Masalah
Baru-baru ini saya ada menerima 2 unit projektor jenama NEC VT695. 2 unit projektor ini bermasalah lampu rosak. Satu projektor di dapati rosak pada bahagian penyentuh sensor penutup lampu. Penyentuh sensor ini selalu patah di sebabkan kesan dari haba panas lampu atau kesilapan ketika membuka penutup lampu. Kebiasaannya
projektor jenis ini banyak digunakan di sekolah. Projektor jenis ini
adalah model lama dan sukar mencari spareparts.
Penyelesaian
Bagi masalah lampu rosak, saya
tukar sahaja dengan lampu baru jenis OEM. Saya terpaksa membeli lampu
ini dari luar negara disebabkan harga di pasaran tempatan agak mahal. Bagi masalah penyentuh sensor penutup lampu patah, Saya menggunakan gam epoxy. Gam epoxy yang saya gunakan memerlukan masa 3 hari untuk betul-betul kering. Penyentuh sensor penutup lampu perlu dalam keadaan baik kerana tanpa penyentuh sensor projektor tidak dapat digunakan. Status indicator pada projektor akan blinking berwarna merah selama 1 cycle (0.5 sec On, 2.5 sec Off). Ini bermaksud projektor dalam kondisi lamp cover error atau lamp housing error. Projektor telah diuji dalam beberapa
hari dan beroperasi dengan baik.
|
Salah Satu Projektor Bermasalah Lampu Rosak |
|
Lampu Telah Dileraikan Dari Housing, Lampu Sebelah Kiri Lampu Rosak Dan Lampu Sebelah Kanan Lampu Baru |
|
Selesai Memasang Lampu Baru |
|
Lampu Baru Telah Diuji Dan Beroperasi Dengan Sempurna |
|
Tempat Yang Ditanda Dengan Kotak Kuning Adalah Penyentuh Sensor Yang Telah Di Gam |
|
2 Projektor Telah Siap Dibaiki |
0 comments:
Catat Ulasan