Laptop Dan PC Repair

Saya ada membuat perkhidmatan repair untuk laptop dan PC. Semua bergantung jika terdapat alat ganti atau komponen yang sesuai.

LCD Monitor Repair

Saya ada membuat perkhidmatan repair untuk LCD monitor. Semua bergantung jika terdapat alat ganti atau komponen yang sesuai.

Servis Laptop Anda

Saya ada membuat servis laptop untuk membuang debu atau habuk pada motherboard, casing, heatsink, kipas, menukar thermal compound baru, thermal conductive pad baru dan menukar minyak gris kipas baru. Anda dinasihatkan servis laptop sekurang-kurangnya 6 bulan sekali atau 1 tahun bagi mengelakkan masalah auto off, autorestart, black screen atau blank screen.

Alat Ganti Laptop Terpakai Dan Baru

Saya ada menjual alat ganti laptop baru dan terpakai. Barang masih ada selagi perkataan [WTS] belum bertukar perkataan [SOLD]

Laptop Terpakai Untuk Dijual

Saya ada menjual laptop terpakai. Barang masih ada selagi perkataan [WTS] belum bertukar perkataan [SOLD]

Jumaat, 21 April 2017

Masalah Black Screen Dan Auto Off Pada Laptop Acer Aspire 4937


Masalah

# Laptop dalam keadaan blank screen setelah dihidupkan
# Laptop kadang-kadang ada masalah auto off

Penyelesaian

# Laptop telah diuji terlebih dahulu dengan menyambung laptop ke lcd monitor. Api led power ada dan api led hard disk running seperti biasa. Setelah disambung ke lcd monitor, terdapat paparan di skrin. Biasanya masalah begini di sebabkan kerosakkan pada skrin, kabel lvds/lcd atau inverter. Bagi laptop ini, masalah di sebabkan kerosakkan pada skrin. Saya tukar sahaja skrin baru jenis led dan bersaiz 14 inci.
# Bagi masalah laptop kadang-kadang auto off pula adalah di sebabkan kerosakkan pada volume slider yang terdapat pada sebelah kanan laptop. Bagi mengatasi masalah ini terdapat 2 cara iaitu tukar 1 set palm rest casing atau disconnect ribbon cable volume slider. Ini kerana volume slider board tidak dapat dibuka secara manual.

Perhatikan Lcd Monitor Di Belakang Laptop Terdapat Paparan
Skrin Baru Jenis Led Dan Bersaiz 14 Inci Jenama Innolux
Laptop Berfungsi Seperti Biasa

Masalah Tidak Boleh On Pada Netbook HP Pavilion DV2-102AX


Masalah

# Netbook tidak boleh on atau dihidupkan
# Bateri cas tidak masuk
# Charger hilang
# Cover berwarna chrome pada kanan dan kiri tepi netbook patah

Penyelesaian

# Masalah netbook tidak boleh on atau dihidupkan disebabkan power switch button telah patah. Power switch button jenis slide ini memang mudah patah, jika di slide dengan kasar. Bagi menyelesaikan masalah ini, saya tukar sahaja dengan power switch button terpakai.
# Bagi masalah bateri tidak masuk cas adalah disebabkan bateri telah rosak. Saya tukar sahaja dengan bateri baru jenis oem. Kalau bateri anda di syorkan untuk menukar bateri baru dan bukan terpakai kerana bateri mempunyai jangka hayat atau pusingan cas.
# Charger original netbook ini telah hilang dan pemilik netbook menyuruh saya beli sahaja charger baru. Saya beli charger jenis oem.
# Bagi masalah cover berwarna chrome pada kanan dan kiri tepi netbook patah, saya tukar sahaja dengan yang terpakai. Setelah ditukar cover, bahagian ini tidak lagi longgar dan lebih kukuh.

Perhatikan Power Switch Button Dan Cover Berwarna Chrome Patah
Power Switch Button Dan Cover Berwarna Chrome Terpakai
Charger Oem Baru
Bateri Oem Baru Berkapasiti 4400mAh
Netbook Dapat Dihidupkan Seperti Biasa

Isnin, 10 April 2017

Masalah Hard Disk Pada Laptop Compaq Presario V3700


Masalah

# Stuck atau hang sebelum loading windows
# Setiap kali on laptop akan keluar error atau warning
# Laptop cepat panas, walaupun baru beroperasi beberapa minit

Penyelesaian 

# Bagi masalah stuck atau hang sebelum loading windows pada laptop ini disebabkan kerosakkan pada hard disk. Hard disk telah dikeluarkan dan dicucuk ke external tetapi tidak dapat dibaca dengan menggunakan laptop lain. Hard disk juga stuck atau hang semasa proses format. Saya mengambil keputusan untuk tukar sahaja dengan hard disk terpakai di atas permintaan pemilik laptop. Laptop juga telah di format dan dimasukkan Windows 7 64bit.
# Bagi masalah keluar error atau warning setiap kali on laptop adalah disebabkan bateri cmos telah rosak. Ini menyebabkan setting sistem bios lari. Saya tukar sahaja dengan bateri cmos baru jenama Panasonic. Bateri cmos asal 3pin connector, sementara bateri cmos baru 2pin connector. Jadi, saya modified sahaja dengan mancabut 2pin connector dan masukkan ke 3pin connector. Pastikan posisi positif (+) dan negatif (-) betul semasa anda memasukkan pin connector.
# Bagi masalah laptop cepat panas pula, laptop telah diservis dengan membuang debu pada kipas, heatsink, motherboard dan casing. Thermal compound juga telah digantikan dengan yang baru kerana yang lama telah keras. Kipas juga telah diberikan sedikit minyak gris untuk melancarkan pergerakkan kipas.

Error Dan Warning Sentiasa Keluar Selepas Laptop Dihidupkan
Bateri Cmos Asal 3pin Connector
Bateri Cmos Baru Jenama Panasonic 2pin Connector
Sebelah Kiri Hard Disk Rosak 160gb Dan Sebelah Kanan Hard Disk Terpakai 320gb
Perhatikan Debu Terkumpul Yang Telah Dikeluarkan Daripada Tempat Air Ventilation
Laptop Beroperasi Dengan Baik

Isnin, 6 Mac 2017

Masalah Skrin Rosak Pada Laptop Acer Aspire E1-421


Masalah

# Skrin rosak dan hinges bengkok
# Prestasi laptop agak lambat
# Laptop cepat panas, walaupun baru beroperasi beberapa minit

Penyelesaian

# Bagi masalah skrin rosak, saya tukar sahaja dengan skrin baru. Pastikan saiz skrin sama, ketebalan skrin sama, jenis led atau ccfl, posisi connector sama dan pin connector sama. Hinges bengkok juga telah dibaiki ke posisi asal.
# Bagi masalah prestasi laptop agak lambat, saya restore default factory dan upgrade terus Windows 8 ke Windows 8.1. Ini penting untuk penambahbaikan pada sistem windows anda. Ram asal laptop ini 2gb ddr3 dan telah ditambah dengan ram 4gb ddr3 menjadikan ram keseluruhan 6gb.
# Bagi masalah laptop cepat panas pula, laptop telah diservis dengan membuang debu pada kipas, heatsink, motherboard dan casing. Debu pada keyboard juga telah dibersihkan atas permintaan pemilik laptop. Thermal compound juga telah digantikan dengan yang baru kerana yang lama telah keras.

Perhatikan Kerosakkan Pada Skrin
Skrin Led 14" Baru
Perhatikan Debu Berkumpul Pada Tempat Air Ventilation
Ram 4gb DDR3 1333mhz
Laptop Beroperasi Seperti Biasa

Ahad, 5 Mac 2017

Masalah Lambat Pada PC Clone


Masalah

# Prestasi pc agak lambat atau perlahan
# Debu agak banyak pada bahagian kipas, heatsink, motherboard dan di dalam casing pc

Penyelesaian

# Bagi masalah prestasi pc agak lambat atau perlahan, pertama sekali saya format balik Windows 7. Ram asal pc ini 2gb dan telah ditambah dengan 2gb ram terpakai menjadikan ram keseluruhan 4gb.
# Pc telah diservis dengan membuang debu pada kipas, heatsink, motherboard dan casing. Thermal compound juga ditukar dengan yang baru kerana thermal compound yang lama telah keras. Wayar juga diikat dengan lebih kemas supaya pengaliran udara lebih baik.

Perhatikan Debu yang Banyak Di Dalam Casing PC
Perhatikan Debu Yang Terkumpul Pada Bahagian Kipas Dan Heatsink
Sebelah Atas Ram Asal 2gb Dan Sebelah Bawah Ram Terpakai Juga 2gb
Selesai Dibersihkan

Ahad, 15 Januari 2017

Masalah Blank Screen Dan Hang Pada Laptop Acer Aspire 4741Z


Masalah

# Masalah blank screen tetapi led hard disk beroperasi seperti biasa
# Beberapa butang keyboard tidak berfungsi dan menyebabkan laptop hang atau stuck

Penyelesaian

# Masalah blank screen pada laptop ini di sebabkan kerosakkan pada skrin. Saya terlebih dahulu menyambung laptop ke lcd monitor untuk menguji sama ada skrin atau hardware lain yang rosak. Setelah disambung di dapati ada grafik yang keluar pada lcd monitor. Ini bermaksud peratusan kerosakkan pada skrin adalah tinggi. Tetapi kadang-kadang masalah mungkin di sebabkan cable lvds atau hardware lain. Bagi masalah skrin rosak, saya tukar sahaja dengan yang baru.
# Bagi masalah keyboard rosak, saya tukar sahaja dengan yang baru. Semua butang telah diuji dan berfungsi dengan baik.

Perhatikan LCD Monitor Mempunyai Grafik
Skrin LED 14" Baru Jenama AU Optronics (AUO)
Sebelah Atas Keyboard Rosak Dan Sebelah Bawah Keyboard Baru
Skrin Dan Keyboard Telah Diuji Dan Berfungsi Dengan Baik

Sabtu, 14 Januari 2017

Masalah Hang Pada Netbook ASUS EeePC 1025C


Masalah

# Beberapa butang keyboard tidak berfungsi dan menyebabkan netbook hang
# Windows original asal dan original partition recovery telah dibuang

Penyelesaian

# Bagi masalah keyboard rosak, saya tukar sahaja dengan yang baru. Keyboard jenis ini, anda perlu buka dari bahagian bawah upper case dan bukannya dari bahagian atas. Keyboard ini tidak menggunakan skru tetapi hanya menggunakan plastik untuk menahan keyboard. Setelah anda memasang keyboard baru, anda perlu mencairkan setiap plastik pada lubang-lubang keyboard dengan menggunakan soldering. Pastikan anda hanya mencairkan plastik sedikit sahaja untuk menahan keyboard.
# Bagi masalah original partition recovery telah dibuang, saya mencuba untuk recover balik dengan menggunakan software recovery free yang banyak terdapat di dalam internet. Semua ini bergantung kepada nasib, kadang-kadang dapat recover balik dan kadang-kadang tidak dapat. Original partition recovery netbook ini dapat di recover balik tetapi tidak dapat restore system to factory default secara biasa. Saya terpaksa save recovery ke dalam pendrive dan restore system to factory default melalui pendrive. Ternyata cara ini berkesan dan sistem netbook kembali ke factory default.

Keyboard Berjaya Dibuka Daripada Upper Case
Keyboard Baru Tanpa Cover Plastik Hitam. Sila Gunakan Cover Plastik Hitam Pada Keyboard Lama
Keyboard Berjaya Dipasang. Pastikan Semua Cover Plastik Atau Aluminium Yang Melekat Pada Keyboard Dipasang Dengan Sempurna Bagi Mengelakkan Berlakunya Shorting
Windows Kembali Kepada Asal
Netbook Beroperasi Dengan Baik