Rabu, 15 Ogos 2012

Menguji Power Supply Dengan Menggunakan Power Supply Tester


Sebelum ni, Saya telah publish mengenai  power supply tester. Saya telah mencuba menggunakan power supply tester ini dengan power supply jenama iCute-AP480GX 480w. Sebelum ni PSU ini mengalami masalah iaitu apabila suis PC dihidupkan, kuasa ada cuma sering restart secara berterusan. Mula-mula suspek AVR bermasalah tapi apabila dicuba terus ke suis utama masih juga bermasalah. Jadi, Saya buka casing power supply & check fius ok. Lepas tu saya beli PSU 460w baru, bila dicuba ok tiada masalah restart. Maksudnya barang lain tak rosak, jadi saya membuat kesimpulan PSU icute ni rosak.

Tapi apabila, saya sudah membeli power supply tester teringin pula nak cuba PSU icute yang rosak tu. Bila dah dicuba ternyata PSU ini lepas semua ujian, maksudnya PSU ini tak rosak ker? Atau power supply tester ini tak betul ker? Tapi kalau ada masa nanti, saya akan test PSU ini ker PC lain.

Mengenai power supply tester yang saya baru beli ini, ada sedikit kekeliruan. Pertama kali saya sambung 24pin connector ke power supply tester tiada bunyi dudu atau buzzer. Sebab bunyi dudu atau buzzer ini penting untuk mengesan masalah yang terdapat pada PSU. Bunyi sekali maksudnya PSU normal & bunyi panjang bermaksud PSU bermasalah. Mungkin speaker power supply tester ini rosak. Jika melihat video di youtube, bila anda menguji 20pin connector semua LED akan menyala & untuk 24pin connector semua LED menyala kecuali LED -V5. Saya sendiri telah mencuba untuk 24pin connector tenyata LED -V5 tidak menyala, untuk 20pin connector saya belum mencuba lagi.

iCute Model AP480GX 480w
PSU Sedia Untuk Dicuba Menggunakan Power Supply Tester
Test 24pin Connector
Test Molex Female Connector
Test P4 Connector
Test P6 (PCI-E) Connector
Test P8 Connector
Test Floppy Connector
Test SATA Connector

0 comments:

Catat Ulasan