Rabu, 1 Mei 2013

[SOLD] ASRock N68C-GS FX Motherboard Untuk Socket AM2+/AM2/AM3+/AM3 Processors


Saya ada 1 motherboard ASRock N68C-GS FX baru untuk untuk dijual. Motherboard ini boleh support socket AM2+/AM2/AM3+/AM3 processors. Saya sudah mencuba motherboard ini dengan menggunakan processor AMD Athlon 64 X2 & semuanya berfungsi tanpa masalah. Motherboard ini pada asalnya saya beli untuk menggantikan motherboard Acer Aspire M1200 tetapi kerosakkan bukan berpunca daripada motherboard. Pastikan connector kipas processor anda jenis 4pin. Jenis 3pin boleh digunakan juga tetapi bunyi kipas agak bising, ini kerana pin no.4 untuk mengawal kelajuan kipas. Motherboard ini tidak di sertakan buzzer/speaker, jadi anda kena guna buzzer/speaker pada motherboard lama anda. Kalau motherboard lama built in buzzer/speaker kena cari buzzer/speaker seperate. Memory support ddr2 & ddr3. Kalau nak aktif dual channel kena guna 2 slot ram, pastikan mb/gb/mhz sama. Kalau boleh guna jenama yang sama. Kalau anda menggunakan memory ddr2, tidak boleh dicampur dengan ddr3 & begitu juga sebaliknya. Memory ddr2 boleh support processors AM2/AM2+/AM3 CPU  & ddr3 cuma boleh support processors AM3/AM3+ CPU. Slot SATA pula, boleh support SATA I & II.

  1. Motherboard BARU, bukan second. Pernah dicuba sekali sahaja untuk menguji kerosakkan pada Acer Aspire M1200.
  2. Warranty 1 tahun dari tarikh saya beli bulan 4/2013, pembeli kena bayar harga pos 2 hala kalau nak claim warranty.
  3. Harga RM155 untuk cash on delivery (COD) Sri Aman, kalau guna Poslaju RM170. Kalau nak guna perkhidmatan courier lain pun boleh, terpulang kepada anda.
  4. Pakej yang terdapat dalam kotak motherboard ini adalah, motherboard, manual guide, cd drivers, 2x SATA cable & I/O Shield (Backplate)
  5. Anda boleh klik Specifications & CPU support list untuk info penuh
ATT : Barang masih ada, selagi perkataan [WTS] belum bertukar perkataan [SOLD]

Kotak ASRock N68C-GS FX Bahagian Depan
Kotak ASRock N68C-GS FX Bahagian Belakang
Pakej Motherboard, Manual Guide, Cd Drivers, 2x SATA Cable & I/O Shield (Backplate)
ASRock N68C-GS FX Motherboard

4 ulasan:

  1. admin..nak dengar pendapat admin..saya kaki gamer..so saya nak la beli graphic card..so nak tanya admin yg mana bagus kalau dari segi quality dan lancar..tpi harga berpatutan dalam 5++ mcm tu..Nvidia atau ATI Radeon..mana2 yg admin fkir dapat untuk gaming..harap admin boleh tolong...

    BalasPadam
  2. Admin..kalau Jenis Acer ET1850.Processor Jenis Pentium(R)Dual Core E5800 @ 3.20GHz 3.20GHz,RAM 2GB,System Type 64-Bit..dapat?Area Sri Aman..Kalau Harga?

    BalasPadam
  3. Mark, saya ni tak la expert sangat pasal spec pc untuk gaming. Banyak faktor juga main peranan. Graphic Card yang menggunakan chipset NVIDIA & ATI kedua-duanya bagus. PROCESSOR, MOTHERBOARD, RAM, HDD, POWER SUPPLY mesti la ok juga. Kalau Graphic Card saja ok & yang lain tak ok pun tak dapat juga. Semuanya saling kaitan.

    Mark jangan salah faham antara SRI AMAN COMPUTER REPAIR dengan SRI AMAN COMPUTER CENTRE. Blog ini saya punya dan kerja repair dilakukan kat rumah sahaja. Kalau SRI AMAN COMPUTER CENTRE ada jual PC/Laptop baru.

    Pada pendapat saya, bagus Mark beli komputer clone sahaja. Beli barang satu-satu & pasang sendiri. Anda boleh lihat spec gaming yang terbaik di internet & ikut barang-barang yang diperlukan berdasarkan budget anda. Kalau malas nak buat clone, boleh cari PC/Laptop spec gaming macam jenama Alienware, ASUS dan sebagainya.

    BalasPadam
  4. Motherboard ini telah dijual pada hari ini 12/07/2013 pada sahabat dari Sabah. Terima kasih...

    BalasPadam