Sabtu, 11 Mei 2013

Masalah Hard Disk Pada Dell Studio 1435


Masalah Startup Pada Windows 7
Masalah
Laptop Dell Studio 1435 ini mengalami masalah nak masuk ke desktop. Bila dah keluar logo windows 7 terus masuk ke windows error recovery. Bila pilih start windows normally, loading sekejap & terus keluar BSOD. Selepas keluar BSOD, tidak sampai 2 saat terus restart & masuk balik ke windows error recovery. Jadi, saya cuba menggunakan pilihan launch startup repair. Kalau nasib baik memang dapat repair melalui cara ini & dapat terus masuk ke desktop. Tetapi untuk laptop Dell ini, startup repair tidak dapat repair masalah ini. Restore point juga tidak dapat aktif. Teknik command prompt juga tidak berjaya.

Penyelesaian
Sebelum ini, pemilik laptop ini dah memberi lampu hijau untuk terus format/install windows tetapi saya tetap mencuba untuk repair windows sahaja. Pelbagai cara telah dicuba tetapi tidak berjaya juga & cara terakhir saya format/install windows baru pada laptop ini. Saya cuma format partition C sahaja. Sebelum itu, saya kena backup dahulu semua dokumen penting di partition C ke partition D, ini adalah permintaan pemilik laptop ini. Jika anda menggunakan OEM recovery atau image backup windows 7 untuk restore windows, pastikan anda backup data pada pendrive atau external hard disk. Setelah selesai format/install windows 7 & juga install software, saya cuci kipas laptop ini sekali. Ini kerana debu/habuk banyak melekat di bahagian kipas & juga heatsink.

Update
Pemilik laptop ini telah menghantar balik laptop kepada saya, setelah 1 bulan lebih digunakan. Pemilik laptop mengatakan masalah lama berulang kembali. Saya suspek kemungkinan masalah pada hardware iaitu ram atau hard disk. Setelah di check menggunakan Dell diagnostics (Tekan F12), semua test pass kecuali hard disk yang mengeluarkan error. Saya juga telah mencuba test menggunakan check now juga mengeluarkan error. Kemungkinan hard disk mempunyai bad sector. Bad sector dapat di repair menggunakan software yang terdapat dalam hiren boot cd. Lama atau sekejap bergantung kepada kapasiti hard disk & banyak bad sector yang terdapat pada hard disk. Bagi laptop Dell ini, saya tukar hard disk baru jenama Western Digital 500gb. Ori hard disk Dell ini jenama Seagate 320gb. Saya tukar hard disk baru sebab hard disk yang pernah mengalami bad sector walaupun sudah di repair, kemungkinan risiko masalah yang sama berulang kembali adalah tinggi. Kalau nak guna untuk test atau install windows tak kisah. Jangan digunakan untuk backup dokumen yang penting.

Startup Repair Tidak Berjaya Menyelesaikan Masalah Ini
Backup Dokumen Penting Sebelum Format/Install Windows
Posisi Kipas Seperti Ini Memudahkan Kerja Membuka & Juga Mencuci Debu/Habuk Pada Kipas/Heatsink
Perhatikan Debu/Habuk Pada Bilah Kipas, Housing Kipas & Juga Heatsink
Housing Kipas, Bilah Kipas & Heatsink Telah Dibersihkan, Jangan Lupa Memberi Sedikit Minyak Pelincir/Gris Untuk Melancarkan Pergerakkan Kipas
Selesai Install Windows 7 Ultimate SP1 x64 & Juga Install Program
Jangan Lupa Install Software HWMonitor Untuk Monitor Suhu laptop Anda
Sebelah Kiri Hard Disk Baru Jenama Western Digital 500gb & Sebelah Kiri Hard Disk Ori Seagate 320gb

4 ulasan:

  1. salam,
    sy nak tanya,
    senang tak, nak dapat spare part dell studio 1435 nie,
    sebab sy juga pengguna laptop dell studio 1435 nie jugak,
    laptop sy mengalami kerosakan yang serius di bahagian LCD Back Cover, LCD HINGE SET, LCD Front Bezel, LCD Steel Bracket, power button.
    harap admin dapat membantu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam, model ini memang selalu rosak pada bahagian yang anda nyatakan. Spareparts untuk model ini memang sukar untuk dicari. Boleh cuba cari di Dell Service Centre. Kalau di oversea maybe ada tapi harga maybe agak mahal.

      Padam
  2. thanks admin,
    smorga perniagaan admin dipermudahkan dan dipermurahkan rezeki buat admin :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin, terima kasih. Nanti kalau ada spareparts untuk model ini saya akan post di blog ok.

      Padam