Isnin, 3 Jun 2013

Netbook Emachines EM350 Series 1 Malaysia


Ni salah satu lagi jenama netbook 1 Malaysia Emachines EM350 Series. Model no. NAV51. Emachines merupakan sebahagian daripada Acer Group. Jika anda lihat info di Wiki, jenama Emachines telah menjadi hak milik Acer dari tahun 2007-2012. Kalau sampai sekarang saya tidak begitu pasti. Jika anda melihat software yang digunakan dalam netbook ini memang menggunakan software Acer. System recovery juga menggunakan Acer Recovery Management & ini memudahkan anda untuk restore sistem Windows jika berlaku sebarang masalah.

Original operating system untuk netbook ini ialah Windows 7 Starter 32bit. Anda boleh lihat di bahagian bawah laptop terdapat sticker CD Key original Windows 7 Starter. CD Key ini boleh digunakan, sekiranya system recovery anda telah kena buang atau clean format. Jika masih ada system recovery, cuma guna Acer Recovery Management untuk restore. Processor menggunakan Intel Atom N450, memory 1gb ddr2 800mhz, hard disk 250gb, LED LCD 10.1" (1024x600) & battery 3 cell li-ion. Bagi anda yang mahu mengaktifkan Office 2010 Home & Student, anda perlu membaca How To Active Microsoft Office yang terdapat pada desktop anda. Ikut sahaja langkah-langkah dari mula hingga akhir. Pastikan anda mempunyai talian internet untuk mengaktifkannya. Berbeza dengan jenama netbook 1 Malaysia Coby/Lenovo, CD Key untuk mengaktifkan Office 2010 terdapat pada bahagian bawah netbook. Cuma masalah netbook 1 Malaysia Coby/Lenovo tidak terdapat CD Key Windows Original.

Baru-baru ini saya pernah repair netbook Emachines 1 Malaysia ini. Netbook ini telah di install Windows 7 Ultimate 32bit. Apabila dilihat resolution screen agak besar & warna agak kabur. Lagi satu masalah Wifi tidak dapat digunakan. Jadi apabila dibuka di bahagian device manager terdapat tanda kuning di bahagian Video Controller & Network Controller. Maksudnya drivers tidak di install dengan sempurna. Anda boleh download drivers ini di website Emachines. Tapi untuk netbook ini saya restore balik ke asal menggunakan Acer Recovery Management.

Kipas Selesai Di Bersihkan
Perhatikan Network Controller & Video Controller Terdapat Tanda Warning
Acer Recovery Management Memudahkan Untuk Restore
Selesai Restore Ke Asal. Antivirus F-Secure Cuma Trial Sahaja, Sila Delete & Install Microsoft Security Essentials (MSE)

1 ulasan: