Selasa, 4 Jun 2013

Masalah Keyboard & Windows 7 Pada Netbook Samsung N148 Plus


Selesai Install Windows 7 Starter SP1 & Install Program.
Masalah
Masalah netbook Samsung N148 Plus ini keyboard tidak berfungsi dengan baik, sekejap ok & sekejap bermasalah pada sesetengah buttons. Apabila diuji dengan menggunakan USB keyboard & On-Screen Keyboard tiada masalah yang timbul. Jadi punca masalah adalah pada keyboard netbook. Masalah lain pula, Windows 7 telah tamat tempoh & perlu di activate. Netbook ini telah di install Windows 7 Professional 32bit, sementara versi asal Windows untuk netbook ini ialah Windows 7 Starter. Original recovery juga telah dibuang.

Penyelesaian
Ok, untuk masalah keyboard saya akan cuba membuka keyboard terlebih dahulu. Saya nak cuba cuci connector ribbon. Setelah keyboard berjaya dibuka, di dapati belakang keyboard seperti ada kesan tumpahan air. Mungkin sudah lama tetapi masih ada rasa melekit. Di bawah keyboard juga terdapat kesan melekit. Jadi, saya buka habis housing netbook untuk melihat sama ada kesan tumpahan air sampai ke motherboard atau tidak. Setelah diteliti tiada kesan tumpahan air berlaku di motherboard. Saya mengambil keputusan untuk membeli keyboard baru sahaja. Bagi masalah Windows, saya terpaksa clean format sebab original recovery telah dibuang. Saya menggunakan installer Windows 7 Starter SP1& activate Windows menggunakan CD Key Windows 7 Starter original yang terdapat pada belakang netbook. Drivers & software anda boleh download di website Samsung. Anda boleh juga menggunakan Windows update untuk install drivers. Setelah selesai partition, format, install Windows 7 Starter SP1 & install program timbul pula satu masalah iaitu auto brightness tak berfungsi. Brightness sentiasa tinggi & tiada rendah. Bila dicucuk charger atau guna bateri pun sama juga. Bila guna shortcut key Fn+Up/Down juga tidak berfungsi, bar hanya turun 1 sahaja. Adjust pada power options secara manual juga masih juga sama. Setelah beberapa percubaan, akhirnya saya berjaya menyelesaikan masalah ini. Semuanya berpunca dari display adapter Intel Graphics Media Accelerator 3150 version 8.14.10.2230. Driver display adapter ini saya install melalui Windows update & bukan download dari website Samsung. Setelah downgrade ke version 8.14.10.2117 menggunakan driver yang diambil dari website Samsung, masalah brightness ini berjaya diselesaikan. Original webcam software netbook ini ialah Youcam. Memandangkan software Youcam tidak terdapat pada website Samsung, saya terpaksa menggunakan versi HP atau Compaq. Saya menggunakan Youcam 2 version 1.6. Kalau nak menggunakan Youcam dari website cyberlink boleh juga tetapi cuma trial sahaja.

Keyboard Berjaya Dikeluarkan
Perhatikan Kesan Tumpahan Air. Mungkin Air Kopi
Terdapat Kesan Tumpahan Pada Housing Netbook. Apabila Dipegang Masih Rasa Melekit
Selesai Membuka Housing Sebelah Bawah Netbook
Motherboard Juga Diperiksa Bagi Memastikan Tiada Kesan Tumpahan Air
Keyboard Baru
Intel Graphics Media Accelerator 3150 version 8.14.10.2230 (Problem)
Intel Graphics Media Accelerator 3150 version 8.14.10.2117 (Ok)

0 comments:

Catat Ulasan