Selasa, 11 Disember 2012

Masalah BenQ FP92W LCD Monitor Susah On


BenQ FP92W 19' Dapat Di Hidupkan Seperti Biasa
Masalah
Saya ada sebuah LCD monitor jenama BenQ FP92W 19' yang bermasalah tak boleh on secara normal. BenQ FP92W ini bukan auto on seperti LCD monitor yang baru sekarang ni. Anda perlu menekan butang on secara manual untuk menghidupkan LCD monitor. Setelah menekan butang on, tidak sampai 2 saat LED monitor terus padam. So, saya cuba lagi tekan butang on secara berterusan dan screen LCD monitor dapat di hidupkan setelah 15 minit. Kadang-kadang 30 minit & kadang-kadang 1 jam. Setelah screen LCD monitor dapat di hidupkan, tiada masalah padam walaupun penggunaan yang lama. Masalah cuma timbul bila kita tekan butang on & restart komputer. Kalau hari-hari buat macam itu tentu menyusahkan.

Penyelesaian
Saya suspek mungkin ada masalah pada papan kuasa, tempat yang kita biasa cucuk kabel kuasa. Jadi, saya buka habis LCD monitor ini. Bila di lihat 5 kapasitor telah kembang dan juga bocor. Kapasitor mudah di kesan kerosakkannya, dengan melihat fizikal kapasitor tersebut. Tetapi kadang-kadang anda memerlukan alat khas seperti multimeter atau capacitance tester untuk menguji kapasitor. Kapasitor yang rosak pada papan kuasa ini adalah 2x 1000uf v16, 3x 470uf v35 & 1x 100uf v450. 1 kapasitor 470uf v35 saya tukar sekali, walaupun tak rosak. Setelah 6 kapasitor ini ditukar, LCD monitor dapat dihidupkan seperti biasa.

Setelah Selesai Membuka Casing BenQ FP92W
Papan Kuasa Berwarna Coklat
Kapasitor 1000uf v16 & 470uf v35 Yang Bocor
Kebocoran Dapat Di Lihat Pada Cap Kapasitor
Perhatikan Kebocoran Pada Kaki Kapasitor 100uf v450
Kapasitor Jenama Jackson, Vishay & Rubycon
Selesai Menggantikan Semua Kapasitor Yang Rosak

1 ulasan:

  1. Penyelesaian yg baik...walaupun saya IT Technician..tapi belum pernah try untuk buka LCD Monitor...lagipun saya kurang mahir dalam bab tukar kapasitor nie..belum arif lagi untuk mengetahui model & kuasa kapasitor yg bersesuaian dengan sebelumnya...Teruskan perkongsian maklumat...Blog ini amat menarik!!

    BalasPadam