Masalah
Baru-baru ini saya ada menerima 1 LCD monitor bukan jenis wide screen. Pemilik tidak lagi menggunakan LCD monitor ini kerana tiada PC. Jadi pemilik bagi sahaja dengan saya. Mula-mula saya ingat LCD monitor ini tiada masalah, apabila saya check di dapati LCD monitor ini bermasalah LED power blinking, blank screen atau no display. Walaupun butang on/off ditekan beberapa kali masih lagi tiada paparan.
Penyelesaian
Setelah power board dikeluarkan, saya dapati terdapat 2x kapasitor cap kembang. Kapasitor yang rosak adalah 16v 1000uf. Jadi, kapasitor yang rosak terpaksa di unsolder dan diganti dengan kapasitor yang baru. Paling penting kalau nak tukar kapasitor mesti sama V/UF dan posisi kaki +/-. Setelah digantikan dengan kapasitor baru, LCD monitor berjaya dihidupkan seperti biasa. Skrin LCD ini juga mempunyai 2 garisan, kemungkinan besar skrin LCD nak rosak. Memandangkan LCD monitor ini digunakan untuk repair sahaja, saya biarkan sahaja. Lagipun skrin LCD ini masih dapat digunakan.
LCD Monitor Blank Screen Atau No Display |
2x Kapasitor Yang Ditanda Dengan Kotak Biru Merupakan Kapasitor Yang Rosak |
Sebelah Kiri Kapasitor Baru Jenama Rubycon Dan Sebelah Kanan Kapasitor Rosak |
2x Kapasitor Baru Telah Dipasang |
LCD Monitor Beroperasi Seperti Biasa |
0 comments:
Catat Ulasan