Sabtu, 6 April 2013

Masalah LCD Monitor BenQ FP567s No light


Akhirnya Setelah Beberapa Percubaan, LCD Monitor Berjaya Di Hidupkan
Masalah
Saya ada sebuah LCD monitor jenama BenQ FP567s 15' yang bermasalah no light pada skrin. Apabila ditekan butang on, led hijau menyala tetapi cahaya di skrin sekejap sahaja & terus padam. Apabila di suluh dengan menggunakan lampu LED, nampak jelas objek ikon desktop. Ini membuatkan saya bertambah yakin CCFL backlight bermasalah. Kemungkinan lain adalah masalah pada transistor, transformer inverter, BEL 125v 2 Amp MS Fuse & capacitor. Jadi saya pun terus membuka casing & cuba mencari masalah sebenar lcd monitor ini.

Penyelesaian
Setelah diuji CCFL backlight menggunakan inverter lain ternyata kedua-dua CCFL backlight berfungsi dengan baik. Seterusnya saya menguji 4 transistor C5706 pada inverter area. 4 transistor mesti dicabut dari board terlebih dahulu, sebelum menguji menggunakan multimeter. Kalau tidak anda tidak akan dapat bacaan yang tepat. Apabila 3 transistor diuji pada kaki base+collector & base+emitter bacaan 12v lebih tetapi 1 transistor bacaan tidak normal, base+collector bacaan 20v lebih & base+emitter bacaan 000.1 @ 000.2. Kemungkinan 1 transistor ini rosak tinggi sebab apabila di lihat di bahagian belakang board terdapat shorting pada salah satu kaki transformer inverter di sebabkan dry joiner (solder tertanggal). Walaupun 1 transistor rosak, paling bagus anda menggantikan sekali gus 4 transistor atau 2 transistor tapi mestilah berpasangan dengan yang rosak. 

Setelah 2 transistor digantikan, lain pula masalah yang timbul. Apabila ditekan butang on, led hijau menyala & blinking (cahaya malap/kadang-kadang ada cahaya tapi sekejap). Kemudian saya uji capacitors area power & area inverter dengan menggunakan multimeter & semua dalam keadaan baik, tiada kembang pada cap atau bocor. Kemudian saya suspek mungkin 1 transformer inverter rosak sebab ada berlaku shorting pada salah satu kaki transformer inverter tersebut. Hampir-hampir saya berputus asa, namun percubaan terakhir membawa hasil. Setiap kaki yang terdapat pada 2 transformer inverter, saya buang solder & soldering balik. Dan apabila butang on ditekan, akhirnya lcd monitor berjaya di hidupkan.

Setelah Selesai Membuka Casing LCD Monitor
Menguji CCFL Backlight Menggunakan External Inverter
Power Board/ Inverter Board
3 Transistor C5706 Sebelah Kiri Masih Berfungsi, Sementara 1 Transistor C5706 Sebelah Kanan Telah Rosak
Perhatikan Shorting Telah Berlaku Di Salah Satu Kaki Transformer Inverter
4 Transistor C5706 Baru Sampai Dari Pembekal
Transistor Sebelah Kiri Baru C5706/5B & Transistor Sebelah Kiri Lama C5706/2L

0 comments:

Catat Ulasan