Laptop Dan PC Repair

Saya ada membuat perkhidmatan repair untuk laptop dan PC. Semua bergantung jika terdapat alat ganti atau komponen yang sesuai.

LCD Monitor Repair

Saya ada membuat perkhidmatan repair untuk LCD monitor. Semua bergantung jika terdapat alat ganti atau komponen yang sesuai.

Servis Laptop Anda

Saya ada membuat servis laptop untuk membuang debu atau habuk pada motherboard, casing, heatsink, kipas, menukar thermal compound baru, thermal conductive pad baru dan menukar minyak gris kipas baru. Anda dinasihatkan servis laptop sekurang-kurangnya 6 bulan sekali atau 1 tahun bagi mengelakkan masalah auto off, autorestart, black screen atau blank screen.

Alat Ganti Laptop Terpakai Dan Baru

Saya ada menjual alat ganti laptop baru dan terpakai. Barang masih ada selagi perkataan [WTS] belum bertukar perkataan [SOLD]

Laptop Terpakai Untuk Dijual

Saya ada menjual laptop terpakai. Barang masih ada selagi perkataan [WTS] belum bertukar perkataan [SOLD]

Memaparkan catatan dengan label Netbook 1 Malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Netbook 1 Malaysia. Papar semua catatan

Ahad, 15 Februari 2015

Netbook Lenovo IdeaPad S100c 1 Malaysia


Ini salah satu lagi netbook 1 Malaysia jenama Lenovo model S100c. Model ini sedikit berbeza dengan model S100 dan S110. Model S100c ini lebih mirip dengan netbook 1 Malaysia jenama Dorumu model PNS1010. Spesifikasi model ini tidak jauh berbeza dengan model S100 dan S110. Processor menggunakan Intel Atom CPU N570 1.66GHz. Memory (Ram) berkapasiti 2gb. Hard disk berkapasiti 320gb dan mempunyai 2 partition. Grafik menggunakan Intel Graphics Media Accelerator 3150 dan graphics memory 256mb. Ada 3x Usb port 2.0, 1x Headphone port, 1x Microphone port, 1x Lan port, 1x Vga port, 1x Card reader slot, 1x Button on/off wifi, 1x Security slot (lock), 1x DC power jack, 1x Camera, 1x Microphone. Model ini juga terdapat butang reset untuk memudahkan anda restore ke setting kilang jika netbook anda bermasalah tidak dapat masuk ke desktop. Butang reset ini terletak di sebelah butang on. Cuma beza model ini tidak terdapat butang quick screen seperti model S100 dan S110. Netbook ini menggunakan Windows 7 Professional 32bit dan processor ini juga support 64bit. Office menggunakan Office 2010 versi Home & Students. Sebelum anda menggunakan netbook ini pastikan anda membuat recovery disc dalam dvd kosong bagi memudahkan anda restore setting kilang ke hard disk baru jika hard disk rosak. Pastikan anda mempunyai external dvd writer untuk proses burn. Kelebihan model ini berbanding model Lenovo S100 dan S110 adalah pada bahagian bawah netbook yang mudah dibuka jika anda ingin menukar hard disk atau upgrade ram atau membuka kad wifi. Kalau model Lenovo S100 dan S110 anda perlu membuka keseluruhan cover pada bahagian bawah.

Tekstur Pada Bahagian Belakang Skrin Seperti Fiber Carbon
Cover Sebelah Kiri Untuk Hard Disk Dan Ram, Cover Sebelah Kanan Untuk Kad Wifi
Butang On Berwarna Kelabu Dan Butang Reset To Factory Setting Berwarna Hitam
Charger 20v 1.5a, Bateri 4400mAh, Manual Guide, License Microsoft Math 3.0 Dan Senarai Spesifikasi
Sedikit Info Tentang Netbook Ini

Isnin, 4 November 2013

Netbook Dorumu PNS1010 1 Malaysia


Baru-baru ini saya ada menerima netbook 1 Malaysia jenama Dorumu model PNS1010 dari saudara. Bagi saya jenama netbook ini agak asing berbanding jenama yang terkenal di pasaran seperti Asus, HP, Lenovo & lain-lain. Saya cuma bimbang sparepart untuk netbook ini seperti keyboard, LCD atau bateri tiada di pasaran biasa. Kalau syarikat yang membekalkan netbook ini atau kedai yang di lantik membaiki netbook 1 Malaysia mungkin ada sparepart untuk netbook ini. Netbook ini dari sudut spesifikasi tiada banyak perbezaan dengan netbook 1 Malaysia yang saya pernah repair sebelum ini. Menggunakan processor Intel Atom N2600 1.60ghz, hard disk 320gb SATA2 jenama Toshiba, RAM 1gb DDR3, 3x slot USB 2.0, 1x slot memory card, 1x slot LAN. Jika anda membuka bateri, terdapat 1 slot dengan logo SIM. Saya tidak begitu pasti jika slot ini berfungsi atau cuma untuk ready sahaja. Netbook ini menggunakan Windows 7 Professional 32-bit & Office 2010 Home & Students 32-bit. Charger netbook ini jika di lihat seperti charger OEM yang biasa dijual di pasaran. Kabel 3pin ke power adapter agak pendek.

Saya telah mencuba untuk mencari sistem recovery untuk netbook ini, namun tidak di temui. Jika dilihat pada disk management juga tidak terdapat partition recovery. Mungkin ada shortcut keys tertentu yang perlu ditekan untuk mengaktifkan recovery, mungkin kita tidak tahu. Jika anda tidak begitu pasti, sila guna create a system image yang terdapat pada Windows 7. Cara terbaik burn dalam DVD atau dalam pertition d:. Memandangkan netbook ini cuma ada 1 partition, sila shrink volume untuk membuat partition d:. Jika hanya 1 partition sahaja, system image tidak akan dapat dibuat. Paling terbaik anda membuat system image adalah sebelum anda menggunakan netbook anda. Cara recovery macam ini adalah terbaik daripada anda menggunakan cara format secara manual. Lepas itu kena cari driver lagi, Windows kadang-kadang detect not genuine, software original hilang. Mungkin ada antara anda yang tidak tahu cd key untuk netbook 1 Malaysia ini dapat dilihat dengan menggunakan cara tertentu atau software, Walaupun cd key tidak terdapat pada belakang netbook. Anda juga boleh backup driver netbook yang ada dalam partition c: ke dalam pendrive, CD atau partition d:.

ATT : Sesiapa yang mencari spare parts untuk netbook ini boleh masuk ke sini http://sriamancomputerrepair.blogspot.com/2014/08/dorumu-pns1010-spare-parts-terpakai.html

Netbook Dorumu PNS1010 1 Malaysia
Cover Belakang Seperti Ini Memudahkan Anda Untuk Menambah Ram Atau Menukar Hard Disk
Charger Untuk Netbook Dorumu PNS1010 1 Malaysia
Driver Untuk Windows 7
Perhatikan Tiada Partition Recover Pada Disk Management

Rabu, 18 September 2013

Netbook ASUS EeePC 1011CX 1 Malaysia


Ini salah satu lagi netbook 1 Malaysia jenama ASUS EeePC 1011CX. Jika di bandingkan dengan netbook 1 Malaysia sebelum ini bateri Asus ini lebih tahan lama. 11 jam tapi semua bergantung dengan cara penggunaan. Bagi processor, ram & juga hard disk sama seperti sebelum ini. Processor menggunakan Intel Atom CPU N2600 (1.60ghz). Ram jenis DDR3 1gb, kalau 2gb mungkin lebih lancar. Hard disk berkapasiti 320gb. Mempunyai sambungan HDMI, 3x USB 2.0, lan & card reader. OS netbook ini menggunakan Windows 7 Professional 32bit SP1 & juga Office 2010 versi Home & Students. Antivirus menggunakan Microsoft Security Essentials (MSE).

Netbook ini juga mempunyai 2 pilihan OS boot iaitu Windows 7 atau menggunakan Express Gate Cloud. Express Gate Cloud ini lebih kurang macam Quick Start yang terdapat pada netbook Lenovo 1 Malaysia sebelum ini. Fungsi Express Gate Cloud ini adalah bagi memudahkan anda menggunakan internet & juga membuka beberapa program dengan lebih ringan & cepat jika berbanding menggunakan Windows. Netbook Asus ini juga mudah untuk restore ke setting kilang jika berlaku masalah pada sistem Windows. Cuma perlu tekan F9 untuk mengaktifkan recovery. Anda juga boleh simpan recovery dalam pendrive bagi langkah berjaga-jaga jika hard disk rosak. Pastikan anda menggunakan pendrive 16gb untuk backup recovery.

Express Gate Cloud
Sedikit Info ASUS EeePC 1011CX
Recovery Untuk Proses Restore Ke Setting Kilang & Backup Untuk Simpan Recovery Ke Dalam Pendrive
Antara Netbook Asus 1 Malaysia Yang Sudah Dibaiki

Isnin, 3 Jun 2013

Netbook Emachines EM350 Series 1 Malaysia


Ni salah satu lagi jenama netbook 1 Malaysia Emachines EM350 Series. Model no. NAV51. Emachines merupakan sebahagian daripada Acer Group. Jika anda lihat info di Wiki, jenama Emachines telah menjadi hak milik Acer dari tahun 2007-2012. Kalau sampai sekarang saya tidak begitu pasti. Jika anda melihat software yang digunakan dalam netbook ini memang menggunakan software Acer. System recovery juga menggunakan Acer Recovery Management & ini memudahkan anda untuk restore sistem Windows jika berlaku sebarang masalah.

Original operating system untuk netbook ini ialah Windows 7 Starter 32bit. Anda boleh lihat di bahagian bawah laptop terdapat sticker CD Key original Windows 7 Starter. CD Key ini boleh digunakan, sekiranya system recovery anda telah kena buang atau clean format. Jika masih ada system recovery, cuma guna Acer Recovery Management untuk restore. Processor menggunakan Intel Atom N450, memory 1gb ddr2 800mhz, hard disk 250gb, LED LCD 10.1" (1024x600) & battery 3 cell li-ion. Bagi anda yang mahu mengaktifkan Office 2010 Home & Student, anda perlu membaca How To Active Microsoft Office yang terdapat pada desktop anda. Ikut sahaja langkah-langkah dari mula hingga akhir. Pastikan anda mempunyai talian internet untuk mengaktifkannya. Berbeza dengan jenama netbook 1 Malaysia Coby/Lenovo, CD Key untuk mengaktifkan Office 2010 terdapat pada bahagian bawah netbook. Cuma masalah netbook 1 Malaysia Coby/Lenovo tidak terdapat CD Key Windows Original.

Baru-baru ini saya pernah repair netbook Emachines 1 Malaysia ini. Netbook ini telah di install Windows 7 Ultimate 32bit. Apabila dilihat resolution screen agak besar & warna agak kabur. Lagi satu masalah Wifi tidak dapat digunakan. Jadi apabila dibuka di bahagian device manager terdapat tanda kuning di bahagian Video Controller & Network Controller. Maksudnya drivers tidak di install dengan sempurna. Anda boleh download drivers ini di website Emachines. Tapi untuk netbook ini saya restore balik ke asal menggunakan Acer Recovery Management.

Kipas Selesai Di Bersihkan
Perhatikan Network Controller & Video Controller Terdapat Tanda Warning
Acer Recovery Management Memudahkan Untuk Restore
Selesai Restore Ke Asal. Antivirus F-Secure Cuma Trial Sahaja, Sila Delete & Install Microsoft Security Essentials (MSE)

Isnin, 6 Ogos 2012

Netbook Lenovo IdeaPad S100 1 Malaysia


Ok hari ni, saya nak kongsi sedikit info pasal Netbook Lenovo IdeaPad S100 versi 1 Malaysia. Model ini sama dengan model keluaran Lenovo IdeaPad S100 di pasaran cuma ada sedikit perbezaan. Antara perbezaan yang saya dapat kesan adalah pada CPU. Lenovo IdeaPad S100 di pasaran menggunakan CPU Intel Atom N570 1.67GHz, sementara Lenovo IdeaPad S100 versi 1 Malaysia menggunakan CPU Intel Atom N455 1.66GHz. Perbezaan seterusnya adalah pada Hard Disk. Lenovo IdeaPad S100 di pasaran menggunakan Hard Disk 500GB & 320GB, sementara Lenovo IdeaPad S100 versi 1 Malaysia menggunakan Hard Disk 250GB. Di samping itu, Lenovo IdeaPad S100 di pasaran menggunakan RAM DDR3 2GB, sementara Lenovo IdeaPad S100 versi 1 Malaysia menggunakan RAM DDR3 1GB. Perbezaan lain pula adalah Lenovo IdeaPad S100 di pasaran mempunyai sambungan bluetooth, sementara Lenovo IdeaPad S100 versi 1 Malaysia tiada. Anda boleh menguji sambungan yang terdapat pada Lenovo IdeaPad S100 anda dengan menekan butang Fn+F5. Webcam pada Lenovo IdeaPad S100 di pasaran mempunyai resolusi yang boleh sampai sehingga 720p HD, sementara Lenovo IdeaPad S100 versi 1 Malaysia saya tidak begitu pasti. Anda boleh on atau off camera anda dengan menekan butang Fn+Esc.

Namun begitu, Lenovo IdeaPad S100 versi 1 Malaysia juga mempunyai kelebihan iaitu pada Windows 7 nya. Lenovo IdeaPad S100 versi 1 Malaysia menggunakan Windows 7 Pro (MCMC) 32bit + Office 2010 versi Home and Student (Word, Excel, PowerPoint), sementara Lenovo IdeaPad S100 di pasaran menggunakan Windows 7 Starter + Office saya tak pasti (mungkin menggunakan Office Starter 2010/ Word + Excel). Microsoft Office 2010 kena aktif secara manual dan memerlukan sambungan ke internet.

Pakej Netbook, Charger, Manual Guide & License Microsoft Math 3.0
Netbook Lenovo IdeaPad S100 1 Malaysia
Sila Setting Terlebih Dahulu Sebelum Menggunakan Netbook Anda
Kali pertama anda menggunakan netbook ini, sila backup terlebih dahulu dengan menggunakan onekey recovery. Ini bagi memudahkan anda restore jika berlaku sebarang masalah pada sistem windows anda. Ada 2 cara backup iaitu ke HDD, biasanya di partition d: . Bergantung jika HDD anda mempunyai 2 partition. Paling bagus adalah backup ke dalam DVD kosong, mungkin 3 atau 4 DVD kosong. Tapi memerlukan external dvdwriter & software burner. Ada lagi 1 cara adalah dengan menggunakan backup pada Windows 7.

OneKey Recovery
Antivirus yang dibekalkan untuk netbook ini adalah McAfee Antivirus Plus. Jika anda ingin menggunakan antivirus lain, sila unistall McAfee Antivirus Plus terlebih dahulu. Bagi saya antivirus yang paling sesuai untuk netbook ini adalah Microsoft Security Enssentials (MSE), syaratnya windows anda mestilah original. Anda boleh menggunakan antivirus lain, sesuai dengan keinginan anda.

Ok camera di bahagian hadapan boleh digunakan untuk Skype atau YM. Tapi jika anda ingin menggunakan untuk capture photo atau record video anda memerlukan software Lenovo Easy Capture. Software ini tidak di bekalkan bersama netbook ini. Anda boleh cari di google tapi kena cari yang betul-betul untuk S-Series.

Jika Anda Ada Masalah Seperti Di atas, Sila Tekan Fn+Esc

Selasa, 31 Januari 2012

Netbook Coby NBPC1023A Ultra-Portable 1 Malaysia


Contoh NBPC1023
Pasti ramai pelajar di Malaysia telah menerima netbook 1 Malaysia. Ada yang memberi pandangan positif dan ada juga yang negatif tentang keupayaan netbook ini. Mungkin pelajar akan menerima netbook yang berbeza jenama. Salah satu ialah jenama Coby. Netbook ini di sertakan sekali dengan manual guide dan juga cd driver untuk Win XP dan Win7. Dengan adanya cd driver ini memudahkan anda untuk format netbook anda sendiri jika berlaku masalah pada sistem windows. Netbook ini di datangkan dengan Windows 7 Starter. Sila lihat spesifikasi penuh netbook ini di bawah.

Coby NBPC1023A Manual Guide
Coby NBPC1023A Spesifikasi Penuh
Sebelum ini, saya pernah format netbook jenis ini. Masalah netbook adalah virus yang banyak dan prestasi netbook yang sangat perlahan. Setelah selesai di format, namun masih lagi perlahan. Adakah kerana netbook ini memang perlahan atau masalah hardware atau masalah Windows 7 Starter? Jika di lihat dari sudut spesifikasi di atas tidak mungkin netbook ini begitu perlahan. Ada juga saya terbaca artikel di sebuah blog yang mengatakan penyebab netbook 1 Malaysia perlahan adalah kerana penggunaan Windows 7 Starter. Artikel di blog itu juga menyatakan setelah menggunakan Windows 7 Ultimate netbook menjadi lebih laju. Sejauh manakah kebenaran ini?

NBPC1023A CD Drivers
Ok kat sini saya akan mencuba untuk format Netbook Coby NBPC1023A dengan menggunakan pendrive sebagai bootable. Anda boleh setting di bahagian bios atau dengan menekan F11 dan memilih pendrive yang anda gunakan. Sila lihat gambar di bawah.

Kat Sini Saya Menggunakan Pendrive Kingston DT109
Proses Format Berjalan Dengan Sempurna
Selesai Format Windows 7 Starter SP1
Drivers Dalam Bentuk File ISO