Laptop Dan PC Repair

Saya ada membuat perkhidmatan repair untuk laptop dan PC. Semua bergantung jika terdapat alat ganti atau komponen yang sesuai.

LCD Monitor Repair

Saya ada membuat perkhidmatan repair untuk LCD monitor. Semua bergantung jika terdapat alat ganti atau komponen yang sesuai.

Servis Laptop Anda

Saya ada membuat servis laptop untuk membuang debu atau habuk pada motherboard, casing, heatsink, kipas, menukar thermal compound baru, thermal conductive pad baru dan menukar minyak gris kipas baru. Anda dinasihatkan servis laptop sekurang-kurangnya 6 bulan sekali atau 1 tahun bagi mengelakkan masalah auto off, autorestart, black screen atau blank screen.

Alat Ganti Laptop Terpakai Dan Baru

Saya ada menjual alat ganti laptop baru dan terpakai. Barang masih ada selagi perkataan [WTS] belum bertukar perkataan [SOLD]

Laptop Terpakai Untuk Dijual

Saya ada menjual laptop terpakai. Barang masih ada selagi perkataan [WTS] belum bertukar perkataan [SOLD]

Memaparkan catatan dengan label LCD Monitor Repair. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label LCD Monitor Repair. Papar semua catatan

Sabtu, 18 April 2015

Masalah LED Power Blinking Pada LCD Monitor Samsung 943NX


Masalah
Baru-baru ini saya ada menerima 1 LCD monitor bukan jenis wide screen. Pemilik tidak lagi menggunakan LCD monitor ini kerana tiada PC. Jadi pemilik bagi sahaja dengan saya. Mula-mula saya ingat LCD monitor ini tiada masalah, apabila saya check di dapati LCD monitor ini bermasalah LED power blinking, blank screen atau no display. Walaupun butang on/off ditekan beberapa kali masih lagi tiada paparan.

Penyelesaian
Setelah power board dikeluarkan, saya dapati terdapat 2x kapasitor cap kembang. Kapasitor yang rosak adalah 16v 1000uf. Jadi, kapasitor yang rosak terpaksa di unsolder dan diganti dengan kapasitor yang baru. Paling penting kalau nak tukar kapasitor mesti sama V/UF dan posisi kaki +/-. Setelah digantikan dengan kapasitor baru, LCD monitor berjaya dihidupkan seperti biasa. Skrin LCD ini juga mempunyai 2 garisan, kemungkinan besar skrin LCD nak rosak. Memandangkan LCD monitor ini digunakan untuk repair sahaja, saya biarkan sahaja. Lagipun skrin LCD ini masih dapat digunakan.

LCD Monitor Blank Screen Atau No Display
2x Kapasitor Yang Ditanda Dengan Kotak Biru Merupakan Kapasitor Yang Rosak
Sebelah Kiri Kapasitor Baru Jenama Rubycon Dan Sebelah Kanan Kapasitor Rosak
2x Kapasitor Baru Telah Dipasang
LCD Monitor Beroperasi Seperti Biasa

Masalah Power Off Pada LCD Monitor Acer V193HQV


Masalah
LCD Monitor ini mengalami masalah power off. Bila butang on/off ditekan LCD monitor akan hidup seperti biasa dan keluar logo Acer. Power LED juga kekal seperti biasa, namun selepas 1 atau 2 minit power LED tiada. Walaupun butang on/off ditekan beberapa kali power LED masih tiada & LCD monitor juga tiada paparan. Bila suis utama ditutup dan buka balik, LCD monitor akan dapat hidup seperti biasa tetapi selepas 1 atau 2 minit akan power off balik.

Penyelesaian
Mula-mula kena buka casing/cover LCD monitor terlebih dahulu. Casing/cover LCD monitor ini jenis tidak mempunyai skru dan hanya mempunyai klip. Anda kena berhati-hati masa membuka casing/cover jenis ini kerana kalau terlalu banya klip yang patah, casing/cover akan menjadi tidak fit. Kalau 1 atau 2 klip patah takpe. Setelah power board dikeluarkan, pertama sekali saya check kapasitor jika terdapat kebocoran atau cap kembang. Biasanya masalah power off peratusan besar disebabkan kebocoran kapasitor atau cap kembang. Namun masalah power off ini bukan disebabkan kapasitor tetapi power regulator ic. Disebabkan kesukaran mencari komponen ini saya terpaksa membeli power board terpakai di atas permintaan pemilik LCD monitor. Kalau power board baru juga ada. Power board ini saya terpaksa beli dari luar negara kerana kesukaran mencari di pasaran tempatan. Setelah power board datang, saya dapati power board ini ada sedikit perbezaan. Ada lubang skru tambahan, connector ke vga lebih kecil, posisi wiring lain, posisi warna wayar juga lain. Apabila saya check power board ini adalah untuk model Acer V193W atau V193WD. Bagi menyelesaikan masalah ini wiring wayar ini terpaksa di modified mengikut posisi wayar lama dan menggunakan connector dari power board lama. Anda tidak perlu mengikut posisi warna wayar kerana tidak sama dengan yang lama. Anda cuma perlu ikut posisi wayar sahaja dan bukan warna wayar. Setelah power board dipasang, LCD monitor dapat hidup dan beroperasi seperti biasa.

Selesai Membuka Casing/Cover Bahagian Belakang
Sebelah Kiri Adalah VGA/Grafik Board Dan Kanan Adalah Power Board
Sebelah Atas Adalah Power Board Lama Dan Sebelah Bawah Adalah Power Board Terpakai
Perhatikan Saiz Connector Yang Berbeza Dan Posisi Wayar Juga Berbeza
LCD Monitor Berjaya Dihidupkan Seperti Biasa

Sabtu, 6 April 2013

Masalah LCD Monitor BenQ FP567s No light


Akhirnya Setelah Beberapa Percubaan, LCD Monitor Berjaya Di Hidupkan
Masalah
Saya ada sebuah LCD monitor jenama BenQ FP567s 15' yang bermasalah no light pada skrin. Apabila ditekan butang on, led hijau menyala tetapi cahaya di skrin sekejap sahaja & terus padam. Apabila di suluh dengan menggunakan lampu LED, nampak jelas objek ikon desktop. Ini membuatkan saya bertambah yakin CCFL backlight bermasalah. Kemungkinan lain adalah masalah pada transistor, transformer inverter, BEL 125v 2 Amp MS Fuse & capacitor. Jadi saya pun terus membuka casing & cuba mencari masalah sebenar lcd monitor ini.

Penyelesaian
Setelah diuji CCFL backlight menggunakan inverter lain ternyata kedua-dua CCFL backlight berfungsi dengan baik. Seterusnya saya menguji 4 transistor C5706 pada inverter area. 4 transistor mesti dicabut dari board terlebih dahulu, sebelum menguji menggunakan multimeter. Kalau tidak anda tidak akan dapat bacaan yang tepat. Apabila 3 transistor diuji pada kaki base+collector & base+emitter bacaan 12v lebih tetapi 1 transistor bacaan tidak normal, base+collector bacaan 20v lebih & base+emitter bacaan 000.1 @ 000.2. Kemungkinan 1 transistor ini rosak tinggi sebab apabila di lihat di bahagian belakang board terdapat shorting pada salah satu kaki transformer inverter di sebabkan dry joiner (solder tertanggal). Walaupun 1 transistor rosak, paling bagus anda menggantikan sekali gus 4 transistor atau 2 transistor tapi mestilah berpasangan dengan yang rosak. 

Setelah 2 transistor digantikan, lain pula masalah yang timbul. Apabila ditekan butang on, led hijau menyala & blinking (cahaya malap/kadang-kadang ada cahaya tapi sekejap). Kemudian saya uji capacitors area power & area inverter dengan menggunakan multimeter & semua dalam keadaan baik, tiada kembang pada cap atau bocor. Kemudian saya suspek mungkin 1 transformer inverter rosak sebab ada berlaku shorting pada salah satu kaki transformer inverter tersebut. Hampir-hampir saya berputus asa, namun percubaan terakhir membawa hasil. Setiap kaki yang terdapat pada 2 transformer inverter, saya buang solder & soldering balik. Dan apabila butang on ditekan, akhirnya lcd monitor berjaya di hidupkan.

Setelah Selesai Membuka Casing LCD Monitor
Menguji CCFL Backlight Menggunakan External Inverter
Power Board/ Inverter Board
3 Transistor C5706 Sebelah Kiri Masih Berfungsi, Sementara 1 Transistor C5706 Sebelah Kanan Telah Rosak
Perhatikan Shorting Telah Berlaku Di Salah Satu Kaki Transformer Inverter
4 Transistor C5706 Baru Sampai Dari Pembekal
Transistor Sebelah Kiri Baru C5706/5B & Transistor Sebelah Kiri Lama C5706/2L

Selasa, 11 Disember 2012

Masalah BenQ FP92W LCD Monitor Susah On


BenQ FP92W 19' Dapat Di Hidupkan Seperti Biasa
Masalah
Saya ada sebuah LCD monitor jenama BenQ FP92W 19' yang bermasalah tak boleh on secara normal. BenQ FP92W ini bukan auto on seperti LCD monitor yang baru sekarang ni. Anda perlu menekan butang on secara manual untuk menghidupkan LCD monitor. Setelah menekan butang on, tidak sampai 2 saat LED monitor terus padam. So, saya cuba lagi tekan butang on secara berterusan dan screen LCD monitor dapat di hidupkan setelah 15 minit. Kadang-kadang 30 minit & kadang-kadang 1 jam. Setelah screen LCD monitor dapat di hidupkan, tiada masalah padam walaupun penggunaan yang lama. Masalah cuma timbul bila kita tekan butang on & restart komputer. Kalau hari-hari buat macam itu tentu menyusahkan.

Penyelesaian
Saya suspek mungkin ada masalah pada papan kuasa, tempat yang kita biasa cucuk kabel kuasa. Jadi, saya buka habis LCD monitor ini. Bila di lihat 5 kapasitor telah kembang dan juga bocor. Kapasitor mudah di kesan kerosakkannya, dengan melihat fizikal kapasitor tersebut. Tetapi kadang-kadang anda memerlukan alat khas seperti multimeter atau capacitance tester untuk menguji kapasitor. Kapasitor yang rosak pada papan kuasa ini adalah 2x 1000uf v16, 3x 470uf v35 & 1x 100uf v450. 1 kapasitor 470uf v35 saya tukar sekali, walaupun tak rosak. Setelah 6 kapasitor ini ditukar, LCD monitor dapat dihidupkan seperti biasa.

Setelah Selesai Membuka Casing BenQ FP92W
Papan Kuasa Berwarna Coklat
Kapasitor 1000uf v16 & 470uf v35 Yang Bocor
Kebocoran Dapat Di Lihat Pada Cap Kapasitor
Perhatikan Kebocoran Pada Kaki Kapasitor 100uf v450
Kapasitor Jenama Jackson, Vishay & Rubycon
Selesai Menggantikan Semua Kapasitor Yang Rosak