga : RM20 
ATT : Barang masih ada, selagi perkataan [WTS] belum bertukar perkataan [SOLD]

Original Diambil Dari Casing Cooler Master Elite 431 Plus