Laptop Dan PC Repair

Saya ada membuat perkhidmatan repair untuk laptop dan PC. Semua bergantung jika terdapat alat ganti atau komponen yang sesuai.

LCD Monitor Repair

Saya ada membuat perkhidmatan repair untuk LCD monitor. Semua bergantung jika terdapat alat ganti atau komponen yang sesuai.

Servis Laptop Anda

Saya ada membuat servis laptop untuk membuang debu atau habuk pada motherboard, casing, heatsink, kipas, menukar thermal compound baru, thermal conductive pad baru dan menukar minyak gris kipas baru. Anda dinasihatkan servis laptop sekurang-kurangnya 6 bulan sekali atau 1 tahun bagi mengelakkan masalah auto off, autorestart, black screen atau blank screen.

Alat Ganti Laptop Terpakai Dan Baru

Saya ada menjual alat ganti laptop baru dan terpakai. Barang masih ada selagi perkataan [WTS] belum bertukar perkataan [SOLD]

Laptop Terpakai Untuk Dijual

Saya ada menjual laptop terpakai. Barang masih ada selagi perkataan [WTS] belum bertukar perkataan [SOLD]

Memaparkan catatan dengan label Projector Repair. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Projector Repair. Papar semua catatan

Sabtu, 11 Jun 2016

Masalah Lampu Rosak Pada Projektor NEC VT695


Masalah
Baru-baru ini saya ada menerima 2 unit projektor jenama NEC VT695. 2 unit projektor ini bermasalah lampu rosak. Satu projektor di dapati rosak pada bahagian penyentuh sensor penutup lampu. Penyentuh sensor ini selalu patah di sebabkan kesan dari haba panas lampu atau kesilapan ketika membuka penutup lampu. Kebiasaannya projektor jenis ini banyak digunakan di sekolah. Projektor jenis ini adalah model lama dan sukar mencari spareparts.

Penyelesaian
Bagi masalah lampu rosak, saya tukar sahaja dengan lampu baru jenis OEM. Saya terpaksa membeli lampu ini dari luar negara disebabkan harga di pasaran tempatan agak mahal. Bagi masalah penyentuh sensor penutup lampu patah, Saya menggunakan gam epoxy. Gam epoxy yang saya gunakan memerlukan masa 3 hari untuk betul-betul kering. Penyentuh sensor penutup lampu perlu dalam keadaan baik kerana tanpa penyentuh sensor projektor tidak dapat digunakan. Status indicator pada projektor akan blinking berwarna merah selama 1 cycle (0.5 sec On, 2.5 sec Off). Ini bermaksud projektor dalam kondisi lamp cover error atau lamp housing error. Projektor telah diuji dalam beberapa hari dan beroperasi dengan baik.


Salah Satu Projektor Bermasalah Lampu Rosak
Lampu Telah Dileraikan Dari Housing, Lampu Sebelah Kiri Lampu Rosak Dan Lampu Sebelah Kanan Lampu Baru

Selesai Memasang Lampu Baru
Lampu Baru Telah Diuji Dan Beroperasi Dengan Sempurna
Tempat Yang Ditanda Dengan Kotak Kuning Adalah Penyentuh Sensor Yang Telah Di Gam
2 Projektor Telah Siap Dibaiki

Khamis, 15 Oktober 2015

Masalah Lampu Kabur Dan Rosak Pada Projektor NEC VT695


Masalah
Baru-baru ini saya ada menerima 2 unit projektor jenama NEC VT695. 1 projektor bermasalah lampu kabur dan 1 lagi lampu rosak. Kebiasaannya projektor jenis ini banyak digunakan di sekolah. Projektor jenis ini adalah model lama dan sukar mencari spareparts.

Penyelesaian
Bagi masalah lampu kabur, saya cuci sahaja bahagian lens lampu. Biasanya lens ini akan pudar disebabkan debu atau lapisan lens telah terkopak. Pastikan anda sentiasa servis filter bagi mengelakkan debu terperangkap dalam projektor atau masalah overheat. Bagi masalah lampu rosak, saya tukar sahaja dengan lampu baru jenis OEM. Saya terpaksa membeli lampu ini dari luar negara disebabkan kesukaran mencari spareparts di pasaran tempatan. Kalau ada pun agak mahal. Projektor telah diuji dalam beberapa hari dan beroperasi dengan baik.

Selesai Meleraikan Lampu Dari Housing
Lens Lampu Telah Diservis
Tiada Lagi Masalah Lampu Kabur
Sebelah Kiri Lampu Baru Dan Sebelah Kanan Lampu Rosak
Lampu Projektor Berfungsi Dengan Baik