Isnin, 13 Jun 2016

Masalah Blank Screen Pada Laptop Acer Aspire 4530


Masalah
Laptop ini bermasalah blank screen setelah dihidupkan. Blank screen yang saya maksudkan ialah skrin laptop langsung tiada cahaya seperti laptop dalam keadaan off. Tetapi power dan hard disk led ada cahaya. Ini bermaksud laptop dalam keadaan beroperasi seperti biasa, cuma tiada paparan grafik pada skrin laptop.

Penyelesaian
Bagi masalah laptop ini, Saya suspek kerosakkan mungkin pada inverter atau skrin. Ini kerana laptop beroperasi seperti biasa, cuma tiada paparan grafik pada skrin laptop. Saya telah uji laptop dengan menyambung laptop ke lcd monitor dan ada paparan grafik pada lcd monitor. Jika anda mahu tahu sama ada inverter atau skrin yang rosak, anda boleh menggunakan lampu untuk menyuluh skrin. Jika ada paparan grafik pada skrin bermaksud inverter yang rosak, jika tiada paparan grafik bermaksud skrin yang rosak. Tetapi kadang-kadang masalah boleh di sebabkan kerosakkan pada lampu ccfl. Setelah menukar inverter terpakai, laptop berfungsi seperti biasa. Tetapi masalah blank screen berulang kembali setelah laptop di biarkan beroperasi dalam tempoh yang lama. Saya suspek lampu ccfl yang bermasalah, sekejap ok sekejap tidak. Saya tukar sahaja dengan skrin terpakai atas permintaan pemilik laptop. Laptop dalam keadaan baik setelah diuji dalam beberapa hari.

Perhatikan Laptop Dalam Keadaan Blank Screen
Sebelah Atas Inverter Rosak Dan Sebelah Bawah Inverter Terpakai
Skrin LCD CCFL Terpakai
Laptop Dalam Keadaan Baik Setelah Diuji Beberapa Hari

1 ulasan:

  1. Minta no watsap sbb laptop sya blank juga tp bila connect dgn pc masih ada nampak windows mcm biasa...dan berapa harga nak repair laptop screen blank ni? Acer...

    BalasPadam